Apabila dirimu teringatkan dia yang belum halal buatmu, katakanlah ASTAGHFIRULLAH. Moga jarum syaitan tidak menembusi hati sucimu.
Biarlah mencintai dalam diam jika belum bersedia untuk bersama dan lamarlah dia untuk dijadikan pasangan hidup apabila masanya sudah tiba. Berdoalah kepada-Nya kerana Dia-lah sebaik-baik Perancang. ^_^
Biarlah mencintai dalam diam jika belum bersedia untuk bersama dan lamarlah dia untuk dijadikan pasangan hidup apabila masanya sudah tiba. Berdoalah kepada-Nya kerana Dia-lah sebaik-baik Perancang. ^_^
Akhir kalam, cintailah seseorang itu secara diam-diam, seperti kisah cinta suci Saidatina Fatimah Radiallahu anha dan Saidina Ali Karramallahu wajhah, yang akhirnya Allah pertemukan jua. Sesungguhnya mereka yang mencintai secara diam itu sedang berjihad. berjihad menentang kehendak diri. Menundukkan nafsu hati. Allahu Akbar ♥ ^_^
Sumber : Indahnya Berpurdah
Mudah2an Diriku Kuat Semangat Untuk Mengharungi Ujian Allah Ini..Semoga Sentiasa Diberi Petunjuk Jalan Ke Arah Redha Dan Rahmat-Nya..InsyaAllah
"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma'aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." (Surah Al-Baqarah : 286)
Ya Allah Sesungguhnya Aku tidak Mengetahui..Adakah Ini Sebuah Ujian Untukku terus kuat dan tabah serta sentiasa Bersyukur dengan Rahmat yang kau berikan Untukku.. Namun aku jua tidak tahu sama ada ini adalah satu kifarah atas segala dosa-dosaku yang lalu..Allahu Rabbi..Aku tidak tahu yang sebenarnya untukku.. Walau apa jua dugaan dan ujian yang perlu aku lalui mudah-mudahan sinar kebahagiaan untukku..InsyaAllah.. Walaubagaimana jua keadaan pun yang kau berikan untukku, semoga aku sentiasa ditetapkan Iman dan tidak lalai dalam menunaikan perintah-Mu Ya Allah..
Walau diri tak setabah orang lain tapi mudah-mudahan aku sentiasa Istiqamah dan Muhasabah dalam menjalani sebuah kehidupan..Mudah-mudahan suatu saat nanti aku tahu yang sebenar-benarnya buatku.. Siapakah Pemilik Tulang Rusuk Kiriku itu..
"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi
kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu
menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu
tidak mengetahui." (Surah Al-Baqarah : 216)
Pesanan Kepada 'Dia' yang Allah Uji Untukku..
Sesungguhnya Aku tidak Mengetahui segala Rancangan yang Allah rencanakan buatku..Semoga Aku punya kekuatan untuk mengharunginya dengan seikhlas hati..Segala Masih diberi kesempatan untuk terus bernafas..InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment