Blogger Layouts

Friday, November 14, 2014

Saling Melengkapi

Assalamualaikum w.b.t

Sehebat mana pun seorang wanita itu tunggak utama yang dia perlukan adalah seorang lelaki yang mampu untuk menjaga, melindungi dan membimbingnya. Aturan Tuhan yang menyatakan bahawa kita perlu hidup berpasang-pasangan tidak kira lah dari mana datangnya diri kita. Setinggi mana pun harta, pangkat dan darjat seorang wanita itu pasti akan terasa tidak lengkap tanpa pasangan. Begitulah indahnya aturan Tuhan. Bersyukurlah. Sungguh janganlah terlalu berbangga dengan kedudukanmu yang berada di zon selesa itu. Wanita sebenarnya perlukan lelaki yang mampu untuk membentuk peribadinya disaat kita hanyut dan rapuh. Selepas ibu bapa, lelaki yang berstatus suami lah yang bertanggungjawab mendidik wanita.

Namun bukan mudah untuk mencari pasangan hidup yang mampu untuk melentur tulang yang bengkok itu. Andai nakhoda juga rapuh maka anak kapal bakal hanyut di telan badai. Allahu Rabbi. Bukan senang untuk mencari seorang nakhoda yang gagah dalam melayari bahteranya. Lumrah kehidupan saat sekarang semakin payah untuk dimiliki insan seperti itu. 

Jika wanita yang leka dan alpa dengan duniwai, seharusnya ada insan yang bernama lelaki yang mampu menunjukkannya jalan yang lurus. Namun kepentingan solat semakin susah untuk dilaksanakan. Tidak perlu dipandang pada harta dan wang ringgit yang mereka ada. Tapi lihatlah, adakah mereka masih mampu untuk gigih dan tekun dalam melaksanakan perintah Allah. Cukuplah pandang pada Solatnya. Andai solatnya dijaga setiap masa dan ketika, itulah yang mampu untuk membentuk tulang wanita yang bengkok. Namun andai Solatnya tak mampu dijaga, dikhuatiri untuk kita lemas dalam arus duniawi adalah tinggi. Risau jika mereka tak mampu untuk menasihati seorang wanita kerana sikapnya yang sambil lewa dan tidak konsisten dalam melakukan sesuatu.

Ketahuilah bahawa sifat wanita itu sebenarnya keras bukannya lembut pada asalnya, namun jika adalah seseorang yang mampu untuk tekun berusaha membimbingnya. Pasti hatinya akan lembut kerana rasa malu pada seorang lelaki yang jauh lebih baik budi pekertinya dari diri kita. Sifat wanita itu adalah ego yang terlalu tinggi. Hanya dengan perbuatan yang mampu melemahkan keegoan wanita terutama apabila seorang lelaki yang sentiasa berdisiplin dalam melaksanakan tanggungjawab dan perintah yang di amanahkan.

Ingatlah wahai wanita. Carilah yang mampu menjadi imam mu disaat kau lupa dan leka dengan duniawi bukan kau lihat hanya dari harta benda, pangkat dan darjat yang mereka ada. Kerana itu tidak menjamin kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Carilah yang benar mampu melaksanakan tanggungjawab dengan adil dan saksama, membimbingmu jalan ke syurga. 

Peringatan untuk diri sendiri. Mudah2an Allah kurniakan hadiah yang mampu membawaku ke syurga. Amin.
Semoga Allah redha. 

Tuesday, November 11, 2014

Untukmu Sahabat





Dulu pernah buat video ni..pastu xingat letak kat mana..gigih buat video ni..tapi bila upload kat youtube trus lupa katne..ni baru cari2..nasib baik jumpa lagi..


Friday, October 17, 2014

Solat

Assalamualaikum w.b.t

Solat adalah tiang agama yg amat penting dalam menegakkan tiang agama. Andai solat x dijaga maka tidak sempurnalah iman seseorang. Suruhan pertama yg Rasulullah ajarkan adalah Solat. Lihat betapa pentingnya solat dlm Islam. Tidak dikatakan puasa atau bersedekah yg paling utama tapi solat.

Tapi apa yg terjadi masa skrg adalah sebaliknya. Sebabnya bila bersedekah orang lain nampak dan katanya boleh lah tunjuk sikit yg kita ni rajin bersedekah. Hmmmm bila difikirkan semula, amalan itu sgt mulia dgn tujuan untuk membantu orang lain tp niat dah menyimpang jauh. Jadi pahala xdpt dosa pula menanti.

Di sini bukan untuk mengatakan amalan saya sgt perfect tapi ingat-mengingati tu amalan mulia. Hanya secebis pandangan. Saya juga manusia yg sdg bertatih, sering terjatuh dan leka dgn duniawi.

Saya hanya terfikir knp susah sgt nak konsisten dgn solat sedangkan solat tu hanya ambil masa 5 minit paling minimum. Tapi susah nak buat. Tapi kalau ajak ke warung atau melepak berjam2 pun sanggup.

Wednesday, October 8, 2014

Benci

Assalamualaikum w.b.t

Tiada siapa yg minta utk dibenci. Namun itu adalah lumrah sebuah kehidupan kadang2 ada org syg kdg2 ada org benci. That life. Hanya manusia yg tabah dan sabar yg betapa manisnya nikmat kasih syh yg Allah berikan.

Allahu rabbi sesungguhnya aku bukanlah seorang insan yg kuat dan tabah dlm menghadapi setiap liku2 kehidupan yg mendatang. Kadang2 aku juga tersungkur jatuh saat aku ingin teguh berdiri menghadapi setiap inci kehidupan yg Kau kurniaan. Namun di saat aku cuba utk kuat di saat itulah dugaan dtg menguji. Hanya Engkau yg tahu perasaan hati ini.

Aku tidak mengharap menjadi yg terbaik. Tapi aku mengharap utk menjadi hamba-Mu yang sentiasa bersyukur dan taat akan perintah-Mu saat aku susah mahupun senang. Aku tidak mengharapkan apa2 yg istimewa pd nikmat kurniaan-Mu Ya Allah. Cukuplah sekadar Engkau ada untukku setiap kali aku merintih sayu merayu pada-Mu. Hanya Engkau tempat untukku meluahkan segala yg ada di dlm hati, meleraikan segala kekusutanku dan menjadi penenang jiwaku.

Tuesday, October 7, 2014

Kawan

Assalamualaikum w.b.t

Bila berbicara soal kawan. Ada macam2 ragam dan perangai yang akan kita tahu. Kawan tu datang macam semut tapi bila pergi macam ribut. Diibaratkan begitu. Sebab nya kenapa? Cuba kita tengok peribadi semut bila nampak sesuatu yang berharga dan boleh "take advantage" berduyun-duyun datang kat kita. Betul tak? Tapi bila kita dah xde kepentingan dan rasa mcm menyusahkan je nak berkawan dengannya terus cabut lari sepantas kilat dan takkan muncul lagi.

Boleh faham kan perumpamaan itu. Dalam memilih kawan jgn pilih luarannya sahaja. Sepatutnya kita dekati dan cuba untuk jalinkan serta eratkan silaturrahim. Mana tahu nampak saja luaran macam xboleh pakai, tapi xde sape tahu mungkin ilmu nya lebih tinggi dari kita. 

Monday, October 6, 2014

Jodoh

Assalamualaikum w.b.t

Membincangkan dan mempersoalkan tentang jodoh itu adalah perkara biasa yang kita lalui apabila kita meningkat dewasa. Its just like a typical questions when you getting bigger. Bila kita dah habis belajar  atau sekolah orang mesti akan tanya bila nak kerja..pastu bila dah kerja orang akan tanya lagi bila nak kawin, seterusnya kalau dah kawin bila pulak nak dapat anak..dan seterusnya.

Bila umur dah mencapai kedewasaan takkan terlepas untuk orang tanya bila nak kahwin. Itu biasa lah..selagi tak kawin hadap je la pertanyaan orang tu. walaupun rasa annoying dan xlarat nak layan.

Itulah yang saya alami saat sekarang..sikit2 orang tanya bila nak kawin and so whatever. Kalau saya cakap bulan depan..its sound like desperate and you're very flirty..haha. Apa la agaknya jawapan paling cerdik dan bernas dalam dunia utk elak soalan cepu cemas itu. Macam xde pun.

So bagi je la jawapan mudah..Ada jodoh x kemana. Tunggu dan bersabar la. Bila sampai waktu nya akan dijemput..Doakan saja.

Kalau sebenar-benarnya, saya sendiri pun xtahu bila, di mana, siapa. Itu semua masih rahsia Allah. Kalau saya tahu siapa dia dari awal saya dah ikat dia dan simpan dalam peti besi jgn bagi lari. Tapi masalahnya saya pun xtahu siapa. Itulah sebabnya penting Doa, Usaha dan Tawakal. Allah nak kita merintih sentiasa berdoa memohon kepada-Nya setiap masa dan ketika. Cepat atau lambat itu bergantung kepada-Nya krn Dia yang berhak memberikan utk kita. Kalau cepat Alhamdulillah kalau lambat mungkin ada yg lebih istimewa utk kt..Insha Allah.

Allahu Akbar kdg2 terfikir di mana si dia. Mengapa hingga saat masih belum muncul. Masih jauhkah perjalanannya itu. Tipu lah kalau kita tidak memikirkan dan terfikir. Namun dicekalkan hati untuk menghadapi semuanya. Mungkin kisah jodoh kita tak sama macam org lain, mungkin jumpa sekejap dan terus bersatu. Mungkin juga seorang yg tlh berada dlm hati kita itu bkn milik kita, kawan bercinta bertahun2 tapi akhirnya kawin dgn org lain, macam2 lagi lah.

Dan mungkin juga telah tertulis dan telah Allah tentukan hakikat kehidupan kita bahawa jodoh kita adalah dengan ajal. Allahu Rabbi. Andainya itu perjalanan yang terbaik utk kita, mudah2an kita redha. Amin.

Ya Allah walau apa pun jua jalan yang telah Kau berikan untukku semoga aku sentiasa redha,tawakal dan bersyukur di atas segala nikmat kurniaan-Mu. Mudah2an ada jawapan yang pasti utkku satu hari nanti. Semoga terjawab segala persoalan.Amin.

Thursday, April 24, 2014

Luahan hati Seorang Insan Biasa

Tinggal jauh dari ibu dengan ayah bukan untuk cari masalah dengan orang..
Ibu selalu pesan jaga diri..Jangan hiraukan apa orang kata.. itu pesan ibu..jgn cari pasal dengan orang..
Ibu..anak ibu x pernah cari pasal dengan orang..x pernah sikit pun ada perasaan dendam dengan orang lain..
Tapi Ibu..orang yang buat anak ibu sedih..
Allahu Rabbi..kalau lah ibu tahu..mesti dia xkan bagi anak dia tinggal jauh2 camni..

Kita xde hak untuk halang orang supaya x benci kita..tu semua pilihan mereka sendiri.. Dah orang x suka, benci sgt tgk kita..kita x boleh nak buat apa..apa yang kita boleh buat cuma maafkan dia.. Sebab x semua orang blh terima kita begitu juga dgn kita..

Tapi lagi sedih bila kita x tahu apa salah kita..tiba2 orang x suka dgn kita..padahal bergaduh berbalah dengan orang lain..disebabkan kita berkawan sama dengan orang yang dia gaduh tu..dengan kita2 sekali kena..Tapi xpela..terpulanglah..dah orang benci dan xboleh tengok muka kita..takkan nak merayu2..Buang karen je kot.. chiill je..Kita xbuat salah apa2 kat org tu..buat je macam biasa..

Thursday, April 10, 2014

BFF Wedding

Alhamdulillah..One of my friends already married and taken.. This is one my Diploma mate.. Susah senang bersama selama 3 tahun..walaupun amek course yang berbeza..Akhirnya bersatu juga setelah tgk jatuh bangun percintaan dorg nih..cehhh..

Bride & Groom : Izzat Syahmi & Suziana
Date : 22 March 2014
Location : Kg Banggol Peradong, Manir, Kuala Terengganu
Bridesmaid : Ct, Niesah, Yati

Antara photoshot terbaik yang dapat dikongsi bersama..


Tuesday, March 11, 2014

Career Fair 7-9 March 2014

Assalamualaikum dan selamat pagi kawan2..

Setelah beberapa hari pergi career fair harini baru sempat update entry baru untuk event tu..almaklumlah orang bekerjaya kan..haha.. padahal keje part time je..sebeno nya makcik malas nak update kena tunggu kerajinan memang sampai la x update entry baru..hoho

Alhamdulillah..hari jumaat lepas berjaya juga meloloskan diri untuk bercuti dan menyelinap masuk ke Kuala Lumpur tanpa sebarang halangan dan rintangan..cehhh..Career Fair ni kat Mid Valley Megamall. Cadangan sebenar nak g hari sabtu tapi disebabkan mungkin orang jadi lebih ramai, faham2 je la  fresh graduate dan tahap pengangguran kat Malaysia ni kan tinggi..Jadi amek keputusan untuk pegi hari jumaat..

Banyak juga company yang turut serta sampai tak tahu nak pilih yang mana..tiba2 jadi cam jakun..ye la first time pegi..But everything ok.. Alhamdulillah pengalaman baru.. walaupun ada macam2 konflik masa nak g tu..haishhh biarlah saya simpan sendiri tak daya nak ingat..

Apa yang saya lakukan adalah just drop-by the resume/cv kat company yang kita rasa berminat dan boleh drop resume. Banyak juga lah resume yang dah dihantar, tapi sebenarnya sama je dengan iklan dalam jobstreer cuma bezanya kita boleh mendekati dan mengenali syarikat lebih dekat..yela kan kadang2 kita xtaw tu syarikat apa dan membuat bidang apa jadi lebih baik kita kenal dulu..

Inilah antara suasana dan aktiviti yang dilakukan kat sana



 

dan ini antar gift dan flyers yang dorang bagi lepas kita drop-by resume kita..

Sangat berharap mudah2an senang dan cepat dapat kerja yang lebih baik..Tengah tunggu jawapan..Harap sangat dapat..Berdoa dan terus derdoa disamping berusaha keras mencari peluang yang lebih baik..Insha Allah ada rezeki tak ke mana..Doa2 kanlah ye kawan2..

#BudakFreshGraduateSedangMencariPekerjaan

Thursday, February 27, 2014

Rezeki dan Ilmu Allah..

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.. Selamat Pagi..

Alhamdulillah dikesempatan waktu yang ada sempat juga update entry baru.. Sepanjang minggu ni memang banyak dugaan.. Baru mula kerja tapi dah sakit..Btw, Alhamdulillah everything getting better.. Sakit itu kifarah dosa2 kita kan..

Syukur sangat setelah sekian lama pencarian untuk kekosongan dicari dan digali..Akhirnya jumpa juga. Tapi belum jumpa la yang betul2 mengikut apa yang diminta..Itu mungkin lambat..Insha Allah kalau ada rezeki mudah2an berjaya dapat kerja itu..Tapi buat masa sekarang ni takkan nak menganggur je duduk kat rumah makan tidur setiap xde aktiviti dan tunggu je bila nak dapat kerja..Ermm bosan juga macam tu..So, ambil keputusan untuk kerja sementara dan sambilan..Alhamdulillah dapat jadi part-timer kat Kenny Rogers Roasters pun dah cukup..syukur ada rezeki sebelum yang lebih baik muncul..Sekurang2nya poket pun xla kosong kering kontang je haaa..Tengok wallet pun menangis..Walaupun dibayar ikut jam tapi ok la..nak cuti pun senang..kiranya kalau cuti xde la gaji..senang citer.

Dalam masa yang sama selalu alert juga dengan perkembangan semasa jawatan2 kosong..mana la tau ada peluang..yela orang kata cari pengalaman itu kat mana2 je..tapi takkan la selama2nya kita nak kerja kat situ..Insha Allah kalau ada rezeki lain, mungkin dah x kerja situ lagi..Dah jadi part-timer sejak 22hb February lepas..tapi terpaksa MC sebab xsihat..adoi..Ujian..Tapi xpela semuanya dah ok..hampir sembuh sepenuhnya..Dan semalam baru je attended Food Handler Training..Alhamdulillah..Keahlian itu seumur hidup. So, kalau lepas ni nak berniaga makanan dah xyah susah2 nak amek training dulu..Insha Allah..
Beryuskur sangat walaupun bekerja bukan dalam bidang yang sama macam kita belajar..tapi xsalah kan untuk kita belajar benda baru..Ilmu Allah itu luas kan..Kita pun xboleh lah tertumpu pada satu subjek..nak juga cuba sesuatu yang baru..Itulah namanya pengalaman..Xde la nanti bila orang tanya kita senyap je xtaw apa2..Rezeki ada kat mana2 tapi yang penting berusaha untuk mencarinya dan menguasainya barulah kita boleh dikatakan insan berjaya..

That's all uolls, penat dah berleter ni..sebenarnya rindu mak ayah..tapi baru je mula kerja takkan nak cuti lagi..Xpela..Tunggu gaji pertama..Insha Allah..xdela balik dengan tangan kosong..Mak Ayah tengok pun xdela risau sangat..pheww..

Doa2kan ye kawan2..

Monday, February 17, 2014

Swear It All Over Again

Westlife - Swear It Again


I wanna know
Who ever told you I was letting go
Of the only joy that I have ever known
Girl, they were lying

Just look around
And all of the people that we used to know
Have just given up, they wanna let it go
But we're still trying

So you should know this love we share was never made to die
I'm glad we're on this one way street just you and I 
Just you and I

I'm never gonna say goodbye
Cos I never wanna see you cry
I swore to you my love would remain
And I swear it all over again and I
I'm never gonna treat you bad
Cos I never wanna see you sad
I swore to share your joy and your pain
And I swear it all over again

All over again 

Some people say
That everything has got its place in time
Even the day must give way to the night
But I'm not buying
Cos in your eyes
I see a love that burns eternally
And if you see how beautiful you are to me
You'll know I'm not lying

Sure there'll be times we wanna say goodbye
But even if we try
There are some things in this life won't be denied
Won't be denied

I'm never gonna say goodbye
Cos I never wanna see you cry
I swore to you my love would remain
And I swear it all over again and I
I'm never gonna treat you bad
Cos I never wanna see you sad
I swore to share your joy and your pain
And I swear it all over again

The more I know of you is the more I know I love you
And the more that I'm sure I want you forever and ever more
And the more that you love me, the more that I know
Oh that I'm never gonna let you go
Gotta let you know that I

I'm never gonna say goodbye
(I'm never gonna say goodbye)
Cos I never wanna see you cry
(never wanna see you cry) 
I swore to you my love would remain
And I swear it all over again and I
(swear it all over again and I)
I'm never gonna treat you bad
(never gonna treat you bad)
Cos I never wanna see you sad
(never wanna see you sad)
I swore to share your joy and your pain
(oh no, oh no)
And I swear it all over again

All over again
All over again
And I swear it all over again

Wednesday, February 12, 2014

Silent is Better

Maafkan ku
Kerana masih tak mampu menyapamu
Maafkan ku
Kerana masih mendiamkan diri
Maafkan ku
Kerana ku ingin memberi ruang buat diriku
Maafkan ku
Kerana ku ingin menjaga hatiku sendiri

Tanpa pesan dan perkhabaran
Ku di biar sepi..
Tanpa kata2 maaf
Kau pergi..
Saat aku tidak mengerti apa silapku
Sungguh aku terluka saat ini
Sungguh aku makin tak mampu menghadapinya
Semakin ku tahan semakin perit dihati
Sungguh aku hanya insan biasa

Walau aku mampu untuk kehilanganmu
Tapi jauh disudut hati
Aku tak mampu memadam semua kenangan
Maafkan ku

Berkali-kali ku cuba
Untuk menjadi yang terindah
Namun aku hanya mampu menjadi diri sendiri
Tapi kau tidak pernah perasan akan semua itu

Siapa diriku yang kenali
Inilah aku yang sebenarnya
Seandainya engkau tak mampu menerimaku
Jauhilah aku..
Jangan sakiti aku

Biarlah aku kehilanganmu
Namun aku tak sanggup 
Kehilangan cinta sang pemilik hati
Biarlah doa dan harapan
Ku sandarkan pada-Nya
Kerana aku yakin Dia sentiasa mendengar permintaanku

Biarlah aku jauh darimu
Andai satu saat nanti kita berjumpa lagi
Ku ingin kau tahu
Bahawa aku tak pernah melupakanmu
Dan aku tak pernah membencimu
Walau sehebat mana perbuatanmu terhadapku

Kerana aku bukanlah penghukum..
Aku hanya insan pendosa
Biarlah Allah yang menentukan segalanya
Biarlah luka dihati ini sembuh sendiri
Diam adalah pilihanku..
Maafkan ku sekali lagi..

Monday, February 10, 2014

Coretan : Jauh

Biarlah ku mendiamkan diri untuk seketika..
Mungkin ini mampu memberi ruang dan peluang untuk kita..
Berfikir sebaik mungkin..
Bukan tidak berusaha tapi biarlah ketenangan itu hadir..
Agar tiada lagi amarah di hati..
Ku ingin berfikir dengan hati dan rasional membuat keputusan..
Bukan mengikut nafsu dan perasaan semata-mata..
Mudah2an ada ketenangan yang akan dicapai..
Andai ada keajaiban yang Allah sedang rancangkan untukku..
Alhamdulillah..
Namun seandainya bukan itu jalannya..
Mudah2an ada sesuatu yang lebih..
Aku hanya insan biasa yang kadangkala tewas dengan emosi sendiri
Jadi aku tidak inginkan perbalahan ini berlaku..
Diam itu lebih baik dari berkata2 sesuatu yang menyakitkan..
Biarlah aku hilang seketika dari pandanganmu..
Kerana aku harus menjaga hati dan perasaan ku sendiri..
Cukuplah disakiti dalam diam..
Tanpa ku tahu apa salah dan silapku kepadamu..
Diriku dibiar kesepian..
Hanya Allah yang tahu perasaan ku saat ini..
Hanya Allah tempatku mengadu memohon pertolongan..
Kerana setiap yang berlaku adalah dengan izin-Nya..
Aku tidak menyesali pertemuan ini..
Sebaliknya aku bersyukur kerana masih diberi kesempatan..
Untuk merasai pahit manisnya sebuah kehidupan..
Sungguh walau terasa diri teraniaya..
Namun aku tahu Allah sedang mengajarkanku sesuatu..
Mengajarku erti kesabaran..Alhamdulillah..
Semoga diriku sentiasa menjadi insan yang sentiasa bersyukur..
Dengan nikmat kurnian-Nya..
Tidak kiralah diwaktu susah atau senang..Amin
Semoga dirimu bahagia dengan kehidupanmu..
Ku ingin kau tahu..
Bahawa aku tidak pernah membencimu..
Dan aku telah memaafkan segala kesalahanmu..
Pergiku bukan kerana aku kalah..
Namun kerana aku masih punya banyak perkara..
Yang perlu ku selesaikan..
Seandainya kita ditakdirkan bersama..
Walau di manapun kita berada..
Walau sejauh mana kita melarikan diri..
Suatu saat nanti kita akan bersatu kembali..
Semoga ini jalan yang terbaik untuk kita..
Dan aku tidak pernah menyesali pertemuan ini..
Semoga ada bahagia buat kita..

Thursday, January 30, 2014

Perbaiki dan Muhasabah Diri Kita Dahulu

Saat aku mulai mencintai seseorang, aku ditinggalkan…
Saat aku sangat mengharapkannya, dia menghilang…
Ketika aku mulai merasakan bahagia, aku dicampakkan…
Ketika aku sangat memerlukannya, dia memilih yang lain…

Aku bertanya pada Tuhan:

“Ya Tuhan.. Kenapa semua yang aku inginkan tidak aku miliki??”

Tuhan Menjawab:

“… kerana kamu tidak pernah merasa yakin memilikinya.”

Aku Kembali Bertanya:

“.. tapi mengapa pada saat aku bahagia dia meninggalkanku?”

Wednesday, January 22, 2014

Hargai Kawan Kita

Assalamualaikum
Say Cheese & Alhamdulillah.. Good morning everyone..

Kawan, Teman, Sahabat, Rakan..
Orang selalu kata bersahabat biar beribu berkasih biar satu..
Betul kan? Ada ke sape2 yg suka jadi alone ranger.. xde kawan dan tak suka berkawan..
Mustahil xde kot..kalau ada pun mungkin orang tu ada something wrong with their life maybe.
Ok Done.

Secara jujurnya saya bukanlah seorang yang peramah dan suka bercakap..tapi sebenarnya saya sebaliknya..walaubagaimanapun itu bukan penghalang untuk saya tidak berkawan..I am the person of shy at first but once you know me, you will know how crazy imma be..

Saya bukan seorang sukar didekati tapi sebenarnya saya tak tahu macammana nak mulakan komunikasi..tapi bila semakin selesa dgn persekitaran kita akan pandai membawa diri..Sekarang ni lebih yakin bila nak tanya dan berkomunikasi dgn orang..yela kan..takkan nak jadi yang sama takde perubahan..susah juga untuk kita..

Tuesday, January 21, 2014

Renungan Bersama

YAKINLAH JODOH TERBAIK PASTI ADA

 Seseorang hadir dlm hidupmu karena sebuah alasan,dia datang menawarkan kebahagiaan dan juga           kekecewaan..
❥ Kadang, ada yang hanya datang menyapa saja, tetapi ada pula yang sudah jauh melangkah..
❥ Mereka datang silih berganti meninggalkan kenangan yang terkadang perih..
❥ Namun, percayalah,Akan ada seseorang yang datang dan menetap sepanjang masa hidupmu..
❥ ALLAH sengaja membiarkanmu bertemu dengan beberapa orang yang salah, sebelum akhirnya mempertemukanmu dengan orang yang tepat agar kamu bisa mensyukuri kurnia-NYA dan bisa belajar dengan semua kesalahanmu..
❥ Jangan pernah menganggap sakit hatimu sebagai cara untuk menjauhi indahnya hidup..
❥ Tapi jadikanlah sakit hatimu sebagai pelajaran yang sangat berharga dalam hidupmu..
❥ Yakinlah ALLAH telah menyiapkan Jodoh yang terbaik untukmu, Ya Allah.. jika bukan dia yang tercipta untukku 

kau tetapkanlah hatiku pada pemilik yang sebenar.. Amin.

Jika Allah Menguji...

Thursday, January 16, 2014

Final Sem, Final Year : Complete

Alhamdulillah..
Selepas 10 Januari..I am totally free from all student task and assignment..
No need to read book from skin to skin..
Again.. But feel something..
Halamak macam dah tua je..
2014 - 24 tahun..sekejap je masa berlalu
Alhamdulillah satu fasa kehidupan telah ku lalui..
3 tahun Diploma dan 2 tahun Degree..
Sangat bermakna..Tak sangka dah lepas fasa ni..
Kena memulakan fasa pekerjaan pula..

Last semester dah berpengalaman menjadi practical trainee for almost 5 months..
Alhamdulillah banyak pengalaman dan kawan pun ramai..
Dan bersyukur juga sebab tak sangka saya boleh lakukan..
I am done my thesis and viva presentation
walaupun bersusah payah, bersengkang mata untuk siapkan semua..
Yang hanya perlukan 15 minit untuk viva presentation..
Tapi bersyukur sebab semua berjalan lancar..
Already done. Submitted and enjoy..!!
Berakhirlah tugas selepas seorang pelajar degree..
Di UiTM Kampus Bandaraya Melaka..
BBA (Hons) International Business sesi March 2012 - Jan 2014..

Nak kongsi sikit pengalaman yang dah dikutip sepanjang last sem..As a student and practical trainee..
Menimba pengalaman sebagai practical trainee disini..
Dari 29 July 2013 - 13 December 2013
dapat belajar dalam 2 department yang berbeza..
First kat Back Office sebagai Inventory and system control..
Task lain sebagai staff back office pun banyak.. 
Receiving dan Return and claim section..
Last sekali baru dapat masuk Human Resource Department
tu pun sebulan lebih selepas sorg practical trainee kat HR dah habis..

Tuesday, January 14, 2014

Doakan Kebaikannya

May good things always with us..


Mendoakan kebaikan orang lain yang menyakiti hati kita lebih baik dari membenci.. kerana kita bukan penghukum, kita hanya pendosa.. Sebaik2 pemberi pengajaran adalah Allah s.w.t.
Dan seandainya ini adalah ujian dan dugaan buat kita.. Bersabarlah..Sesungguhnya Allah lebih mengetahui..
Serahkan segalanya kepada pemilik hati..seandainya berhajat..mintalah pada pemilik hati2 kita.. Allah s.w.t

Semoga kita menjadi kuat dan tabah menghadapi ujian-Nya
Amin

Jika rindu..sampaikanlah rindu itu pada pemilik hati..mudah2an dia punya rasa yang sama dengan apa yang kita rasa sekarang..

Semoga kita menjadi insan yang sentiasa bersyukur atas nikmat kurnian-Nya.

Thursday, January 2, 2014

Beware!!!

#BeCarefulWithMyHeart




Mohon Anda Faham..!!
Terus Teranglah..Dont Deny it..Please..