Tapi itulah dugaan yang datang setiapkali kita cuba untuk jadi kuat. Pasti ada sesuatu yang diluar jangkaan kita muncul tanpa kita sedari. Ya Allah inikah ujian buatku..atau akukah yang kufur dengan nikmatmu. Segala yang berlaku tanpa kita sedari dan entah bila ia terjadi. Sungguh in satu ujian lagi saat untuk aku bangun dari kesedihan yang lalu. Bukan ku tak ingin lagi tapi hati ini masih lagi dalam usaha penyembuhan sepenuhnya. Tapi apabila ujian itu muncul kembali, tidak pasti dengan hati dan perasaan sendiri..kerana diri masih tercari-cari dalam menjadi seseorang yang baru..Berharap ini hanya satu ujian untuk aku tidak terus kufur nikmat-Nya.
Tidak pernah untuk mengelak atau menjauh pada sesuatu yang baru ditemui dan bukan juga untuk kufur akan nikmat yang Allah berikan tapi Hati juga perlu dijaga agar tidak terjadi seperti yang lepas..Sangat perlu menjaga hati kerana hati adalah segala-galanya. "The Centre Of My LIfe"
Susah juga nak menjaga hati dan perasaan bila ada sesuatu yang mengusik hati kita. Hati wanita terlalu lembut seperti kapas mudah lentur dan cair. Tapi sekarang hati kena kuat agar tidak terjadi lagi seperti perkara yang lepas. Kalau boleh jangan sampai ter"cair" dengan subjek2 yang boleh mempengaruhi kita. Sekarang masa untuk tunggu dan lihat dari jauh. Tak perlu untuk perasan terlebih, buat seperti tiada apa yang berlaku. Jangan nak feeling lebih2 sangat. Jangan terpedaya lagi kelak Hati juga di sakiti..
Allahu Rabbi Semoga aku kuat mengharunginya..Semoga aku juga bukan kufur akan nikmatmu. Bukan berniat untuk menidakkan tapi belum mampu menghadapi sesuatu yang pernah mencederakan hati sekali lagi. Cukup-cukup sudah. Aku hanya Insan biasa yang masih belum mampu memikul beban yang tak tertanngung rasanya. Semoga aku mampu melawan semua ini walau mungkin akan kerap bersua muka. Kerana aku tahu bukan semua apa yang kita harapkan akan menjadi milik kita..dan mungkin apa yang benci dan tak pernah dipedulikan itulah yang menjadi milik kita..Biarlah Allah yang lebih berhak yang menentukan segalanya untukku. Mungkin hadirnya hanyalah sebuah ujian untuk lebih bersyukur atas nikmat yang diberikan..InsyaAllah semoga aku terus bermuhasabah dan sedar akan diri yang sentiasa dhoif mengharap Rahmat dan pertolongan-Nya.
I'am Hoping For That..InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment