Blogger Layouts

Monday, November 16, 2015

Rezeki Datang Dari Allah

Assalamualaikum w.b.t

Jika kita terpaksa melepaskan sesuatu yang kita rasakan sayang dan tak mampu untuk kita lakukan.

Sebenarnya kita telah melakukan pengorbanan yang telah Allah janjikan jalan cerita nya untuk kita.

Kita yang membuat keputusan tapi sebenarnya kita tak tahu bahawasanya Allah yang menyusun jalan cerita untuk kita.

Andai hari ini kau terpaksa melepaskan apa yang kau sayang..dari segi percintaan, pekerjaan dan sebagainya. Percayalah Allah sedang menyusun jalan cerita untuk kita.

Jika kamu hari ini terpaksa berhenti kerja atas sebab yang tak mampu untuk di elakkan, terpaksa berkorban walau engkau tahu itulah keputusan yang paling payah untuk di lakukan dan di lalui.

Jangan Di Soal Urusan Yang Tak Pasti

Assalamualaikum w.b.t

Seringkali kita melalui situasi dan dilema bilamana ada orang bertanya soalan2 sensitif dan sentap gitu pada kita. Sebagai contoh "BILA NAK KAWIN?" "BILA NAK ADA ANAK?"

Persoalan BILA..Soalan yang mudah tapi kita susah sangat nak jawab. Betul kan? Yess Semua orang mengalami situasi yang sama termasuk saya.

Pada mulanya memang stress bila nak jawab soalan2 mencabar dan tak cerdik ni. Ala2 macam kita artis pula asyik kena tanya dan kena serang soalan bertubi-tubi.

Tapi bila dah selalu sangat orang tanya, jadi dah lali. Tapi kita makin kuat dan sentiasa berfikiran positif dan terbuka. Apa yang kita boleh buat bila ada orang tanya soalan macam tu, takkan nak belasah dia, nak marah dia sebab tanya soalan macam tu. Hadap dan hadam je la.

Urusan dan perkara yang tak pasti, mampukah kita sediakan jawapan yang pasti yang mampu memuaskan hati semua orang yang bertanya. Mustahil kan? Sebab kita sendiri pun tak tahu jawapan tu.

Persoalan BILA? DI MANA? SIAPA? Itu bukan urusan kita. Mungkin kita ada rancangkan namun tak semua rancangan kita akan berjalan mengikut perancangan yang di atur.