Blogger Layouts

Friday, September 30, 2011

Jodoh dan Pemilik Cinta

Dulu masa kita kecil..kita selalu bercerita dengan kawan-kawan tentang cita-cita dan impian..
tapi bila dah besar..suka sangat bercerita bila nak kahwin..

Saturday, September 17, 2011

Memory with Them..^_^

Berkongsi pahit dan manis bersama..walau tidak selalu bersama..namun mereka tetap kawan-kawanku..
"Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari" - ( Saidina Ali)

Tak ku sangka kembara ku diperantauan selama 3 tahun kini hampir sampai ke garisan penamatnya..tak terasa bila ia pergi..tapi jauh disudut hati tak sabar untuk menempuh alam baru.. InsyaAllah.. Jika ada rezeki bertemu kembali.. 

InsyaAllah bulan hadapan pada 9hb Oktober 2011..maka berakhirlah pengajian Diploma Pengajian Perniagaan (BM111-UiTM student) di Kolej Poly-Tech Mara Bangi ini..9hb adalah paper terakhir final exam..tapi mungkin akan meninggalkan Bangi lewat sedikit kerana ada urusan yang harus diselesaikan.. dan hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi peperiksaan akhir akan bermula.. Sekarang tengah mood exam..tapi masih sempat nak berblog..untuk isi masa terluang.. Nak menghadap buku 24hour pun xboleh juga..Takut jadi 'Muka Buku' pula tapi bukan Facebook..

Wednesday, September 14, 2011

Hebatnya Cinta

Betapa hebatnya kuasa cinta..
Cinta ada berbagai-bagai..Cinta kepada Allah, Rasul, Ibubapa, Kawan-kawan, sesama makhluk, dan macam-macam lagi..
Tapi sekarang saya ingin berkongsi mengenai Cinta Sesama Insan..

Lumrah kehidupan, manusia yang hidup di dunia ini terasa ingin dikasihi dan disayangi sesama mereka terutamanya yang berlainan jantina iaitu antara lelaki dan wanita.. Tiada siapa yang tak ingin rasa disyangi dan dikasihi.. hanya kadang-kadang ada insan yang kurang bernasib baik..Ada juga yang amat bertuah kerana memperolehi apa yang dicita-citakan..

Monday, September 12, 2011

Antara Keluarga dan Cita-cita..Perlukan Pengorbanan..

Antara keluarga dan cita-cita..kedua-duanya sama penting.. Dua-dua saya sayang.. Cuma buat masa sekarang saya perlu berkorban sedikit masa bersama keluarga demi cita-cita.. Tak ada siapa pun yang lupa mak ayahnya bila berjauhan dan hidup terasing diperantauan tanpa ibu bapa disisi..terasa sunyi dan kosong sangat dunia bila berjauhan.. Rindu selalu bertandang tak dapat diungkap perasaan itu..Hanya Allah yang tahu betapa saya rindukan mereka..
 Ibu Ayah Kaulah Permataku

Sunday, September 11, 2011

Bukan Tak Maafkan Tapi...

Susah kan nak jadi terbaik dipandangan orang lain..selalu sangat orang nampak kekurangan kita..
kadang-kadang kita senang nak maafkan orang yang buat kita terasa hati..tapi hati susah nak menerima kata-kata yang diucapkan itu.. Maaflah saya hanya manusia biasa yang punya hati dan perasaan..bukan kamu seorang saja yang ada perasaan.. sedangkan haiwan kena pukul dia marah kita..lagikan manusia.. Fikir-fikirkanlah..

Saturday, August 20, 2011

Seandainya Ramadhan ini yang Terakhir Bagiku

Alhamdulillah..Kita sudah berada di fasa ketiga bulan Ramadhan iaitu Fasa Terakhir dalam bulam ini.. Sekejap saja masa berlalu, tak terasa ia telah hampi pergi meninggalkan kita untuk tahun ini.. Bagi yang memuliakan dan menyerikan Ramadhan dengan Sinaran Amal dan Ibadah yang digalakkan dalam bulan Ramadhan.. InsyaAllah hati jadi tenang dengan kedatangan Ramadhan..tapi bagi yang hanya sambil lewa dan bermalas-malasan untuk mengambil peluang yang ada yang datangnya hanya sekali dalam setahun ini.. Waallahu'alam hanya Allah yang mampu menilai amalan mereka...Berbaik sangka dalam setiap perbuatan..



Terfikirkah kita seandainya Ramadhan ini adalah Ramadhan yang terakhir bagi kita.. Allahu Akbar..

Sunday, July 31, 2011

Ramadhan Datang Lagi..!!

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan..
Selamat Menyambut Ramadhan!! ^_^
★═══════ ●❤● ═══════★★═══════ ●❤● ═══════★★═════
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

“Hai orang2 yang beriman, diwajibkan bagimu berpuasa, sebagaimana telah diwajibkan pada orang2 sebelum kamu. Mudah2an kamu bertakwa” (Al -Baqarah:183)
★═══════ ●❤● ═══════★★═══════ ●❤● ═══════★★═════

Saturday, July 30, 2011

Awak, Kenapa Kahwin dengan Saya?

"I'M MARRYING YOU BECAUSE OF ALLAH AND THE ANSWER REMAIN THE SAME FOREVER"
TERHARU BILA BACA KISAH INI..
SUATU HARI NANTI MUNGKIN ADA SESEORANG YANG MAMPU PEMIMPIN DAN PEMBIMBING DIRIKU KE JALAN ALLAH.. DAN DAPAT MENERIMA DIRIKU INI APA ADANYA.. MAMPU MENJADI IMAM BUAT ISTERI, ANAK-ANAK SERTA KELUARGA INSYAALLAH.. 
~PENCARIAN MENCARI PEMILIK TULANG RUSUKKU~

**********************************************************************************
"Aku terima nikahnya Fatimah Az-Zahrah binti Mohamad Nasir dengan mas kahwin RM80.00 tunai".
Dengan sekali lafaz, aku kini sah bergelar isteri. Lidahku kelu tidak mampu berkata apa-apa. Perasaanku bercampur baur. Pipiku terasa hangat dan basah. Aku tidak pasti mengapa air mataku jatuh sedangkan aku sepatutnya gembira dengan pernikahan ini.

Salah ke ambil Bidang Perniagaan??

Ramai yang tak percaya saya akan ambil bidang yang orang tak pernah terlintas difikiran..bahawasanya saya takkan ambil bidang nie.. Kenapa orang susah nak percaya yang saya ambil bidang PERNIAGAAN.. kenapa ye?? 1000 persoalan bermain difikiran.. Kenapa..kenapa dan kenapa??

Mungkinkah disebabkan oleh perwatakan saya yang agak pendiam, kurang pandai dengan orang sangat dan agak pemalu.. Bila orang tanya satu jawab satu.. Mungkin ada betulnya sangkaan orang2 tersebut.. tapi tak salahkan untuk membuat ANJAKAN PARADIGMA dan BERFIKIR DILUAR KOTAK ATAU DILUAR JANGKAAN BIASA.. hidup perlukan perubahan..tak semestinya kena berada ditakuk lama sahaja..kalau macam tue gayanya.. orang lain dah sampai ke bulan kita masih terkedek-kedek nak ikut..tue pun tak lepas2 lagi..
 Terkejut mak you..!!

Friday, July 8, 2011

KURUS itu juga Ciptaan Allah


"Kau kurus sebab tue takde pakwe.."
errmmm terdiam seketika..cuba membayangkan jika kita yang berada dalam situasi tersebut..
sedih?? terkejut?? terhina?? rasa nak lempang orang tue pun ada gak kan??

betul ke pernyataan itu yang mengatakan orang yang kurus xde pakwe..
nak tergelak pun ada..
ada juga rasa terkena dan terasa..sebab saya adalah diantara yang sedemikian..
memandai buat kenyataan sendiri.. janganlah hina dan menyinggung perasaan orang lain.. cuba letakkan diri sendiri kat tempat orang itu, apa yang kita rasa.. sama kan??
tak kisahlah kalau nak berbangga dengan kelebihan diri tapi janganlah sampai menyakitkan hati orang..
Cukuplah 'Good Looking' yang diri sendiri ada..

Sunday, June 26, 2011

Rejab : Pengertian, Peristiwa Penting & Amalan

Pengertian

Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat Jahiliyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka memulia dan menghormati bulan ini dengan
mengharamkan berperang di dalamnya. Dan Rasulullah SAW mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Dan bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah SAW iaitu peristiwa Isra' dan Mi'raj. 

Monday, June 13, 2011

Namun Ku Punya HATI

Maafkan aku teman..bukan ku sengaja untuk menyakiti hatimu..namun apakan daya ku tak mampu lagi menyakiti hati sendiri dengan sikapmu..Maafkan aku..

Terkesan dan terasa dengan sikapnya..terlalu banyak yang ku telan kepahitan ini sepanjang mengenalinya..bukan tak ikhlas dalam persahabatan ini..ku tak terlalu memilih kawan..sesiapa sahaja yang ku kenali sentiasa ku ingati..walaupun seketika..namun dalam bersahabat dan apa jua keadaaan.. sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula manusia kan..

Sunday, June 5, 2011

Antara Asrama dan Rumah Sewa

Assalamualaikum w.b.t..

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan Rahmat-Nya dapat lagi diri ini peluang untuk melangkah bebas di Bumi-Nya ini..walaupun keadaan diri yang kurang sihat tidak membataskan diri untuk terus melakukan segala urusan sebagai khalifah Allah.

Balik Bangi tak sampai seminggu lagi dah kena serang dengan selesema..Allahu Akbar,, xpela kifarat dosa mungkin.. Kadang2 terfikir juga sepanjang hampir 3 tahun tinggal di Bumi Bangi kerana menuntut ilmu..baru perasan yang setiapkali masuk je semester baru pasti selesema akan menyerang.. Bukan menyalahkan takdir tapi sebenarnya baru terfikir dan baru sedar..hehe..selama tak pernah ambil tahu pun..Demam biasa je..masih boleh bangun dan kuat semangat lagi..mungkin saya tak sesuai untuk tinggal di sini...?? ermm mungkin juga..xpela dah last semester pun..hanya tinggal beberapa bulan je lagi..lepas raya InsyaAllah jika tiada apa2 hal akan tamatlah pengajianku selama 3 tahun di sini.. Mudah2an segala2nya berjalan lancar dan dapt sambung Degree pula tahun depan..Amin..

Thursday, June 2, 2011

Iktikad

Suatu kisah yang patut dijadikan iktibar...

Dingin pagi masih terasa ketika melangkah masuk ke warung Pak Cu yang terletak di pinggir selekoh.
Beberapa orang penduduk kampung yang kebanyakannya mahu ke tempat kerja, singgah bersarapan
dahulu. Berbual mesra bertukar cerita sesama mereka.

Tiba-tiba datang seorang makcik, yang juga ingin ke tempat kerjanya. Mungkin berkebun kerana gaya
pakaiannya dipakai untuk ke tempat seumpama itu. Dia melangkah masuk sambil memanggil nama
pemilik warung. Makcik itu meminta sejenis ubat menambah tenaga.

Monday, May 23, 2011

Saat Tiba Waktunya Aku Di Khitbah

Hari sabtu nie abang sepupu saya akan melangsungkan perkahwinan dengan insan yang bertakhta dihatinya.. ^_^ Seronok tengok dia sekarang..happy semacam je..yela orang nak kahwin dah kan..sapa yang tak happy.. Kalau orang nak kahwin tapi tak happy tue macam bukan spesies orang je.. (just joking..haha)
Apa2pun Barakallahufikum ya Ust Noorhadi dan pasangannya..

Saya terfikir.. Best ke bila dah kahwin??? entahla..saya pun tak tahu nak jawab sebab saya belum berkahwin.. hehe.. Perkahwinan nie bukan perkara main2 macam main pondok-pondok masa kecik2 dulu tue.. tapi ini adalah soal sehidup semati bersama.. Umpama mendirikan sebuah masjid yang perlu dijaga, dipelihara dengan sempurna dan dibajai dengan kasih dan sayang yang bakal dibawa hingga ke syurga..InsyaAllah..

Saturday, May 21, 2011

SAYA GEMBIRA KERANA SAYA TIDAK CANTIK

Kerana saya tidak cantik, saya tidak jadi mangsa gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya.

Friday, May 20, 2011

Setelah Aku Menangis


Bukan ku pinta sebuah kesedihan..
 Apalagi tangisan..
Tapi itu semua bukan kehendak diriku..
Air mata terus mengalir tanpa ku pinta..
Tanpa sempat ku tahan dari terus mengalir..

Bukan ku pinta semua ini terjadi..
Tidak ku tahu mengapa, kenapa dan dimanakah silapnya..
Mungkin kerana sesuatu perkara yang menyayat hati..
Mungkin juga kerana sedikit kegembiraan kurniaan-Nya..
Allahu Akbar.. Lemahnya diriku..
Mudah tersungkur kerana Duniawi yang sering melalaikanku..

Monday, May 16, 2011

Happy Teacher's Day for All My Teacher

Masih sempat lagi rasanya untuk mengucapkan SELAMAT HARI GURU.. buat semua guru2 di Malaysia walau dimanapun jua mereka berada.. tidak kiralah tenaga pengajar muda ataupun yang Senior..yang baru menjadi guru juga yang telah lama berkhidmat sebagai pendidik..di desa dan dikota.. buat bakal2 pendidik juga tidak dilupakan.. Semoga menjadi Guru yang Berdedikasi untuk Mendidik Anak Bangsa..!!!

Sunday, May 8, 2011

Hebatnya Seorang Ibu.. HAPPY MOTHER'S DAY

'Ibu' adalah nama yang tidak dapat dipisahkan dalam kotak memori setiap insan. Pertarungan nyawa dan ketabahan menahan kesakitan mengandung, melahir dan membesarkan anak-anak bukanlah perkara asing dalam catatan diari hidup seorang ibu. Itulah tugas yang tercatat sebagai seorang ibu yang benar-benar berfungsi dalam mendidik anak-anak.

Air mata, kelembutan, kasih sayang dan teman di masa susah atau senang adalah sebuah nukilan khas yang boleh saya dedikasikan buat ibu saya. Malah hemat saya juga tersemat utuh menyatakan semua ibu di dunia ini punya rasa yang sama. Naluri keibuan ini adalah sunnatullah yang tercipta bermula daripada Hawa AS. Jadi semestinya semua ibu, bakal ibu malah semua wanita mempunyai sifat-sifat yang saya nyatakan. Semestinya benar, bukankah begitu?

Tuesday, May 3, 2011

Couple??? Ku Ingin Disatukan Dalam Satu LAFAZ SAKINAH..InsyaAllah

Assalamualaikum w.b.t..

Couple???

Biasa kita diterjah dengan persoalan dari kawan2 yang seusia kita..bertanya..
"Bila la kawan saya yang comel nie nak ada couple???..."

Terpana seketika dengan persoalan yang diajukan seorang sahabat.. Maklumlah mereka sudah dimiliki..hanya diriku yang masih available..hihihi..ok this is joking..!! Kawan yang rapat tahu la siapa diriku..tapi bagi kawan2 yang kurang rapat, mereka mesti nak kenakan dan gandingkan dengan seseorang yang dia tahu.. (macam rahsia da bocor tapi xberapa nak bocor sangat) so just like joking also.. Nothing to Say..

Saturday, April 30, 2011

Jalan-Jalan Melaka..

Alhamdulillah..peperiksaan akhir semester 5 sudahpun berakhir hari khamis yang lalu.. setelah memasuki tempoh lapan hari yang agak perit jika dibandingkan dengan semester2 yang lepas..semester kali ini agak 'tough' sikit sebab gap exam cuma selang sehari je.. Dua perkara yang menjadi sebab utama..yang pertama MINGGU EXAM HANYA 2 MINGGU BERBANDING KEBIASAAN 3 MINGGU.. kedua, FASA PERALIHAN PELAJAR DIPLOMA UiTM..dan cuti semester kali nie pun xsampai sebulan.. ermm tapi apa2 pun..exam da abis.. Hanya menunggu keputusan..mudah2an dapat keputusan yang baik..Amin..

Tuesday, April 12, 2011

Memberi Tak Mengharap Balasan Tapi Tolonglah Jangan Mengungkit..!!

Assalamulaikum w.b.t..
Alhamdulillah walaupun keadaan kurang memuaskan..namun saya bersyukur kerana masih punya kekuatan untuk terus melangkah.. Alhamdulillah diucap apabila Allah memberi kita nikmat sakit dan Alhamdulillah juga kerana Allah memberikan kita nikmat sihat..Jangan kita yang segala nikmat yang kita kecapi adalah milik dan kurniaan-Nya pada semua makhluknya..Alhamdulillah..

Sunday, April 10, 2011

BAGAIMANA MENJADI SEORANG PELAJAR YANG CEMERLANG

Oleh: Cikgu Rosli Manas

Saban tahun apabila keputusan peperiksaan awam diumumkan samada PMR,SPM atau STPm kecemerlangan dan matapelajaran seringkali dititkberatkan.Apakah yang dikatakan pelajar yang cemerlang? Bagaimanakah menjadi seorang pelajar pelajar cemerlang?
 
Pembentukan diri seseorang pelajar yang cemerlang adalah bermula daripada peringkat asas iaitu rumah sehinggalah ke sekolah. Dalam diri seorang pelajar itu mesti ada sifat-sifat berikut:-

Saturday, March 19, 2011

Terasa Hati... Biarlah Aku Pergi.. Sendiri..

Pernah tak kita rasa sakit hati...??
Terasa hati...??? Jealous..???
Semestinya pernah kan...
Normallah..Fitrah manusia yang bernyawa..
Kalau kita terasa hati dengan kawan...apa yang perlu kita buat ek??
bagi tahu dia yang kita terasa hati kat dia atau diamkan saja??

Saturday, March 5, 2011

Teringin nak Ada ANAK Sendiri..?? Carilah AYAHnya Dulu

 Apa EXPRESSI pertama yang akan dilontarkan..
Bila nampak Baby camni??
Comel bukan??!!

 DAN,,,
apa yang kita rasa bila dapat pegang dan peluk Baby nie???!!
..sangat-sangat TERUJA kan??!!..
(rasa cam da ada anak sendiri je..hehe) 
*(sbnrnya nie ATIQ ASSIDIQ,, anak kpd Naqibah Usrah saya (kak Hasni)

Saturday, February 26, 2011

Wanita itu Fitrah, Wanita itu juga Fitnah.. Renungkan...!! Ciri-Ciri Wanita Solehah

Assalamualaikum w.b.t 
"Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh. Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah..kerana si soleh dan si solehah adalah insan biasa"
CIRI-CIRI WANITA SOLEHAH::
Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t.

Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat iaitu :
1. Taat kepada Allah dan RasulNya
2. Taat kepada suami


Wednesday, February 23, 2011

A Moment We Celebrate Together..!!! 21st Already...

Assalamualaikum w.b.t..
Alhamdulillah.. hari nie usiaku telah menjangkau 21 tahun 2 hari.. sempat jugak nak update blog untuk entry seterusnya..sebenarnya xde idea nak tulis entry apa..ada idea tapi idea tue tak nak menampakkan diri..sebab mood minggu nie adalah MOOD TEST.. nampak seperti BINTANG-BINTANG di KEPALA ku semakin GLOWY + GLITTERY plak..ermm nak balik rumah pun xboley minggu nie..baru planning nak balik rumah.. Terpaksalah POSTPONE minggu seterusnya.. Xpe..Berkorban demi Cita-Cita..Mudah-mudahan ada kejayaan diakhirnya..Amin.

Monday, February 21, 2011

Sebait Doa di Hari Lahir Ku..

Assalamulaikum w.b.t..
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi dengan kurniaan-Nya diri ini masih lagi dipanjangkan usia hingga ke hari ini..pagi yang penuh mendamaikan..

SANAH HELWAH...HAPPY BIRTHDAY TO ME..!!!!..
21st already..

Alhamdulillah dah masuk 21 tahun rupanya diriku.. Allahu Akbar cepatnya masa berlalu..tak terasa diri dah semakin 'muda'..umur semakin bertambah..orang pun perlu jadi lebih matang.. InsyaAllah sedang berusaha ke arah itu..tapi satu je yang menjadi masalah.. MY VOICE.. suaru yang seperti kanak-kanak Ribena.. ermm..camne ye..?? puas ku memikirkan cara terbaik.. tapi apa2 pun semua tue kurniaan dari Allah..aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang..

Sunday, February 13, 2011

Sepucuk Surat Buat Bakal Suamiku

Kehadapan bakal suamiku yang aku sendiri tidak tahu siapa kamu,,,,


Ku mulakan bicara ini kepada kamu dengan menyebut nama Allah yang Agung. Maha Suci Allah yang menjadikan aku dan kamu, lelaki dan perempuan. Sebenarnya aku agak canggung untuk menulis tinta ini buat kamu. Ya, siapa pun kamu yang telah ditakdirkan Allah untukku, aku bersyukur seadanya, mengurniakan kamu padaku pada suatu masa yang telah Allah tetapkan.

Aku sedang menjaga hati ini hanya untuk kamu yang aku sendiri tidak tahu siapa. Aku sedang menjaga diri ini untuk yang sah memiliki. Aku juga berharap yang sama dari kamu. Maka, aku tidak akan seenak-enaknya memberi senyuman manis kepada lelaki-lelaki lain. Aku juga tidak mungkin menyerahkan cinta dalam hati ini yang masih tersimpan rapi untuk kamu yang aku tidak ketahui siapa.

Monday, January 31, 2011

Luka Di Tangan Jelas Kelihatan, Luka di Hati Tak Siapa Dapat Mengesan

Assalamualaikum w.b.t..
Masih terngiang-ngiang lagi di halwa telingaku.. sebuah kata-katanya tatkala berbicara dengannya melalui YM beberapa hari yang lalu..sebelum masing2 pulang ke kampung halaman.. kata-kata yang diluahkan adalah "..apa kurangnya kita dipandangannya ye.." luahan rasa darinya yang amat menyentuh perasaan saya yang sebenarnya tak pernah terlintas di fikiran saya.. Ya Allah..

Nak tahu kenapa dia meluahkan kata-kata itu..?? (Emm lupa pula nak muqaddimah kat cerita sebenar..maaf) Dia menyatakan sedemikian semasa kami bercerita dari hati ke hati antara satu sama lain..maklumlah dah lama tak jumpa..masa sekolah dulu selalu la..rindu pula zaman sekolah. Kami berkongsi cerita pasal LELAKI.. "talk about man" Meluahkan segala yang terpendam..Alhamdulillah dia lah kawan yang memahami.. walaupun dah berjauhan tapi persahabatan tetap utuh bersatu macam dulu.

Friday, January 21, 2011

Ilmu dan Tarbiah Seiring Setiap Masa Dimana Sahaja

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah semalam sempat bersama akhawat-akhawat dan naqibah dalam halaqah.. Sebenarnya dah bermula sejak minggu lepas tapi dengan naqibah lain la.. (Eh banyaknya naqibah budak nie ada.. hehe..) Sebenarnya say ada 2 orang naqibah.. 2 naqibah dari 2 NGO yang berbeza..Satu dari JIM dan satu lagi dari Pembina..Tamak kan?? Xpe dalam mencari kita perlu ada sifat TAMAK..Ambil peluang sebanyak mungkin untuk mengumpul sebanyak mungkin ilmu.. Ingatlah kawan-kawan ILMU perlu dicari BUKAN DINANTI.. Begitu juga HIDAYAH..ia perlu dicari bukan dinanti.. Jika kita hanya menanti, pastinya akan terdengarlah oleh telinga kita ayat-ayat yang sedemikian..Bila diajak untuk melakukan kebaikan.. Jawapannya adalah.. "..Tak dapat HIDAYAH lagi la.." (ermm ada jugak manusia yang berfikiran sedemikian lagi ye..) Mungkin yang bernama NUR HIDAYAH belum berjumpa HIDAYAH yang sebenar barangkali.. Maaf ye..Sekadar gurauan..


Thursday, January 20, 2011

Wanita Hiasan Dunia

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum w.b.t..

Jangan katakan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Apa lagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s. tetap rindukan Siti Hawa. Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. 

Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki, tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka. Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuki Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh-Nya. Didiklah mereka dengan panduan dariNya. 

JANGAN CUBA JINAKKAN MEREKA DENGAN HARTA, NANTI MEREKA SEMAKIN LIAR. JANGAN HIBURKAN MEREKA DENGAN KECANTIKAN, NANTI MEREKA SEMAKIN MENDERITA.

Sunday, January 16, 2011

DOA BUAT IBU & AYAH...

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya,
atas didikan mereka padaku dan
Pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku,
peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Sunday, January 9, 2011

Coretanku Di Tahun Baru..Mengimbau Kenangan Silam..

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum w.b.t..
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, dah seminggu kita telah menempuhi tahun baru masihi.. dan dah seminggu jugalah semester baru ku bagi tahun 2011 telah bermula. Dalam sedar tak sedar sebenarnya hanya tinggal setahun je lagi untuk saya teruskan perjuangan dalam pengajian ini.. Subhanallah pantasnya masa berlalu..terasa cam baru semalam je jadi student baru..hehe.. Masa student baru orientasi minggu lepas membawa ingatanku kembali ke zaman orientasiku yang sekejap tapi bermakna..Itulah 1st berorientasi sebagai pelajar baru masuk IPT. Biasanya merasai kehangatan di kem atau program saje disekolah..serupa tapi agak berbeza.

Coretan ini ditulis saat diri ini kebosanan serta keletihan baru sampai dari kampung halaman ke taman menimba ilmu.. Perjalanan dari kampung halaman yang memakan masa hampir 4jam itu walau hanya duduk didalam bas tapi keletihan tetap terasa juga.. Balik kali ini sekejap je sebab tiba2 merindui keluarga tercinta walaupun baru seminggu memasuki semester baru..tapi disebabkan rindu yang tak tertanggung apa jua halangan..saya tetap ingin pulang jumpa ayah dan ibu..

Teringat lagi semasa datang mendaftar untuk semester baru minggu lepas..dihantar oleh abang tersayang..pada mulanya nak datang daftar naik bas je tapi abang offer untuk hantar, so, ikut je la..hehe. Selepas pendaftaran tue rasa cam nak balik rumah je..sebab memang dah tau dah mesti B.O.S.A.N punya dok kat hostel..tapi abang cakap "sapa nak antar balik sini lagi??" huhu..tiba2 xjadila cian abang dah hantar jauh2..tapi dalam minggu 1st lecture..xblaja sangat pun just introduction to subject and the lecturer..kebetulan masa tue kawan pun nak balik..so dengan sepantas kilat ku mengambil keputusan untuk balik rumah..tak peduli..nak balik jugak..Alhamdulillah Allah permudahkan..

Thursday, January 6, 2011

Khawlah Al-Azwar - Kelembutanmu Bukan Penghalang

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Assalamulaikum..
Alhamdulillah sambil berjalan-jalan menziarahi dan menyelusuri dunia teknologi tanpa sempadan ini.. Sempatla diri mencari dan memerhati akan zaman kegemilangan sejarah dunia Islam.. Rupa-rupanya masih banyak lagi serikandi-serikandi Islam dan para Mujahid yang kita tak ketahui kerana kurangnya perhatian dan penyelidikan dari kita.. Padahal dengan pengorbanan merekalah kita masyarakat Islam maju dan bersatu padu sekarang..

Antaranya ialah KHAWLAH AL-AZWAR.. Wanita yang saya kagumi sejak membaca di satu sudut ruangan dalam MAJALAH SOLUSI.. Keperibadiannya amat hebat biarpun ia seorang yang penuh kelembutan..Namun Kelembutan Itu Bukan Penghalang baginya untuk Berjihad di Jalan Allah.. Masya Allah.. Besarnya Pengorbanan Beliau.. Tapi Kita??? Cuba Fikir?? Tepuk Dada Tanya Iman..

Jom Kita Jejaki Kisah Kehidupan KHAWLAH AL-AZWAR...
KHAULAH AL-AZWAR adalah wira wanita yang menyertai Perang Ajnadin ke Syam di bawah pimpinan Panglima Khalid bin Walid ketika zaman pemerintahan Saidina Abu Bakar. Dalam peperangan hebat itu, tentera Islam dengan gigih menyerbu Ajnadin dari arah Palestin. Pasukan Romawi pimpinan Teodore dari sebelah utara Syam pula berusaha menghalang kemaraan pasukan Arab.

Wednesday, January 5, 2011

Semakin Hari Ku Rasakan Semakin Jauh

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Assalam ualaikum w.b.t..
Pernah tak kita rasa semakin jauh dengan seseorang contohnya kawan kita.. Dah lama berkawan tapi semakin lama rasa semakin jauh.. Dia wat hal sendiri je.. Bukan jauh disebabkan jarak tempat tapi disebabkan perhubungan tue semakin renggang.. Rasa macam seseorang tue mencipta pelbagai alasan untuk buat kita menjauhi dia.. Kenapa ye ada manusia macam tue jugak kat dunia nie???

Persoalannya:: Adakah kita yang salah dalam hal nie?? Adakah juga kerana kita tak beri perhatian sepenuhnya pada dirinya?? Perlukah perhatian sepenuhnya sedangkan dia bukan milik mutlak kita?? Perlu ke nak ganggu atau kacau dia hari2?? Kalau memang itu yang dia inginkan, maaflah.. saya bukan seorang yang suka berbalas-balas message yang tak sepatutnya tanpa alasan dan sebab yang munasabah untuk diperkatakan.. Lagi2 bila kita adalah ANTARA IKHWAH dan AKHAWAT.. Minta Maaf sangat2 ye Ikhwah..saya bukan jenis yang begitu atau begini.. Mungkin kerana tabiat saya yang kurang gemar untuk bermessage.. hehe.. (iye ke??) Saya bukan nak mengatakan diri ini terlalu baik sangat..tapi itulah hakikatnya diri saya.

Bukan tak ingin untuk bertanya khabar berita tapi tak tahu lah kenapa..apabila jari jemari pantas menaip sebuah pesanan untuknya.. terasa berdebar-debar dan ada macam persoalan yang bermain di minda.. Contohnya, "Dia baca ke message aku nie??" "Dia akan reply tak message aku nie??" "Patut ke hantar message kat dia nih??" "Mesti da baca message aku nie dia cakap aku terhegeh-hegeh nak kat dia kan??" "Mesti dia cakap..budak nie kacau hidup aku je la.." macam2 lagilah yang bermain difikiran tatkala nak memenuhkan inbox handphonenya..

Daisypath Happy Birthday tickers