Blogger Layouts

Monday, February 21, 2011

Sebait Doa di Hari Lahir Ku..

Assalamulaikum w.b.t..
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi dengan kurniaan-Nya diri ini masih lagi dipanjangkan usia hingga ke hari ini..pagi yang penuh mendamaikan..

SANAH HELWAH...HAPPY BIRTHDAY TO ME..!!!!..
21st already..

Alhamdulillah dah masuk 21 tahun rupanya diriku.. Allahu Akbar cepatnya masa berlalu..tak terasa diri dah semakin 'muda'..umur semakin bertambah..orang pun perlu jadi lebih matang.. InsyaAllah sedang berusaha ke arah itu..tapi satu je yang menjadi masalah.. MY VOICE.. suaru yang seperti kanak-kanak Ribena.. ermm..camne ye..?? puas ku memikirkan cara terbaik.. tapi apa2 pun semua tue kurniaan dari Allah..aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang..

Pertama tadi SUARA.. lagi satu adalah BETAPA 'S' nya diriku.. yeah that right..saya memang seorang yang kecil dan kurus..hanya bersaiz 'S'. Kadang-kadang menampakkan diri macam budak baru nak masuk sekolah menengah..kalau orang yang tak kenal dan xtahu mesti dia tanya "sekolah tingkatan bape??".. lagi dahsyat "dik, awak ponteng sekolah ye??".. Gulp??? pernah sekali dua ada orang tegur camtu..bila merayap kat shopping Mall time waktu bekerja dan sekolah..kelakar pun ada geram,sedih pun ada..

Kerana faktor genetik dan kadar metabolisme dalam badan tinggi..berat badan susah nak naik..makan banyak mana sekali pun xde kesan..macam2 orang cakap dengan bahasa yang agak kurang menyenangkan hati dan menyentuh perasaan..tapi kuatkan semangat dan tabahkan hati..walaupun kadang2 rasa 'down' gak dengan kata2 tue.. tapi bersyukur dengan apa yang Allah berikan nie.. yang penting tak susahkan orang lain dan ganggu hidup orang lain..xyah nak menyakitkan diri sendiri semata-mata untuk kepuasan hati orang lain..akhirnya kita juga yang susah..

Tahun nie NOMBOR BEST.. 21/02/2011.. umur 21..

SEBAIT DOA DI HARI LAHIRKU..
Ya Allah, aku memohon kepadaMu agar Engkau
menjadikan sebaik-baik umur kami pada akhirnya,
Sebaik-baik amal pada penutupannya,
Sebaik-baik hari-hari kami
adalah saat bertemu denganMu.
Aku memohon kepadaMu agar Engkau
menjadikan kuburan setelah berpisah dengan dunia,
Sebaik-baik tempat tinggal kami,
Luaskanlah liang lahad kami,
Dan rahmatilah saat kami menjadi rendah
pada waktu menghadapMu saat hisab,
Tetapkanlah kaki-kaki kami di atas shirath,
Selamatkanlah kami dari kesusahan hari kiamat,
Putihkan wajah kami pada hari dimana
wajah manusia ada yang putih dan ada yang hitam,
Aku memohon kepada-Mu kenikmatan yang tak terputus-putus,
Mata yang sejuk yang tidak terputus-putus,
Aku memohon kepadaMu untuk dapat melihat wajahMu,
Dan kerinduan bertemu denganMu,
Aku memohon agar Engkau mensucikan
kerosakan hati kami dengan taubat,
Dan menyatukan hati kami dalam keadaan takut kepadaMu,
Dan memberi kami pemberian yang besar
yang dapat memasukkan kami ke dalam Syurga,
Tempat yang aman..

Ya Allah, kepadaMu aku beribadah
dan untukMu kami solat dan sujud,
KepadaMu kami menuju dan bersegera,
Kami mohon rahmatMu dan takut akan azabMu,
Sesungguhnya azabMu menimpa orang-orang kafir.
Ya Allah aku memohon perlindungan kepadaMu,
Kami meminta ampun dariMu,
MemujiMu dengan kebaikan,
Tidak kufur kepadaMu,
Tunduk kepadaMu dan mencabut
siapa yang kufur kepadaMu..
Ya ALLAH, panjangkanlah usiaku,
Agar lebih lama dapat ku mentaati Mu,
Jadikanlah kehidupan ini sebagai ladang,
Moga diakhirat kelak ku mengutip hasilnya,
Ya ALLAH, tambahkanlah amalanku
disaat bertambah usiaku,
Jadikanlah cahayamu yang bersinar menyinari jalanku,
Rehatku adalah rantaian zikir,
Rantai yang ku kalungkan pada leherku,
Sebagai tanda cintaku padaMu,
Ya ALLAH, Engkau tidak mensia- siakan segala usahaku,
Ku mencari haruman Syurga ciptaanMu,
Tempat rehat dan nikmat abadi..
BarakAllah fi umrina (semoga Allah memberkati usia kita)
Amin..
Permata Ayah Bonda..
En. Basiron @ Abdullah b. Abd. Rahim
Pn. Hamimah bt. Kasmadi

No comments:

Post a Comment

Daisypath Happy Birthday tickers