Blogger Layouts

Sunday, February 26, 2012

Tips Kahwin Muda

a) Mempunyai kerjaya dan pendapatan yang tetap.

Kerjaya dan mempunyai pendapatan yang tetap merupakan suatu aset yang penting bagi seorang suami yang ingin mendirikan rumah tangga dengan bakal isteri mereka.

Tanpa aset ini, maka kehidupan rumah tangga anda sudah pasti huru hara. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Friday, February 24, 2012

Pengembaraanku Mencari Sebuah Erti Kehidupan

Assalamualaikum w.b.t
Apa Khabar Sahabat-Sahabat semua???


Setelah hampir 5 bulan meninggalkan status sebagai PELAJAR.. Begitu jugalah sepinya Laman ini bersawang tanpa khabar berita..disebabkan kekangan masa yang mencemburui diri ini..Bukan apa, selesai tamat peperiksaan akhir terus pulang ke kampung halaman..baru beberapa hari menjadi 'suri rumah', tak berkesempatan untuk "menanam anggur"..saya sudah menerima tawaran bekerja..walaupun bukan bekerja dengan syarikat terkenal dan terkemuka tapi cukuplah untukku mencari sumber rezeki yang halal disamping mencari ruang dan peluang untuk menimba pengalaman serta menambah ilmu di dada sebelum melangkahkan kaki menuju ke gerbang impian yang bakal menjadi kenyataan InsyaAllah..