Blogger Layouts

Saturday, February 26, 2011

Wanita itu Fitrah, Wanita itu juga Fitnah.. Renungkan...!! Ciri-Ciri Wanita Solehah

Assalamualaikum w.b.t 
"Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh. Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah..kerana si soleh dan si solehah adalah insan biasa"
CIRI-CIRI WANITA SOLEHAH::
Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t.

Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat iaitu :
1. Taat kepada Allah dan RasulNya
2. Taat kepada suami


Wednesday, February 23, 2011

A Moment We Celebrate Together..!!! 21st Already...

Assalamualaikum w.b.t..
Alhamdulillah.. hari nie usiaku telah menjangkau 21 tahun 2 hari.. sempat jugak nak update blog untuk entry seterusnya..sebenarnya xde idea nak tulis entry apa..ada idea tapi idea tue tak nak menampakkan diri..sebab mood minggu nie adalah MOOD TEST.. nampak seperti BINTANG-BINTANG di KEPALA ku semakin GLOWY + GLITTERY plak..ermm nak balik rumah pun xboley minggu nie..baru planning nak balik rumah.. Terpaksalah POSTPONE minggu seterusnya.. Xpe..Berkorban demi Cita-Cita..Mudah-mudahan ada kejayaan diakhirnya..Amin.

Monday, February 21, 2011

Sebait Doa di Hari Lahir Ku..

Assalamulaikum w.b.t..
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi dengan kurniaan-Nya diri ini masih lagi dipanjangkan usia hingga ke hari ini..pagi yang penuh mendamaikan..

SANAH HELWAH...HAPPY BIRTHDAY TO ME..!!!!..
21st already..

Alhamdulillah dah masuk 21 tahun rupanya diriku.. Allahu Akbar cepatnya masa berlalu..tak terasa diri dah semakin 'muda'..umur semakin bertambah..orang pun perlu jadi lebih matang.. InsyaAllah sedang berusaha ke arah itu..tapi satu je yang menjadi masalah.. MY VOICE.. suaru yang seperti kanak-kanak Ribena.. ermm..camne ye..?? puas ku memikirkan cara terbaik.. tapi apa2 pun semua tue kurniaan dari Allah..aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang..

Sunday, February 13, 2011

Sepucuk Surat Buat Bakal Suamiku

Kehadapan bakal suamiku yang aku sendiri tidak tahu siapa kamu,,,,


Ku mulakan bicara ini kepada kamu dengan menyebut nama Allah yang Agung. Maha Suci Allah yang menjadikan aku dan kamu, lelaki dan perempuan. Sebenarnya aku agak canggung untuk menulis tinta ini buat kamu. Ya, siapa pun kamu yang telah ditakdirkan Allah untukku, aku bersyukur seadanya, mengurniakan kamu padaku pada suatu masa yang telah Allah tetapkan.

Aku sedang menjaga hati ini hanya untuk kamu yang aku sendiri tidak tahu siapa. Aku sedang menjaga diri ini untuk yang sah memiliki. Aku juga berharap yang sama dari kamu. Maka, aku tidak akan seenak-enaknya memberi senyuman manis kepada lelaki-lelaki lain. Aku juga tidak mungkin menyerahkan cinta dalam hati ini yang masih tersimpan rapi untuk kamu yang aku tidak ketahui siapa.