Blogger Layouts

Saturday, October 23, 2010

Inikah Utusan-Mu Buatku.. Ya Allah,,,

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...
Mudah-Mudahan Luahan Rasa ini tidak menyinggung perasaan sesiapa..


Allahu Akbar.. Setiap manusia biasa pasti dikurniakan Hati dan Perasaan.. begitu juga dengan diriku.. tak tahu nak cakap camne.. pasti kita tak pernah menduga ada AURA lain yang menyerap masuk dalam diri kita.. AgungNya kurniaan Allah kan.. Xsalah kita ada perasaan KASIH, SAYANG dan CINTA..

Tapi kita mesti selalu fikir yang sama ada cinta kita diterima dengan seadanya atau hanya bertepuk sebelah tangan.. Urmmm... xdapat nak bayangkan.. Hanya Diriku dan Dirinya serta yang paling Pencipta-Nya yang mengetahui...

"Saya Sayang Awak... Awak Sayang Saya Tak???"

Persoalannya disini ialah MEMENDAM RASA... Nak cakap tapi takut untuk kehilangan dan menerima kenyataan.. Tak bagitau mesti dia takkan tau, dan tak tahu yang kita bertepuk sebelah tangan atau sebenarnya dia juga ada rasa yang sama dengan apa yang kita rasa.. Urmm????...

Sejak Berkawan Rapat dengannya.. rasa diri lagi tenang.. tak sama macam mereka-mereka yang pernah ku kenali sebelum ini.. Kalau terfikir tentang dirinya pasti akan lebih mendekatkan diriku pada Pencipta-Nya.. Nasihat yang diberikan selalu memberikan kekuatan untukku.. Menjadikan diri ini selalu bersikap positif dan bersangka baik pada orang lain..

"..Sahabat yaang BAIK, apabila dipandang WAJAHnya, membawa mengingati ALLAH, mendengarkan KATA-KATAnya membawa menambahkan ILMU, terlihat gerak-gerinya meninggikan takut kepada ALLAH, BERKAWAN dengannya berjuang ke jalan ALLAH.."


Tapi ku tak ingin untuk mengharap sesuatu yang tak pasti.. Ntahla.. terlalu banyak dugaan dalam persahabatan kami.. Kami Berjauhan.. Jauh dari pandangan mata.. Kadang-kadang susah nak percaya dengan apa yang dia katakan.. dia Selalu menafikan apa yang ku rasakan dalam hati.. Walaupun dia selalu menafikan tapi hati ini masih berkata yang dia pasti sudah punya 'teman istimewa'.. Ya Allah buruk prasangkaku..

Kalau nak diri sendiri nie baik tak baik mana pun.. kadanag-kadang ada juga buat salah.. Pernah Berniat dalam Hati nak lupakan dia dan nak pergi jauh dari dia.. xnak la ganggu hidup orang lain.. Semakin dicuba untuk melupakan Semakin kuat dugaan dan ujian yang mendatang yang boleh mendekatkan diri kami kembali.. pasti ada sesuatu perkara yang membuat diri kami dekat kembali..

Ya Allah kenapa terlalu sukar untukku melupakannya.. Nape tak seperti yang lain yang pernah ku kenali sebelum ini.. Dah Banyak Kali cuba nak jauhkan diri.. tapi masih tak berjaya... Ada saja halangan yang mendatang yang menjadikan kami dekat semula... Sampai Bila la aku harus begini.. Dah tak sanggup rasanya nak tunggu 'Bulan Jatuh ke Riba'..

Ya Allah,, diri ini dah kehilangan kata-kata.. Perasaan yang hadir.. Ujian yang mendatang tak dapat digambarkan dengan kata-kata.. Hanya dapat ku gambarkan dari MATA ku.. kerana dari MATA turun ke HATI.. ia adalah lukisan WAJAH RAHSIA HATI..

Mudah-mudah ada petunjuk buatku... Dalam mencari cinta sejatimu Ya Allah..
Aku REDHA tiada ruang untukku BERTAKHTA di HATINYA... kerana yang lebih penting bagiku adalah CINTA SEJATI-MU YA ALLAH.. kerana CINTA-MU yang AGUNG yang dapat memberi kebahagiaan buatku.. AMin...

No comments:

Post a Comment

Daisypath Happy Birthday tickers