Blogger Layouts

Monday, May 16, 2011

Happy Teacher's Day for All My Teacher

Masih sempat lagi rasanya untuk mengucapkan SELAMAT HARI GURU.. buat semua guru2 di Malaysia walau dimanapun jua mereka berada.. tidak kiralah tenaga pengajar muda ataupun yang Senior..yang baru menjadi guru juga yang telah lama berkhidmat sebagai pendidik..di desa dan dikota.. buat bakal2 pendidik juga tidak dilupakan.. Semoga menjadi Guru yang Berdedikasi untuk Mendidik Anak Bangsa..!!!

Guru Ibarat Lilin yang menyala..Sedia membakar diri untuk menerangi dan memberi cahaya pada orang lain.. Tidak pernah jemu dan lelah untuk terus mendidik anak bangsa walau diuji dengan pelbagai ujian, dugaan dan halangan.. Namun mereka tetap setia untuk terus berbakti pada masyarakat..Sumbangan dan jasa seorang guru amat besar selepas kedua IbuBapa.. ia umpama IbuBapa kedua buat kita..

Walaupun dah masuk tahun ke-4 meninggalkan alam persekolahan namun kenangan sewaktu sekolah masih segar diingatan..dengan pelbagai ragam sewaktu kanak2 dan remaja dulu.. geli hati, kelakar pun ada bila terkenangkan zaman persekolahan dulu.. Susah untuk dilupakan sewaktu zaman persekolahan dulu.. TERKENANG-KENANG SEKETIKA...!!

Dalam coretan ringkasku kali ini.. Ingin juga untuk mendedikasikan ucapan
"SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA GURU YANG TELAH MENGAJARKU"
bermula dengan..
PRA-SEKOLAH -> TABIKA KEMAS SERI REJO SARI (1996)
TAHUN 1-6 -> SK SERI REJO SARI (1997-2002)
TINGKATAN 1-5 -> SMK TUNKU MAHMOOD ISKANDAR (2003-2007)

dan tidak dilupakan buat Guru2 Sekolah Agama..
Bermula dari
KAFA, TAHUN 1-6, DAN DARJAH KHAS -> SEKOLAH AGAMA SERI REJO SARI (1998-2005)

Terima Kasih wahai Guru2 Yang dikasihi Sekalian..kerana sudi untuk mencurahkan bakti dan mengajarkan kami ilmu yang bermanfaat..Sehinggalah kami menjadi Insan yang Berguna yang punya Cita-Cita.. Mudah2an semua guru2ku terus maju dan berusaha dan berbakti buat masyarakat InsyaAllah.. Doakan diri ini juga moga suatu hari nanti menjadi seorang yang berjaya dalam menggapai segala cita-citanya..Amin..

SELAMAT HARI GURU... HAPPY TEACHER'S DAY.. Buat GURU2KU SAYANG..

No comments:

Post a Comment

Daisypath Happy Birthday tickers