Blogger Layouts

Saturday, December 19, 2015

Aku Pilih Kamu

Assalamualaikum w.b.t

Tatkala kau menginginkan seseorang di dalam hidupmu, namun dia tidak di takdirkan untuk mu,
Percayalah Allah sedang menyiapkan seseorang yang benar2 terbaik untukmu. Hanya Masa dan ketika yang masih belum diketahui.

Jangan mengeluh saat kita mencari dan terus mencari tetapi kegagalan dan kekecewaan yang kita temui. Sesungguhnya Allah tidak akan membebani kamu melainkan mengikut kemampuan. Kerana Allah tahu yang engkau mampu untuk menghadapi dugaan itu sendiri.

Itulah sebabnya Allah hadirkan pelengkap hidupmu itu lewat sedikit dari orang lain. Pasti ada hikmahnya  yang ingin dia tunjukkan padamu dan juga orang lain.

Bersangka baik dengan Allah. Kerana ketika kita di uji, Allah sedang menilai tahap kesabaran dan keimanan kita. Apakah kita ingat Allah saat kita senang? Apakah kita baru mencari2 cinta Allah saat kita susah? Persoalan pada diri sendiri. Jawab sejujurnya pada hatimu.


Jangan pedulikan apa orang kata. Kerana fitrah dan takdir bukan di tangan kita. sedangkan sejam akan datang juga kita masih tak mampu untuk memberi kepastian, yang ada hanya sebuah rancangan. Yang mungkin berlaku mengikut yang di rancang atau mungkin tidak berlaku langsung.

Lumrah manusia yang tidak pernah puas dengan jawapan kita. Bila belum kahwin pasti ditanya bila nak kahwin. Bila dah kahwin tapi belum dikurniakan cahaya mata, persoalan anak pula di bangkitkan. Dan akan berterusan sampai bila2. Begitulah hakikat manusia, begitu juga dengan kita. Kadang2 kita menyampah dengan persoalan cepu cemas orang lain pada kita. Tapi kita secara sengaja juga sering bertanya soalan sebegitu pada orang lain.

Kita manusia sememangnya sama, punyai sifat ingin tahu yang terlalu tinggi. Jadi jangan melatah bila disergah soalan sedemikian. Kerana kita juga lakukan perkara sama walhal kita sendiri tahu apa jawapannya

Jodoh rezeki ajal maut itu luar dari kuasa kita. Siapa yang sampai dulu pun kita tak tahu. Jika Allah telah tuliskan jodoh kita di luh mahfuz. InshaAllah kita akan ketemu jua. Namun jika sebaliknya bersyukurlah. Semoga bakal menjadi seperti Rabiatul Adawiyah.

Apa yang kita perlu cari adalah redha Allah. Setiap doa perlukan usaha, ikhtiar untuk mencari dan menjadi lebih baik serta istiqamah dalam kehidupan. mudah2an si dia juga begitu. Siapa diri kita sekarang adalah cerminan siapa jodoh kita. Jadi mintalah yang baik2 dan elok2.

Andai kita masih belum menemukan jodoh kita belajarlah untuk mencintai diri sendiri dan keluarga kita. Andai masih sendiri, belajarlah untuk mencintai orang yang sentiasa ada untuk kita.

Semoga saat jodoh itu tiba kau mampu untuk menjadi bidadari yang sempurna untukku. Sungguh cinta Allah itu indah.
Sesungguhnya Aku memilih kamu dan ku sematkan dalam hati. Semoga sentiasa dalam perlindungan dan rahmat Allah. Amin.

No comments:

Post a Comment

Daisypath Happy Birthday tickers