Blogger Layouts

Saturday, October 30, 2010

Time + Attitude + Discipline = Successfull

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. beberapa hari berada di rumah sempat juga ikut ibu ke masjid malam jumaat yang lepas.. biasanya setiap malam jumaat ada yasin dan tahlil kat masjid.. daripada xde buat apa-apa kerja kat rumah, ada faedahnya juga kita ke masjid.. mengimarahkan lagi masjid..

Sebenarnya bukan tue tujuan sebenar nak citer.. hehe.. intro je tue.. ada la satu kisah yang nak dijadikan cerita.. tetiba plak terfikir sesuatu masa ada kat masjid aritu..

Yang pertama mengenai MASA...
kenapa ek orang zaman sekarang?? Susah sangat ke nak jaga masa.. Bila tengok ada la hamba-hamba Allah nie datang ke masjid pun dah lambat.. Jemaah lain dah masuk rakaat kedua dah baru muncul.. ermm...bila fikir-fikir balik kan.. Nape waktu dan masa untuk urusan keduniaan kita boleh 'set' masa tue betul-betul tak nak bagi salah atau terlambat.. tapi waktu dan masa untuk kita berurusan dengan Allah diabaikan.. Atas urusan kerja boleh setting masa terbaek..sebab takut nanti bos atau takut kena potong gaji.. Tapi nape tak takut akan azab Allah yang menanti kita kalau kita lalai dalam melakukan perintahnya..?? Tak takut ke mereka dengan Allah..

Yang kedua mengenai GENERASI MUDA..
Bila dok tengok orang yang datang kat masjid.. golongan yang remaja belia ada 2-3 orang je.. mana pergi yang lain??? Sibuk dengan urusan dunia ke?? sibuk cari duit nak kahwin ke?? Mungkin jugak.. bersangka baik je la ye.. Tapi takkan sampai tak ingat di mana bumi dipijak.. yang ramai budak-budak kecil yang masih sekolah rendah kebanyakannya.. adalah juga budak-budak sekolah menengah.. harapnya budak-budak boleh menjadi generasi harapan.. InsyaAllah.. Harapnya bila dah besar pun sentiasa ingat masjid.. Mudah-mudahan tak jadi macam lalang..

Susahnya MEMBINA GENERASI HARAPAN.. macam-macam kena plan.. plan pun kena buat betul-betul.. xboleh main tangkap muat je.. Bukan mudah nak membentuk generasi yang mengikut bentuk acuannya.. Generasi zaman sekarang banyak sangat alasan.. (ingatan untuk diri sendiri juga)..

Kadang-kadang terfikir juga bila dah ada keluarga dan anak-anak sendiri.. Mampukah diri ini menggalas tanggungjawab ini.. Jawapannya.. Tepuk Dada Tanya Iman.. Kalau kita berusaha pasti berjaya kan??.. Mudah-mudahan generasi akan datang ini akan membesar mengikut acuannya.. Amin..

Nothing is Impossible.. Usaha Tangga Kejayaan.. Doa Menjadi Pengiringnya.. dan Tawakal adalah langkah yang perlu diambil di samping kita meneruskan usaha..

Semoga Berjaya Dunia dan Akhirat..
Sekadar Perkongsian Bersama..

Thursday, October 28, 2010

CANTIKNYA LELAKI .... HEBATNYA WANITA...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..


Nak tahu dimana Kecantikan Lelaki????

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.
5) Lelaki yang sentiasa berbaik sangka.
6) Lelaki yang tak pernah putus asa.


Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki…



Dan dimana Kegagahan Wanita???

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-
1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan



Sabda Rasulullah SAW:
“Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat ”


Surah Al-Ahzab : Ayat 71
“Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.”

Tuesday, October 26, 2010

Jangan Biarkan Luka itu Menjadi Barah...!!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..


Subhanallah.. Tenangkan Hati ini tatkala menyebut namamu Ya Allah..
Alhamdulillah.. Bersyukur andai kita dapat merasai dan menyentuh nikmatnya cinta Ilahi..
Begitu juga dengan diri ini.. Bersyukur kerana dari kecil telah ditarbiyah untuk menjadi seseorang yang sentiasa dekat dan kenal akan pencipta-Nya.. Walaupun mungkin semasa kecil masih tak tetap pendirian.. tetapi dengan setiap asuhan, bimbingan dan didikan ibubapa yang amat memahami dan tidak mengongkong atau mengawal ketat setiap langkah anak-anak telah menjadikan diri ini seperti sekarang.. Setelah meningkat baru kita sedar kenapa mak ayah kita marah kita buat silap dan salah.. sebenarnya mereka nak kita hidup senang pada masa akan datang.. Selalu bagi nasihat agar kita tak lalai.. sebabnya mereka nak kita jadi lebih baik lagi mereka.. Alhamdulillah.. Mak dan ayah dan berjaya..walaupun mungkin tak sama dengan apa yang mak dan ayah harapkan.. Diri ini juga bukan sempurna kadang-kadang ada juga khilafnya..

Terasa Nikmat kan kalau kita mencintai Allah..???
Terasa ketenangan yang menjalar diseluruh urat nadi.. Kalau kita mengharap cinta Allah.. Dia pasti lebih dekat sangat dengan kita.. Allahu Akbar..

Bukan nak cerita pasal diri sendiri tapi nak berkongsi sesuatu yang bermakna dan bermanfaat untuk diri sendiri dan orang lain.. eh apa kaitannya??? Kaitannya adalah.. Bila kita selalu ingat Allah.. kita pasti jadi tenang dan segala masalah hilang.. Kaitannya sekarang adalah MASALAH vs CINTA ALLAH..

Semua orang pasti ada MASALAH kan.. tipu la kalau tak pernah ada masalah.. Masalah pun masalah juga tapi jangan sampai merosakkan diri sendiri plak.. Kadang-kadang kalau kita terlalu 'taksub' memikirkan masalah diri. orang lain, cinta, dan dsb.. kita rasa cam nak gila kan???

Bagi yang ada IMAN dalam hati.. InsyaAllah boleh mentarbiah hati jadi lebih Rasional dan berfikiran waras dalam menangani masalah.. Tapi bagi yang punya tahap IMAN yang lemah.. Bagaimana plak?? pasti macam-macam akan terjadi kan??? Seperti perkhabaran semasa yang kita terima dan dengar selalu.. Hmmm.. Astaghfirullah Al-Azim.. Nauzubilllah.. Moga kita jauh dari semua itu.. Amin..

Bukan senang nak mentarbiyah hati dan mengawal emosi kalau kita bermasalah.. kita mesti rasa 'down' yang amat sangat sampai tak tahu nak fikir apa-apa.. Hmmm susah jgak cmtu.. Kena fikir cara yang terbaik sebelum ia melarat..

Sebenarnya banyak cara yang kita boleh buat untuk menangani masalah dengan baik.. Sekadar nak berkongsi pengalaman diri sendiri.. Bukan nak berbangga tapi hanya berkongsi.. mungkin sahabat dan sahabiah dapat melakukan yang lebih baik...

Saat Masalah muncul..
Banyakkan Beristighfar dan ingat Allah sentiasa ada dekat dengan kita.. mendidik hati supaya SABAR, TABAH dan KUAT SEMANGAT dalam mengharungi dugaan hidup telah berjaya menjadikan diri ini lebih bersikap POSITIF dalam membuat keputusan dan sentiasa bersangka baik pada ALLAH dan orang lain.. Sedarlah bahawa ALLAH sedang menguji kekuatan dan tahap IMAN kita.. dan sebenarnya ALLAH sayang pada kita..

Allah Maha Adil pada makhluk-makhluknya.. DIA takkan bebankan kita dengan dugaan yang tak mampu kita hadapi.. walaupun kita selalu rasa tak mampu tapi itu kemanisan IMAN yang ALLAH nak bagi kat kita.. cuba kita tengok kalau ALLAH tak uji kita dengan masalah.. kita pasti akan lalai kan.. jadi orang yang tak bersyukur dan buta dengan kekayaan duniawi.. makin lama hati pun jadi gelap.. Jauh dari Rahmat-Nya..


Kalau kita selalu rasa MASALAH tue membebankan dan tak boleh nak selesaikan.. INGATKAN ALLAH SELALU..!!! Cara nak sentiasa ingat dan dekat dengan ALLAH senang je... hehe mcm confident je.. InsyaAllah semua orang pasti boleh buat.. Kalau kita ada NIAT mesti ALLAh permudahkan jalan-jalannya... ^_^

1. Kalau hati resah gelisah... Bacalah Ayat-Ayat Cinta ALLAH (Al-Quran).. InsyaAllah pasti ada ketenangan..

2. Kalau kita susah nak buat keputusan.. mohonlah petunjuk dengan SOLAT-SOLAT SUNAT..

3. Yang paling penting adalah DOA.. kerana ALLAH sentiasa dengar DOA kita.. tak kira ALLAH terima dengan segera atau lewat.. tapi DOA kita pasti ALLAH makbulkan.. INSYAALLAH..

4. Didik HATI dengan sifat SABAR, TABAH dan KUAT SEMANGAT.. dalam menghadapi dugaan-Nya..

5. Bertindak secara BIJAK dan RASIONAL dalam membuat penilaian..

6. Bersikap POSITIF dan BERSANGKA BAIK pada orang lain... (ini nasihat dari seorang SAHABAT yang sering membawaku ke arah yang lebih baik.. Alhamdulillah)

7. Sentiasa ISTIQAMAH dan BERMUJAHADAH dalam membentuk diri agar kuat semangat dalam perjuangan..

8. Meninggalkan perkara-perkara yang melalaikan yang boleh membawa ke jalan yang kesesatan...

9. Tidak terlalu memikirkan masalah sehingga hilang kawalan dalam mengawal EMOSI yang tidak menentu.. sebaliknya serahkan segalanya pada ALLAh atas segala USAHA, DOA, dan TAWAKAL kerana DIA tahu apa yang terbaik buat kita..

10. Tidak Pernah berhenti berharap akan DOA-DOA kita dimakbulkan.. Dan percaya pada janji-janji ALLAH...

Sebenarnya ada banyak lagi nak tulis tapi cukuplah setakat itu dulu.. hehe.. Dah Hilang idea sebenarnya..

Apa-apa pun.. Nak NASIHAT dan MOTIVASi ckit utk diri sendiri juga sebenarnya..

"Apa yang ALLAH janjikan itu pasti akan terbukti jua..
walau dengan apa jua keadaan sekalipun..
Janji-Nya pasti tiba..
Jangan berhenti untuk berharap, meminta dan mengingati-Nya..
Apa yang penting serahkan segala USAHA kita pada-Nya..
andai sudah tertulis ia milik kita...
pasti akan datang juga pada kita..
InsyaAllah.."

TERUSKAN USAHA DAN SEMOGA ISTIQAMAH..
dalam PENCARIANMU yatie...
SABAR itu IMAN..

Monday, October 25, 2010

Tips Bangun Suboh...!!

Panduan atau Tips yang boleh dicuba oleh kita bagi mengatasi masalah kesukaran untuk bangun awal pagi dan mendirikan solat Subuh di awal waktu ini :

1. Tidur awal; sekitar 10 atau 11 malam supaya tidur anda mencukupi.

2. Ambil wuduk sebelum tidur.

3. Tanam azam di dalam diri untuk bangun awal.

4. Baca surah Al-Mulk, tiga Qul dan doa sebelum tidur.

5. Pasangkan niat; 'Aku nak bangun pukul sekian kerana Allah.'

6. Maafkan semua orang sebelum tidur.

7. Elakkan makan makanan berat sebelum tidur.

8. Elak diri dari melakukan maksiat sebelum tidur.

9. Gunakan jam loceng atau alarm di telefon bimbit untuk membantu anda. Pastikan ia berkualiti.

10. Minta tolong orang lain seperti ibu atau rakan untuk mengejutkan anda. Mungkin minta mereka simbahkan air atau urut ibu jari anda sekiranya masih sukar untuk bangun!


Panduan di atas memerlukan sedikit latihan.

Namun insyaAllah, Allah pasti tolong kita sekiranya kita MAHU.

SELAMAT MENCUBA..!!

SEMOGA BERJAYA...!!

Sumber::www.iluvislam.com

Saturday, October 23, 2010

Inikah Utusan-Mu Buatku.. Ya Allah,,,

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...
Mudah-Mudahan Luahan Rasa ini tidak menyinggung perasaan sesiapa..


Allahu Akbar.. Setiap manusia biasa pasti dikurniakan Hati dan Perasaan.. begitu juga dengan diriku.. tak tahu nak cakap camne.. pasti kita tak pernah menduga ada AURA lain yang menyerap masuk dalam diri kita.. AgungNya kurniaan Allah kan.. Xsalah kita ada perasaan KASIH, SAYANG dan CINTA..

Tapi kita mesti selalu fikir yang sama ada cinta kita diterima dengan seadanya atau hanya bertepuk sebelah tangan.. Urmmm... xdapat nak bayangkan.. Hanya Diriku dan Dirinya serta yang paling Pencipta-Nya yang mengetahui...

"Saya Sayang Awak... Awak Sayang Saya Tak???"

Persoalannya disini ialah MEMENDAM RASA... Nak cakap tapi takut untuk kehilangan dan menerima kenyataan.. Tak bagitau mesti dia takkan tau, dan tak tahu yang kita bertepuk sebelah tangan atau sebenarnya dia juga ada rasa yang sama dengan apa yang kita rasa.. Urmm????...

Sejak Berkawan Rapat dengannya.. rasa diri lagi tenang.. tak sama macam mereka-mereka yang pernah ku kenali sebelum ini.. Kalau terfikir tentang dirinya pasti akan lebih mendekatkan diriku pada Pencipta-Nya.. Nasihat yang diberikan selalu memberikan kekuatan untukku.. Menjadikan diri ini selalu bersikap positif dan bersangka baik pada orang lain..

"..Sahabat yaang BAIK, apabila dipandang WAJAHnya, membawa mengingati ALLAH, mendengarkan KATA-KATAnya membawa menambahkan ILMU, terlihat gerak-gerinya meninggikan takut kepada ALLAH, BERKAWAN dengannya berjuang ke jalan ALLAH.."


Tapi ku tak ingin untuk mengharap sesuatu yang tak pasti.. Ntahla.. terlalu banyak dugaan dalam persahabatan kami.. Kami Berjauhan.. Jauh dari pandangan mata.. Kadang-kadang susah nak percaya dengan apa yang dia katakan.. dia Selalu menafikan apa yang ku rasakan dalam hati.. Walaupun dia selalu menafikan tapi hati ini masih berkata yang dia pasti sudah punya 'teman istimewa'.. Ya Allah buruk prasangkaku..

Kalau nak diri sendiri nie baik tak baik mana pun.. kadanag-kadang ada juga buat salah.. Pernah Berniat dalam Hati nak lupakan dia dan nak pergi jauh dari dia.. xnak la ganggu hidup orang lain.. Semakin dicuba untuk melupakan Semakin kuat dugaan dan ujian yang mendatang yang boleh mendekatkan diri kami kembali.. pasti ada sesuatu perkara yang membuat diri kami dekat kembali..

Ya Allah kenapa terlalu sukar untukku melupakannya.. Nape tak seperti yang lain yang pernah ku kenali sebelum ini.. Dah Banyak Kali cuba nak jauhkan diri.. tapi masih tak berjaya... Ada saja halangan yang mendatang yang menjadikan kami dekat semula... Sampai Bila la aku harus begini.. Dah tak sanggup rasanya nak tunggu 'Bulan Jatuh ke Riba'..

Ya Allah,, diri ini dah kehilangan kata-kata.. Perasaan yang hadir.. Ujian yang mendatang tak dapat digambarkan dengan kata-kata.. Hanya dapat ku gambarkan dari MATA ku.. kerana dari MATA turun ke HATI.. ia adalah lukisan WAJAH RAHSIA HATI..

Mudah-mudah ada petunjuk buatku... Dalam mencari cinta sejatimu Ya Allah..
Aku REDHA tiada ruang untukku BERTAKHTA di HATINYA... kerana yang lebih penting bagiku adalah CINTA SEJATI-MU YA ALLAH.. kerana CINTA-MU yang AGUNG yang dapat memberi kebahagiaan buatku.. AMin...

Thursday, October 21, 2010

Izinkan Aku..

WARKAH DARI WARDAH YANG MENGHARAP REDHA CINTA-NYA..
...(^_^)...
KHAS BUAT SANG PENCINTA ILAHI YANG SENTIASA
MELABUHKAN CINTA PADA SANG PENCIPTA LEBIH DARI SEGALANYA...



Izinkan aku.. menjadi SAHABATmu yang sentiasa ada saat suka dukamu..
Izinkan aku.. untuk berada disisimu memberi kekuatan buatmu..
Izinkan aku.. menjadi penDENGAR setiamu..
Izinkan aku.. menjadi PEMAWAR sakitmu..
Izinkan aku.. menjadi PENYOKONG setiamu..

Izinkan aku.. menjadi seorang yang sentiasa MEMAHAMImu..
Izinkan aku.. untuk tidak menCEMBURUi sesuatu yang tak sepatutnya..
Izinkan aku.. untuk menjadi PENASIHATmu andai ada khilaf yang tak kau sengajakan..

Izinkan aku.. untuk menjadi yang terbaik di MATAmu..
Izinkan aku.. untuk menjadi BIDADARI terindah diHATImu..
Izinkan aku.. mendiami sedikit ruang dalam lubuk HATImu itu..

Izinkan aku.. untuk dirimu menjadi IMAMku..
Izinkan aku.. untuk menjadikanmu PELINDUNGku..
Izinkan aku.. untuk menjadi PENGHIBURmu..
Izinkan aku.. menjadi KUAT dan TABAH sepertimu...

Izinkan aku.. untuk meRINDUimu..
Izinkan aku.. untuk menCINTAimu..
Izinkan aku.. untuk MENYAYANGImu setiap masa..

Izinkan aku.. mengatakan bahawa aku
ingin melihat kau sentiasa MEMILIH CINTA ILAHI YANG PALING AGUNG
sebelum kau bersiap sedia MENERIMA CINTAKU..


dan..
aku ingin kau tahu.. IMPIANku adalah untuk menjadi
ZAUJAHMU YANG SOLEHAH suatu hari nanti...
InsyaAllah..

Aku berharap agar kau sentiasa ISTIQAMAH dalam membentuk dirimu..
Terapkan sifat DAI'Emu dalam hati...
Teruskanlah perjuanganmu..
Aku hanya ingin kau tahu...
Bahawa diriku sentiasa ada diSISImu untuk MENYOKONGMU..

Ya Allah..
Moga ada jalan terbaik buat KAMI..
Redha-Mu ku harap.. Ya Allah..
Moga Segala IMPIANku ini bakal menjadi keNYATAan..
Amin..

Ar-Rijal Qauwamuna Ala An-Nisa...
Inni Uhibbuki Fillah..

Monday, October 18, 2010

Ilmu, Amal dan Cinta... (^_^)

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Assalamualaikum..
Salam Sejahtera..
Alhamdulillah,, masih diberi kesempatan untuk menulis di blog nie lagi.. Banyak perkara baru yang telah berlaku pada diri ini sepanjang minggu lepas.. dan terlalu banyak juga dugaan yang harus aku tempuhi.. minggu lepas adalah minggu terakhir sesi pembelajaran untuk semester ini.. Ya Allah cepatnya masa berlalu.. sampai tak terasa pun.. Allahu Akbar.. dah cukup ke ilmu ini untuk menghadapi peperiksaan.. hmmm..

Dalam sibuk-sibuk dengan peperiksaan yang semakin hampir sempat juga meluangkan sedikit masa untuk mencari ilmu.. Ilmu ada macam-macam cabang, jadi tak salah untuk kita menambah ilmu walaupun xde kena mengena dengan pembelajaran.. tapi ini ilmu kerumahtanggaan.. hehe..

Alhamdulillah dapat juga melangkahkan kaki ke Melaka walaupun sebelum kejadian.. terlalu banyak ujian, dugaan dan masalah yang harus ditempuhi.. berkat kesabaran berjaya juga ditempuhi.. Syukurlah..

Bergerak ke sana bersama-sama 3 orang sahabat yang lain.. bertolak pada pukul 8.00malam dan setibanya disana pada pukul 10.30malam.. Kehadiran kami disambut oleh seorang Sahabat yang selama ini menjadi sahabat tetapi tidak pernah bersua muka.. Alhamdulillah akhirnya kami dipertemukan juga setelah sekian lama bersahabat.. kerana dialah yang telah menjemput kami ke sana.. Syukran Laka ya Soddiqi..

Kami ditempatkan disebuah asrama disebabkan kita orang luar jadi kenalah menumpang kat asrama.. hehe.. Selama dua hari program memang menyeronokkan.. banyak ilmu dan pengalaman yang dapat dijadikan teladan dan pengajaran.. Alhamdulillah.. Banyak perkara yang berlaku semasa program berlangsung.. yang kelakar.. yang pahit.. yang manis.. semuanya ada.. terasa bahagia je.. macam ada 'aura' baru yang meresap dalam diri.. Aura apa tu yerk.. huhu..
ermm ntahlah.. tapi yang paling penting adalah pengalaman yang diperolehi.. yang lain tue sampingan je.. hehe.. Faham-faham sendiri la ye...

Dua hari mengutip segala pengalaman tue rasa cam masih xcukup.. walau apapun bersyukurlah kerana diberi peluang untuk berada didalam majlis ilmu tersebut..

Tapi bak kata orang "SETIAP PERTEMUAN PASTI ADA PERPISAHAN".. bila dengar pepatah nie pasti semua orang tak sanggup untuk menghadapinya begitu juga dengan diriku.. ntah kenapa tiba-tiba dan tanpa disangka-sangka perasaan hiba dan sayu muncul.. tiba-tiba je hati nie sayu sangat nak tinggalkan tempat tue.. Ya Allah dugaan apakah ini yang harus aku tanggung.. dengan kekuatan semangat yang masih bersisa dalam diri.. ku tabahkan hati dan kuatkan semangat untuk melangkahkan kaki keluar dari situ.. Ya Allah.. tanpa disengajakan air mataku hampir mengalir namun ku tahan jua.. demi sahabat-sahabat yang ku sayangi.. kerana ku tak ingin melihat mereka turut merasai kesedihan yang sedang aku alami.. biarlah aku sendiri yang menanggung.. Beristighfar di dalam hati mengharap agar diredakan kesedihan dihati.. ku pejamkan mataku dari memandang sekeliling yang boleh membuat hati ku sayu dan pilu..

Sepanjang perjalanan ku hanya mendiamkan diri.. dan berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku dihadapan sahabat-sahabatku.. Aku tertanya-tanya sendiri pada diri.. kenapa tiba-tiba hatiku jadi begini.. Ya Allah kuatkanlah semangatku untuk menempuhi liku-liku kehidupan yang akan datang.. Aku redha dengan takdirmu Ya Allah.. kerana ku tahu ujian yang kau berikan adalah untuk mendidik dan menjadikan diriku kuat dan tabah..

Allahu Akbar,,, Betapa besarnya kurniaan-Mu padaku..
sambil menarik nafas sedalam mungkin lalu menghembuskannya kembali..
Alhamdulillah ketenangan itu datang.. Moga ada hikmah disebalik semua kejadian ini..
walaupun amat payah untuk ditelan tetapi itu kemanisan cinta Allah pada kita.. betapa sayang dan cintanya Dia pada kita.. Alhamdulillah..

Moga Diriku menemui Cinta Sejati yang diredhai Allah suatu hari nanti.. InsyaAllah..


kredit to:
Sahabat-Sahabat yang ku Sayangi kerana Allah..
Suziana bt. Ab. Rahman,
Siti Zubaidah bt. Ismail,
Mohd. Mustaqim b. Muda,
Hassriq Hafize b. Abdul Halim Hafiz,
serta sahabat yang telah ku kenali sekalian..
semoga berjumpa lagi..
UKHWAH FILLAH ABADAN ABADA

Friday, October 8, 2010

Pengalaman Baru...

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
Assalamualaikum...
Salam Ukhwah..

Allahu Akbar.. minggu yang memenatkan dan sibuk sangat.. mcm2 nk kena siapkan dan hantar.. Assignment, Qiuz, Test,, huh... kalau tak betul-betul kuat semangat.. mmg satu masalah la..

Alhamdulillah.. satu persatu telah ku lepasi.. ada tinggal beberapa lagi yang harus diselesaikan.. Mungkin nak cerita sikit pasal hari ini.. hari yang cukup memenatkan walaupun kerja dan tugas yang dibuat xla teruk mana pun.. Ntahla kenapa rasa hari ini hari yang memenatkan..

Mula dari pagi.. Azan subuh berkumandang dah mula tersedar dan bingkas bangun untuk menunaikan perintah Allah yang wajib dilakukan.. serta menambahkan sedikit bacaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran sebagaimana biasa mudah2an beroleh ketenangan dan keberkatan pd hari ini.. Amin..

Lepas tu.. Sambung ulangkaji sikit (Bahasa Arab) sebab ada ujian-ujian yang perlu dilepasi.. Dalam dok mengulangkaji pun sempat tertido ayam tp tak nyenyak pun..

Dalam pukul 9.00,, bersiap-siap untuk ke kolej.. nak wat ujian Lisan Arab dgn ustazah.. Alhamdulillah berjaya juga.. pukul 11.00 pagi.. kelas Insurans bermula.. Disebabkan lecturer selalu so kitorang kena abskan juga satu chapter lagi hari ini.. Mula-mula ok lagi.. bila dah masuk tenghari dalam pukul 12 lebih dah mula da.. kepala cam 'ting tong'.. almaklum la.. subject membaca.. Tapi dalam pukul 12.30 kelas abis juga.. Alhamdulillah...

Jumpa kawan-kawan, dalam pukul 2.00 ptg.. da kena masuk untuk kelas Arab.. hari ini kena buat Kuiz, Ujian mendengar dan Imlak sekaligus.. wow.. dahsyat.. Alhamdulillah berjaya dilepasi dengan jayanya..

Sampai Hostel pn da asar.. terus bersihkan diri, solat asar.. dok rehat jap.. pukul 5.30 ada USRAH.. ikutkan malas memang malas nk pergi.. tapi sebab ilmu.. apa salahnya korbankan masa dan penat kita sekejap.. Alhamdulillah.. ada juga ilmu yang disampaikan oleh akak naqibah..

Namun, diri ini tertarik bila akak naqibah menceritakan mengenai Serikandi Islam yang agong.. namun tidak terlalu dikenali seperti Sumayyah, Rabiatul Adawiyah dan lain-lain... Serikandi yang dimaksukan ialah KHAWLAH AL-AZWAR,,, sungguh indah namanya.. dari sejarah yang diceritakan.. Beliau berani dalam menentang musuh.. bersama-sama pergi berperang namun beliau menyamar menjadi sehinggakan orang lain tak perasaan yang beliau adalah wanita.. Allahu Akbar tinggi semangat Mujahidah beliau... dari situ dapat menarik minat ku untuk mengtahui lebih lanjut mengenainya.. dari situ juga dapat disimpulkan yang sebenarnya 'Kelembutan Bukan Penghalang'..

Alhamdulillah.. walaupun hari ini penat tapi bersyukur sangat sebab dapat semangat seorang Mujahidah yang agong.. Rasa teringin untuk menjadi sepertinya.. Walaupun berbeza perjuangan dengan zaman sekarang.. tapi sekurang-kurangnya ada satu semangat mujahidah yang mekar dihati ini..

Dapat disimpulkan disini.. sebenarnya walaupun kita seorang wanita.. yang diketahui dengan sifat Lemah-Lembut dan Kesopanan.. tak beerti kita tak boleh melawan musuh.. pelbagai cara lagi yang kita boleh lakukan.. jangan terlalu memikirkan kita seorang wanita.. kita insan yang lemah sebaliknya kita perlu keluar dari kepompong kita.. Buktikan yang bahawa WANITA juga mampu menentang musuh dan menegakkan keadilan..
Alhamdulillah...

Wednesday, October 6, 2010

Pesanan Untuk Orang Cantik

Assalamulaikum....

Salam Sejahtera..

Syukran Kathira.. Ingin memberikan perkongsian bersama Sahabat-Sahabat mengenai "ORANG CANTIK"..... Baca dan Renung2kanlah wahai Sahabat-Sahabatku..


Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasululluh s.a.w kerana baginda telah ditentukan maksum.

Selebihnya tidak terkecualai daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit san bermacam-macam perkara lagi. Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat.

Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik dan tanpa anda alam ini tidak sempurna.

Memang Allah menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Disitulah berkuasanya Allah. Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut kehendak-Nya.

Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoal itu ini, mempertikai itu ini. Anda mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda.

Nah, anggap ia satu kelebihan. Jika anda sangka anda buruk, ia satu kelebihan yang tiada pada orang cantik. Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung? Tidak, tidak selalunya begitu.

Kadang-kadang kecantikan memusnahkan. Setelah anda dikenali sebagai cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semulajadinya buruk. Orang cantik fobia menjadi buruk.

Setiap kedutan di wajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan dirinya. Saat menjadi buruk pasti tiba, bagaimanakah perasan si cantik meghadapi hari tua mereka? Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan?

Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap oleh Allah supaya dia boleh terbang dan menerjah api.

Samalah halnya, kadang-kadang seseorang manusia itu diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberikan balasan setimpal di Akhirat.

Tontonlah filem atau drama-drama di TV. Kisah hidup orang cantik selalunya penuh duri. Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas rasa riak dan takbur.

Penghuni neraka kebanyakkannya wanita sebagaimana disabdakan Rasullah s.a.w wanita itu tentu yang cantik tapi gagal memahami untuk apa kecantikan itu diberikan Allah kepadanya.

Dan wanita itu tidak terkecuali juga yang buruk sebab dia berterus-terusan saja mempertikaikan kerja Tuhan.

Siapakah wanita penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia . Cantik pada pandanagn Allah adalah ketaatannya terhadap semua perintah dan laragan Allah.

Barangkali juga yang buruk tapi dia faham Allah tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada di dalam hatinya. Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran manuisa selalunya sasar.

Hargai diri anda sebab kewujudan anda membuktikan kekuasaan Allah!


petikan dari Sumber:

ILuvIslam.com