Blogger Layouts

Sunday, April 15, 2012

Memory Never Fades..!!! Love You

Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah setelah hampir 2 bulan bertukar status kepada "PELAJAR" kembali sejak 5hb March yang lalu tapi bukanlah sebagai pelajar Diploma tapi Ijazah..Banyak benda yang berubah, semua berbeza tak sama macam zaman diploma dulu..

Semua berubah dari tempat, keadaan sekeliling, kawan-kawan, dan pembelajaran. Dulu tempat belajar kat Bangi Selangor sekarang dah bertukar ke Melaka, Masa Diploma dulu kawasan sekeliling adalah kawasan luar bandar yang baru nak membangun tapi kat sini berada ditengah-tengah bandaraya..aigoo..!! Bangi lagi best dari Melaka sebenarnya walaupun dapat merasakan kos hidup yang amat tinggi kat Bangi. Kawan-kawan dah bertukar, semua kawan baru.. takde lagi Ct & Suzy yang menjadi roomate setia dari tahun pertama sampai final year. Rindu sangat kat mereka..untunglah mereka masih dapat bersama lagi walaupun berbeza bidang sekarang di UiTM Dungun..