Blogger Layouts

Friday, April 16, 2010

Diriku Lagi....

Assalamualaikum w.b.t...

~*bila ku didatangi malam...gelora perasaan mencengkam dijiwa...
masihkah ada lagi... dayaku menghindar dari kealpaan...
diterjah berbagai persoalan..dihujani air mata penyesalan..*~

Lemahkah diri ini, Ya Allah...
andai selalu menitiskan airmata...??????
bukan ku tak mampu membendungnya..
tapi itulah hakikat yang harus ku terima..
bahawa airmata ini akan membahasi pipi tanpa ku pinta...

Ya Allah,,, berilah aku kekuatan...
walau diri ini disakiti dan dilukai...
jangan kau biarkan air mataku menitis lagi..
Biarlah aku merawat lukaku sendiri...

Thursday, April 15, 2010

Demi Persahabatan, Ku Undurkan Diri

Demi menjaga sebuah persahabatan yang terjalin daripada terputus di pertengahan.. ada baiknya aku mengundurkan diri, membawa haluan sendiri.. dari terus menjadi punca kemusnahan sebuah persahabatan…

Mungkin terlalu sukar untuk aku lakukan.. namun demi cintaku pada-Nya...ku akur jua dengan keputusan ini kerana inilah janjiku pada diri. Keputusan ini memang terlalu berat buatku tetapi demi menjernihkan keadaan biarlah aku mendiamkan diri.. bukan kerana ku tak mampu menanggung semua ini tetapi disebabkan terlalu sayangkan persahabatan ini, ada baiknya aku undurkan diri. Diam adalah lebih baik dari berkata-kata akan sesuatu yang mungkin akan menyakitkan hati orang lain.

Aku tak sanggup untuk melukakan hatiku lagi, cukuplah dengan apa yang berlaku sebelum ini, luka yang masih meninggalkan kesan yang amat dalam dan memerlukan masa yang untuk sembuh. Walaupun persahabatan ini baru bermula namun aku mengerti apa yang bersarang di lubuk hatinya… dia juga keliru antara kawan dan teman istimewa..mungkin kerana kisah kehidupannya yang lalu menjadikannya lebih berhati-hati dalam membuat keputusan agar tidak ada yang terluka atau dilukai dengan sikapnya.

Aku senang berbicara dengannya…segalanya nasihat yang diberikan membuat diri ini merasa tenang. Segala kata-katanya penuh bermanfaat dan butir bicaranya memberi nasihat juga mendapat pujian dari rakan-rakan. Itulah yang aku kagumi dengan sikapnya.

Tetapi.. maafkan aku sahabat, kerana mungkin kehadiranku dalam mimpimu telah mengganggu ketenanganmu lenamu… biarlah aku menjadi sahabat sepimu...Namun apa yang pasti persahabatan ini takkan putus sampai bila-bila.

Aku mengerti mungkin diri ini tidak sesempurna yang kau dambakan tetapi percayalah segala nasihatmu sentiasa ku harapkan. Bukan niat untukku menipu diriku dan dirimu atau mengiakan apa yang berlaku, tetapi disebabkan sayangku pada persahabatan ini..

Aku tak sanggup kehilangan lagi.. aku tak sanggup kehilangan seorang sahabat yang baik sepertimu. Aku pasrah dengan apa yang berlaku, biarlah masa yang menentukan segala-galanya..merungkai segala persoalan. Allah saja yang tahu segala-galanya.

Terima kasih ku ucapkan kerana sudi menjadi peneman sepiku..semoga kau menemui kebahagiaanmu di sana.. moga ada hikmah disebalik semua kejadian ini…

Waallahua’lam.

Tuesday, April 13, 2010

Kebahagiaan itu Hanya Pinjaman


kelmarin Allah pinjamkan sebuah kebahagiaan untukku...

tetapi hari ini ku harus pulangkn kebahagiaan ini kembali kepada-Nya...

itulah yang dinamakan hakikat sebuah kehidupan..

tiada yang akan kekal buat kita..

semua hanyalah pinjaman semata-mata..

Namun kita tak boleh mudah berputus asa dengan ujian-Nya...

kerana mungkin setiap ujian yg datang melanda diri kita..

ada hikmah yang tersembunyi...

oleh itu, syukurilah nikmat yg tlh Allah kurniakn sblm ia pergi jauh meninggalkn diri kita...

kita hanya merancang sebuah kehidupan yang terbaik untuk diri sendiri... tetapi Allah lebih mengetahui segala-galanya...

Salam Ukhwah Buat Teman-Teman,,,

Assalamualaikum w.b.t........
Ahlan Wasahlan.........
syukur kehadrat Ilahi kerana dgn limpah kurnia-Nya..
diri ini masih lg di beri peluang utk bernafas di bumi-Nya yg indah permai ini...

Ku bersyukur mudah2an dgn ada blog ini dapatku berkongsi pengalaman serta nasihat2 yg berguna bersama teman2 seperjuangan...
InsyaAllah...