Blogger Layouts

Tuesday, October 26, 2010

Jangan Biarkan Luka itu Menjadi Barah...!!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..


Subhanallah.. Tenangkan Hati ini tatkala menyebut namamu Ya Allah..
Alhamdulillah.. Bersyukur andai kita dapat merasai dan menyentuh nikmatnya cinta Ilahi..
Begitu juga dengan diri ini.. Bersyukur kerana dari kecil telah ditarbiyah untuk menjadi seseorang yang sentiasa dekat dan kenal akan pencipta-Nya.. Walaupun mungkin semasa kecil masih tak tetap pendirian.. tetapi dengan setiap asuhan, bimbingan dan didikan ibubapa yang amat memahami dan tidak mengongkong atau mengawal ketat setiap langkah anak-anak telah menjadikan diri ini seperti sekarang.. Setelah meningkat baru kita sedar kenapa mak ayah kita marah kita buat silap dan salah.. sebenarnya mereka nak kita hidup senang pada masa akan datang.. Selalu bagi nasihat agar kita tak lalai.. sebabnya mereka nak kita jadi lebih baik lagi mereka.. Alhamdulillah.. Mak dan ayah dan berjaya..walaupun mungkin tak sama dengan apa yang mak dan ayah harapkan.. Diri ini juga bukan sempurna kadang-kadang ada juga khilafnya..

Terasa Nikmat kan kalau kita mencintai Allah..???
Terasa ketenangan yang menjalar diseluruh urat nadi.. Kalau kita mengharap cinta Allah.. Dia pasti lebih dekat sangat dengan kita.. Allahu Akbar..

Bukan nak cerita pasal diri sendiri tapi nak berkongsi sesuatu yang bermakna dan bermanfaat untuk diri sendiri dan orang lain.. eh apa kaitannya??? Kaitannya adalah.. Bila kita selalu ingat Allah.. kita pasti jadi tenang dan segala masalah hilang.. Kaitannya sekarang adalah MASALAH vs CINTA ALLAH..

Semua orang pasti ada MASALAH kan.. tipu la kalau tak pernah ada masalah.. Masalah pun masalah juga tapi jangan sampai merosakkan diri sendiri plak.. Kadang-kadang kalau kita terlalu 'taksub' memikirkan masalah diri. orang lain, cinta, dan dsb.. kita rasa cam nak gila kan???

Bagi yang ada IMAN dalam hati.. InsyaAllah boleh mentarbiah hati jadi lebih Rasional dan berfikiran waras dalam menangani masalah.. Tapi bagi yang punya tahap IMAN yang lemah.. Bagaimana plak?? pasti macam-macam akan terjadi kan??? Seperti perkhabaran semasa yang kita terima dan dengar selalu.. Hmmm.. Astaghfirullah Al-Azim.. Nauzubilllah.. Moga kita jauh dari semua itu.. Amin..

Bukan senang nak mentarbiyah hati dan mengawal emosi kalau kita bermasalah.. kita mesti rasa 'down' yang amat sangat sampai tak tahu nak fikir apa-apa.. Hmmm susah jgak cmtu.. Kena fikir cara yang terbaik sebelum ia melarat..

Sebenarnya banyak cara yang kita boleh buat untuk menangani masalah dengan baik.. Sekadar nak berkongsi pengalaman diri sendiri.. Bukan nak berbangga tapi hanya berkongsi.. mungkin sahabat dan sahabiah dapat melakukan yang lebih baik...

Saat Masalah muncul..
Banyakkan Beristighfar dan ingat Allah sentiasa ada dekat dengan kita.. mendidik hati supaya SABAR, TABAH dan KUAT SEMANGAT dalam mengharungi dugaan hidup telah berjaya menjadikan diri ini lebih bersikap POSITIF dalam membuat keputusan dan sentiasa bersangka baik pada ALLAH dan orang lain.. Sedarlah bahawa ALLAH sedang menguji kekuatan dan tahap IMAN kita.. dan sebenarnya ALLAH sayang pada kita..

Allah Maha Adil pada makhluk-makhluknya.. DIA takkan bebankan kita dengan dugaan yang tak mampu kita hadapi.. walaupun kita selalu rasa tak mampu tapi itu kemanisan IMAN yang ALLAH nak bagi kat kita.. cuba kita tengok kalau ALLAH tak uji kita dengan masalah.. kita pasti akan lalai kan.. jadi orang yang tak bersyukur dan buta dengan kekayaan duniawi.. makin lama hati pun jadi gelap.. Jauh dari Rahmat-Nya..


Kalau kita selalu rasa MASALAH tue membebankan dan tak boleh nak selesaikan.. INGATKAN ALLAH SELALU..!!! Cara nak sentiasa ingat dan dekat dengan ALLAH senang je... hehe mcm confident je.. InsyaAllah semua orang pasti boleh buat.. Kalau kita ada NIAT mesti ALLAh permudahkan jalan-jalannya... ^_^

1. Kalau hati resah gelisah... Bacalah Ayat-Ayat Cinta ALLAH (Al-Quran).. InsyaAllah pasti ada ketenangan..

2. Kalau kita susah nak buat keputusan.. mohonlah petunjuk dengan SOLAT-SOLAT SUNAT..

3. Yang paling penting adalah DOA.. kerana ALLAH sentiasa dengar DOA kita.. tak kira ALLAH terima dengan segera atau lewat.. tapi DOA kita pasti ALLAH makbulkan.. INSYAALLAH..

4. Didik HATI dengan sifat SABAR, TABAH dan KUAT SEMANGAT.. dalam menghadapi dugaan-Nya..

5. Bertindak secara BIJAK dan RASIONAL dalam membuat penilaian..

6. Bersikap POSITIF dan BERSANGKA BAIK pada orang lain... (ini nasihat dari seorang SAHABAT yang sering membawaku ke arah yang lebih baik.. Alhamdulillah)

7. Sentiasa ISTIQAMAH dan BERMUJAHADAH dalam membentuk diri agar kuat semangat dalam perjuangan..

8. Meninggalkan perkara-perkara yang melalaikan yang boleh membawa ke jalan yang kesesatan...

9. Tidak terlalu memikirkan masalah sehingga hilang kawalan dalam mengawal EMOSI yang tidak menentu.. sebaliknya serahkan segalanya pada ALLAh atas segala USAHA, DOA, dan TAWAKAL kerana DIA tahu apa yang terbaik buat kita..

10. Tidak Pernah berhenti berharap akan DOA-DOA kita dimakbulkan.. Dan percaya pada janji-janji ALLAH...

Sebenarnya ada banyak lagi nak tulis tapi cukuplah setakat itu dulu.. hehe.. Dah Hilang idea sebenarnya..

Apa-apa pun.. Nak NASIHAT dan MOTIVASi ckit utk diri sendiri juga sebenarnya..

"Apa yang ALLAH janjikan itu pasti akan terbukti jua..
walau dengan apa jua keadaan sekalipun..
Janji-Nya pasti tiba..
Jangan berhenti untuk berharap, meminta dan mengingati-Nya..
Apa yang penting serahkan segala USAHA kita pada-Nya..
andai sudah tertulis ia milik kita...
pasti akan datang juga pada kita..
InsyaAllah.."

TERUSKAN USAHA DAN SEMOGA ISTIQAMAH..
dalam PENCARIANMU yatie...
SABAR itu IMAN..

No comments:

Post a Comment

Daisypath Happy Birthday tickers