Blogger Layouts

Friday, October 8, 2010

Pengalaman Baru...

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
Assalamualaikum...
Salam Ukhwah..

Allahu Akbar.. minggu yang memenatkan dan sibuk sangat.. mcm2 nk kena siapkan dan hantar.. Assignment, Qiuz, Test,, huh... kalau tak betul-betul kuat semangat.. mmg satu masalah la..

Alhamdulillah.. satu persatu telah ku lepasi.. ada tinggal beberapa lagi yang harus diselesaikan.. Mungkin nak cerita sikit pasal hari ini.. hari yang cukup memenatkan walaupun kerja dan tugas yang dibuat xla teruk mana pun.. Ntahla kenapa rasa hari ini hari yang memenatkan..

Mula dari pagi.. Azan subuh berkumandang dah mula tersedar dan bingkas bangun untuk menunaikan perintah Allah yang wajib dilakukan.. serta menambahkan sedikit bacaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran sebagaimana biasa mudah2an beroleh ketenangan dan keberkatan pd hari ini.. Amin..

Lepas tu.. Sambung ulangkaji sikit (Bahasa Arab) sebab ada ujian-ujian yang perlu dilepasi.. Dalam dok mengulangkaji pun sempat tertido ayam tp tak nyenyak pun..

Dalam pukul 9.00,, bersiap-siap untuk ke kolej.. nak wat ujian Lisan Arab dgn ustazah.. Alhamdulillah berjaya juga.. pukul 11.00 pagi.. kelas Insurans bermula.. Disebabkan lecturer selalu so kitorang kena abskan juga satu chapter lagi hari ini.. Mula-mula ok lagi.. bila dah masuk tenghari dalam pukul 12 lebih dah mula da.. kepala cam 'ting tong'.. almaklum la.. subject membaca.. Tapi dalam pukul 12.30 kelas abis juga.. Alhamdulillah...

Jumpa kawan-kawan, dalam pukul 2.00 ptg.. da kena masuk untuk kelas Arab.. hari ini kena buat Kuiz, Ujian mendengar dan Imlak sekaligus.. wow.. dahsyat.. Alhamdulillah berjaya dilepasi dengan jayanya..

Sampai Hostel pn da asar.. terus bersihkan diri, solat asar.. dok rehat jap.. pukul 5.30 ada USRAH.. ikutkan malas memang malas nk pergi.. tapi sebab ilmu.. apa salahnya korbankan masa dan penat kita sekejap.. Alhamdulillah.. ada juga ilmu yang disampaikan oleh akak naqibah..

Namun, diri ini tertarik bila akak naqibah menceritakan mengenai Serikandi Islam yang agong.. namun tidak terlalu dikenali seperti Sumayyah, Rabiatul Adawiyah dan lain-lain... Serikandi yang dimaksukan ialah KHAWLAH AL-AZWAR,,, sungguh indah namanya.. dari sejarah yang diceritakan.. Beliau berani dalam menentang musuh.. bersama-sama pergi berperang namun beliau menyamar menjadi sehinggakan orang lain tak perasaan yang beliau adalah wanita.. Allahu Akbar tinggi semangat Mujahidah beliau... dari situ dapat menarik minat ku untuk mengtahui lebih lanjut mengenainya.. dari situ juga dapat disimpulkan yang sebenarnya 'Kelembutan Bukan Penghalang'..

Alhamdulillah.. walaupun hari ini penat tapi bersyukur sangat sebab dapat semangat seorang Mujahidah yang agong.. Rasa teringin untuk menjadi sepertinya.. Walaupun berbeza perjuangan dengan zaman sekarang.. tapi sekurang-kurangnya ada satu semangat mujahidah yang mekar dihati ini..

Dapat disimpulkan disini.. sebenarnya walaupun kita seorang wanita.. yang diketahui dengan sifat Lemah-Lembut dan Kesopanan.. tak beerti kita tak boleh melawan musuh.. pelbagai cara lagi yang kita boleh lakukan.. jangan terlalu memikirkan kita seorang wanita.. kita insan yang lemah sebaliknya kita perlu keluar dari kepompong kita.. Buktikan yang bahawa WANITA juga mampu menentang musuh dan menegakkan keadilan..
Alhamdulillah...

No comments:

Post a Comment

Daisypath Happy Birthday tickers