Blogger Layouts

Saturday, October 27, 2012

Sunday, October 21, 2012

Di Cintai atau Di Permainkan????



Alhamdulillah dalam suasana yang redup dan mendamaikan..walaupun sejak beberapa lalu hujan turun tanpa henti..Rahmat Allah..Namun juga seperti mengetahui bahawa hatiku juga sedang gundah gulana saat ini..namun tiada siapa yang tahu. Aku dalam dilema..seringkali tertanya2 diri sendiri, dugaan apakah yang melanda diriku ini. Terasa sesuatu yang berat yang tidak mampu untukku tanggung lagi. Terfikir sendiri seketika.."adakah aku sedang betul-betul dicintai..atau..sedang dipermainkan??"

Ya Allah, kenapalah semua ini muncul kembali sedang aku mencari kekuatan untuk terus bangkit dari kesilapan lalu. Bukan ku pinta ia terjadi kepadaku..tapi mungki ada hikmah semua ini terjadi padaku..Mungkin kerana aku khilaf dan lalai dengan-Mu Ya Allah..Kifarah segala dosa2 ku ini,kau berikan aku dugaan untuk menyedarkan tentang siapa diriku.

Wednesday, October 17, 2012

Aku Bukan Bidadari..

Apabila dirimu teringatkan dia yang belum halal buatmu, katakanlah ASTAGHFIRULLAH. Moga jarum syaitan tidak menembusi hati sucimu.

Biarlah mencintai dalam diam jika belum bersedia untuk bersama dan lamarlah dia untuk dijadikan pasangan hidup apabila masanya sudah tiba. Berdoalah kepada-Nya kerana Dia-lah sebaik-baik Perancang. ^_^

Akhir kalam, cintailah seseorang itu secara diam-diam, seperti kisah cinta suci Saidatina Fatimah Radiallahu anha dan Saidina Ali Karramallahu wajhah, yang akhirnya Allah pertemukan jua. Sesungguhnya mereka yang mencintai secara diam itu sedang berjihad. berjihad menentang kehendak diri. Menundukkan nafsu hati. Allahu Akbar ♥ ^_^

Mudah2an Diriku Kuat Semangat Untuk Mengharungi Ujian Allah Ini..Semoga Sentiasa Diberi Petunjuk Jalan Ke Arah Redha Dan Rahmat-Nya..InsyaAllah

Sunday, October 14, 2012

Hati-Hati Menjaga Hati

Dalam kita berhati-hati menjaga hati, mesti ada anasir jahat yang memerhati, bukan tak sudi tapi hati masih ingin bersendiri, untuk menyembuhkan segala luka dihati yang pernah dialami. Itulah perasaaan yang seringkali di jaga..Cukuplah segala pengalaman yang telah dilalui sebelum ini..Pahit manis kenangan yang sering ditinggalkan dan meninggalkan kesan hebat dalam hati..Umpama digilis-gilis dengan keretapi, hancur berderai. 

Tapi itulah dugaan yang datang setiapkali kita cuba untuk jadi kuat. Pasti ada sesuatu yang diluar jangkaan kita muncul tanpa kita sedari. Ya Allah inikah ujian buatku..atau akukah yang kufur dengan nikmatmu. Segala yang berlaku tanpa kita sedari dan entah bila ia terjadi. Sungguh in satu ujian lagi saat untuk aku bangun dari kesedihan yang lalu. Bukan ku tak ingin lagi tapi hati ini masih lagi dalam usaha penyembuhan sepenuhnya. Tapi apabila ujian itu muncul kembali, tidak pasti dengan hati dan perasaan sendiri..kerana diri masih tercari-cari dalam menjadi seseorang yang baru..Berharap ini hanya satu ujian untuk aku tidak terus kufur nikmat-Nya. 

Sunday, October 7, 2012

Nasihatilah Aku..

Makanan Rohani sebelum tidur.. 
Khas untuk diri sendiri dan para pembaca blog saya yang selalu singgah, tersinggah, selalu follow, yang baru jumpa blog ni dan semua la..

Mulakan HARI mu dengan KESYUKURAN...
Mulakan SOLAT mu dengan A'UZUBILLAH..
Mulakan DOA mu dengan BISMILLAH...
Mulakan KERJA mu dengan NIAT YANG BAIK...
Mulakan AMAL mu dengan KEIKHLASAN...
Mulakan TAUBAT mu dengan KEINSAFAN..
Mulakan SILATURRAHIM mu dengan BERJABAT TANGAN...
Mulakan KEAZAMAN mu dengan RESTU ALLAH...
Mulakan PEKERJAAN mu untuk mendapat KEREDHAAN ALLAH...
Kerana PERMULAAN yang BAIK, akan menentukan PENGAKHIRAN yang MULIA...