Blogger Layouts

Monday, July 22, 2013

Niat

Sejak akhir-akhir ni banyak pula cerita yang kurang enak didengar dan dilihat di pandangan mata..macam kahwin lari kat Thailand la..poligami la..kahwin suami muda teruna la..macam2 la..jadi Hot Story juga lah.. Kalau tiada angin masakan pokok boleh bergoyang, kalau tiada khabar yang membawa berita tak mungkin ia tersebar. Begitulah ceritanya..Kadang2 kita yang dengar ni pun tak tahu dah mana satu yang betul dan siapa yang salah. Kalau memihak kepada yang satu, satu pihak lagi mungkin dia lagi betul. Menyampah pula fikir masalah orang ni..Tapi tak best bila dengar cerita2 macam tu..Kita akan fikir, orang tu dah hilang akal agaknya. Sebab itulah macam2 spekulasi timbul untuk menjernihkan keadaan yang sebenarnya tak jernih2 pun..makin keruh adalah..Banyak sangat mulut yang perlu didengar, fikiran pun tak mampu nak memilih mana yang salah dan yang betul. Akhirnya, hilang pertimbangan. 

Semua itu berbalik pada niat kita sendiri. Kita yang menetapkan (MINDSET) sesuatu perkara itu. Perkara utama dalam menilai sesuatu perkara adalah NIAT. Jika niat itu baik, maka baiklah jadinya. Namun jika niat itu salah, maka terpesonglah kita dari jalan yang benar. 

Jadi, sebelum melakukan sesuatu yang mungkin akan memalukan dan memakan diri kita..sebaiknya berfikirlah sehabis baik sebelum melakukan perkara yang diluar kawalan dan jangkauan orang, kerana mungkin akan menjadi fitnah dan maruah diri pasti dpertikaikan..Kepercayaan orang lain kepada kita juga semakin berkurangan. 

Berfikir secara rasional, waras tanpa emosi mampu menjadikan diri kita lebih berhati-hati dalam membuat keputusan. Allah memberikan kita Akal untuk berfikir, Allah juga memberikan kita sekeping Hati yang suci untuk kita menilai yang baik dan buruk sesuatu perkara. 

Jadi, jangan terlalu emosi, berfikirlah secara terbuka..dan doakan kebahagiaan dan kesejahteraan orang sekeliling kita serta maafkanlah segala salah dan silap orang di sekeliling kita..Semoga kita menjadi manusia yang berilmu..

Salam Ramadhan..Anda Tahu, Fikir2kanlah..

Tuesday, July 16, 2013

Berakhir Sudah...

Alhamdulillah..perjalanan ku selama 3 semester di sini telah berakhir..
Di UiTM Kampus Bandaraya Melaka..walaupun selepas ni praktikal kat Melaka tapi sesi pembelajaran di kelas telah berakhir..
Terlalu banyak kenangan manis, pahit dan semua ada..macam2 ada..Yang meninggalkan kesan adalah menjadi bahan gosip..tak pasal2 jadi mangsa..padahal takde kena mengena pun..kelakar je..
Sebenarnya sedih juga bila terasa diri macam jadi bahan fitnah..walaupun xde orang tahu.. but I feel it..

Tak perlulah diperbesarkan sekarang ini..yang penting semua dah berakhir..no more annoying things.. Saya bahagia sekarang..dapat hidup dalam kehidupan yang bebas tanpa ada orang sekeliling yang memandang benci..tinggalkan semua itu jauh2..jangan difikirkan lagi..

Dari semester 3 mula2 masuk dulu tahun lepas..pada bulan March 2012.. antara aktiviti besar sepanjang bergelar student IB di UiTM seperti..
EXHIBITION Part 3

Sunday, July 14, 2013

Loading....

Loading.. Refreshing..............

Assalamualaikum w.b.t..Salam Sahabat.. Salam Ramadhan
Admin sedang mengemaskini blog peribadinya yang semakin bersawang..
Disebabkan kesibukan yang terlalu cemburu dengan diri ini untuk berblog seketika..
In Sha Allah..akan ada entry baru..
Stay Tuned..........
Selamat Berpuasa...!!!

Loading.. Refreshing.............
LoL