Blogger Layouts

Friday, July 30, 2010

Pengorbanan ini Ikhlas kerana Allah

Assalamualaikum w.b.t...
Salam Sejahtera...

dah lame rasanya tak update blog nie disebabkan sibuk dgn sesi pembelajaran semester baru..
agak sibuk ckit.. baru start kelas je dah ada mcm2 assignment kena buat..
tapi bak kata pepatah 'KALAU HENDAK SERIBU DAYA, KALAU TAK HENDAK SERIBU DALIH'..
Alhamdulillah berjaya juga akhirnya menyiapkan segala tugasan yg diberi mengikut waktu yg ditetapkan.. walaupun 2 minggu lepas mengalami demam yg agak teruk.. sehingga mengalami sedikit penurunan berat badan... emm semua tue dah berlalu.. Ujian dan dugaan itu telah berjaya diharungi..

bila bercerita tentang ujian dan dugaan... memang mcm2 dugaan kita jumpa.. betul tak??
kalau hidup xde ujian bukan lumrah kehidupan la tue.. (o_0).. Banyak sangat kan yang harus kita lalui dalam kehidupan nie.. itu bermakna Allah sayangkan kita...

Pernah tak kita dikatakan tak ambil berat atau tak sayang kat kawan kita..???
mesti ada kan?? Apa agaknya perasaan kita bila kawan kita cakap camtu???
Rasa sedih, terkilan, nak marah pun ada.. tapi kerana keimanan dan kesabaran yg masih ada dalam diri.. tabahkan hati ini.. kalau kita "mata duitan".. segala apa yang kita wat utk kebaikan dia... mesti sekarang nie kita dah jadi kaya raya.. dah boleh beli banglo agaknya.. haha..
tapi KASIH SAYANG tak boleh dijual beli... PENGORBANAN yang dilakukan adalah IKHLAS kerana ALLAH.. xde rasa sedikit pun dalam hati ini nak mengungkit..

Tapi bila kawan sendiri cakap camtu.. Rasa macam hilang rasa sayang nie..
Rasa nak je cakap.. 'kalau aku tak ambil pasal korang, mesti takkan tolong korang masa korang susah.. xde la aku nak bagi pinjam harta2 aku.. xde la aku nak bising pagi2 buta suh korang bangun.. ' Bila fikir balik.. xde gunanya nak marah2.. semua dah besar dah matang dah boleh fikir dengan baik.. bukannya budak2 lagi yang nak kena ajar camne cara nak hormati org..
xkuasa dah nak marah2.. yang boleh dilakukan adalah DOA KPD ALLAH dan NASIHATKAN APA YANG PATUT.. selebihnya terpulangla pd diri mereka utk menilai kita.. tak kisahla nak cakap apa.. kalau nak cakap kita tak sayang dan tak ambil berat pasal dia pun xpela.. yang penting Allah Maha Mengetahui akan hamba-Nya.. Biarlah Allah yang membalasnya..
ku tak menjadi penghukum.. kerana aku juga manusia biasa yang tak lepas dari melakukan kesilapan..

Takpe la yang dah lepas biarlah ia pergi dan jgn dikenang.. mungkin ada hikmah disebalik semua kejadian.. walau rasa sedih dan terkilan nie masih membekaskan luka dihati.. diri ini, hamba insan yang kerdil ini... telah memaafkan segala kesalahan dan kesilapan mereka.. mereka juga manusia ada perasaan.. mungkin satu hari nanti mereka sedar kesilapan mereka.. InsyaAllah.. Amin...

Moga diriku ini tidak jauh dari Rahmat Ilahi.. Sentiasa dibawah perlindungan-Nya..
Moga dibukakan pintu2 Hidayan buatku dan sahabat2ku..
Ku ingin kau tahu.. diriku sentiasa menyayangimu.. sentiasa ada bersamamu saat susah atau senang.. dan Doa ku sentiasa mengiringi langkah kehidupanmu...

Wassalam...
Daisypath Happy Birthday tickers