Blogger Layouts

Tuesday, October 7, 2014

Kawan

Assalamualaikum w.b.t

Bila berbicara soal kawan. Ada macam2 ragam dan perangai yang akan kita tahu. Kawan tu datang macam semut tapi bila pergi macam ribut. Diibaratkan begitu. Sebab nya kenapa? Cuba kita tengok peribadi semut bila nampak sesuatu yang berharga dan boleh "take advantage" berduyun-duyun datang kat kita. Betul tak? Tapi bila kita dah xde kepentingan dan rasa mcm menyusahkan je nak berkawan dengannya terus cabut lari sepantas kilat dan takkan muncul lagi.

Boleh faham kan perumpamaan itu. Dalam memilih kawan jgn pilih luarannya sahaja. Sepatutnya kita dekati dan cuba untuk jalinkan serta eratkan silaturrahim. Mana tahu nampak saja luaran macam xboleh pakai, tapi xde sape tahu mungkin ilmu nya lebih tinggi dari kita. 

Kalau kita mungkin seorang yang alim dan warak, xsemestinya kita tak boleh untuk bergaul dgn org yang mungkin kasar sifatnya atau lalai dari segi akhlak dan moralnya. Mungkin satu hari nanti bila dia melihat peribadi dan tingkah laku kita, lembut hatinya untuk belajar dan berubah ke arah kebaikan. Jangan pandang serong dan benci pada mereka yang melakukan kesilapan kerana masih ada masa untuknya berubah, kita lah yang sepatutnya menjadi pembantu dan penolong di saat mereka perlukan kekuatan untuk melangkah arus kehidupan.

Allah jadikan kita dengan kesempurnaan dan kekurangan. Ini krn jika di dunia ini setiap makhluk dgn sifat kesempurnaan jadinya akan timbullah perasaan berbangga diri antara satu sama lain. Itulah sebabnya tiada manusia yang sempurna di dunia ini. Ada kelebihan dan kekurangan. Jika seseorang lebih di sini jadi seseorang yg lain akan lebih di sana. Kerana ingin melihat kita saling ingat-mengingati dan nasihat menasihati. Seandainya diterima nasihat itu Alhamdulillah namun jika sebaliknya berdoalah semoga ada sinar dan cahaya petunjuk yg mampu mengubah yang kurang elok menjadi elok semula. 

Adat berkawan ada suka ada duka. Saat kita jatuh lihatlah berapa ramai kawan kita yang sentiasa ada di sisi kita dan berapa ramai yang menjauh. Yang sentiasa ada di sisi kita itulah benar2 sahabat sejati. 

When you being nice to me, i will be nice to you. Simple as that. Jadi bila ada orang yang tak mampu untuk menerima kita apa adanya, siapa diri kita, perangai kita dan kehidupan kita. Hanya 2 pilihan diberi. Either TAKE IT or LEAVE IT!! 

No comments:

Post a Comment

Daisypath Happy Birthday tickers