Blogger Layouts

Monday, November 16, 2015

Rezeki Datang Dari Allah

Assalamualaikum w.b.t

Jika kita terpaksa melepaskan sesuatu yang kita rasakan sayang dan tak mampu untuk kita lakukan.

Sebenarnya kita telah melakukan pengorbanan yang telah Allah janjikan jalan cerita nya untuk kita.

Kita yang membuat keputusan tapi sebenarnya kita tak tahu bahawasanya Allah yang menyusun jalan cerita untuk kita.

Andai hari ini kau terpaksa melepaskan apa yang kau sayang..dari segi percintaan, pekerjaan dan sebagainya. Percayalah Allah sedang menyusun jalan cerita untuk kita.

Jika kamu hari ini terpaksa berhenti kerja atas sebab yang tak mampu untuk di elakkan, terpaksa berkorban walau engkau tahu itulah keputusan yang paling payah untuk di lakukan dan di lalui.


Tapi engkau tidak pasti dan tidak tahu apa yang Allah telah takdirkan untuk mu. Mungkin hari ini kau kecewa. Namun esok atau hari mendatang, tak siapa tahu rezeki kamu di mana.

Percaya lah pada rezeki dan takdir serta janji Allah yang sememangnya pasti akan tiba,,Hanya perlu menunggu saat dan ketikanya sahaja..ia pasti akan datang pada saat dan ketika waktu yang tepat serta menuju kepada orang yang tepat.

Pedulikan apa orang kata tapi sebaliknya fikirkanlah pada janji Allah. Manusia boleh berkata apa sahaja yang mereka suka. Kerana lumrah manusia yang punya nafsu untuk bermacam2 keinginan namun akan lupa untuk bersyukur dengan nikmat yang Allah kurniakan. Termasuklah diri sendiri.

Sungguh Allah sentiasa membolak-balikkan hati kita. Untuk melihat berapa kukuh iman kita. Betapa mendalam kah cinta kita pada-Nya.

Allah itu maha penyayang. Sekali kita rapat kepada-Nya, berkali-kali Dia datang kepada kita. Walau kita selalu leka dan alpha utnuk mengingati-Nya namun Dia tidak pernah meninggalkan kita.

Jadi, carilah cinta Allah di dalam hatimu..sebelum kamu mencintai orang lain.

6 comments:

Daisypath Happy Birthday tickers