Blogger Layouts

Sunday, June 27, 2010

Inilah yang Dinamakan Kehidupan

assalamualaikum w.b.t...
ermm da lama rasanya x meluahkan perasaan kat blog nie.. dibiarkan sepi je.. rindu plak rasanya.. hehe..

Jauh lagi kan perjalanan hidup kita???... selagi nafas belum terhenti dan selagi hayat dikandung badan... selagi itulah perjalanan hidup kita perlu diteruskan walau dengan apa jua keadaan sekali pun.. biarpun diuji dengan dugaan.. kita harus tetap menempuhinya dengan penuh kesabaran dan ketabahan... dalam kehidupan nie banyak sangat dugaan yang harus kita tempuhi.. kadang-kadang kita rasa x sanggup nak menghadapinya... tapi percayalah bahawasanya setiap dugaan yang mendatang pasti ada hikmah yang tersembunyi.. pasti ada 'hadiah' yang Allah ingin berikan.. Allah hanya ingin menguji dan melihat sejauh mana kuatnya keimanan kita menghadapi bermacam dugaan.. Ujian dan dugaan sebenarnya bagus sangat sebab itu tandanya Allah sentiasa sayang kita.. Allah tak pernah jauh dari kita, malah sentiasa ada disisi kita saat susah dan senang.. juga saat kita ingat pada-Nya atau sebaliknya.. cuma kita sebagai manusia nie yang kadangkala lupa akan-Nya.. bila dah senang sikit, mulalah lupa diri.. padahal segala kesenangan yang dikecapi adalah kurniaan Allah.. ia juga adalah milik Allah.. dan Allah boleh menarik balik segala kesenangan yang dikecapi manusia dalam sekelip mata sahaja.. Jadi janganlah kita lupa untuk bersyukur atas segala nikmat kurniaan-Nya.. kelak kita juga yang akan menyesal.. Kalau kita sayangkan Allah, Allah lagi sayang pada kita.. Marilah kita sama-sama bermuhasabah dan istiqamah dalam mengecapi nikmat dunia ini.. kerana yang kekal abadi adalah kehidupan selepas mati.. itulah yang pasti.. Allah Maha Adil, Pengasih dan Penyayang. Nasihat buat diri ini juga... Amin.. Mudah-mudahan Allah permudahkan jalan mengharungi liku-liku kehidupan ini..


"..Jgn bersdh,
Kekasih plhn Allah akn dihadiahi
dugaan hebat tanda kasih-Nya,
Jalannya dihias duri-duri luka,
tak dibiar lena dlm nikmat melimpah,
tp dihidgkn keperitan susah payah yg tiada sudah.."

Thursday, June 10, 2010

Bacalah dan Hayatilah Pengisiannya...

Nak beli,,, nak baca,,,
Bacalah kawan2 buku.. pasti menarik... (o_0)
SELAMAT MEMBACA

STANZA CINTA
Karya : NURULL HALAWATI

"Ya Allah, bilakah saatnya aku dipertemukan dengan pemilik tulang rusukku..."




"Kebaikan itu dibungkus oleh hal-hal yang tidak disukai..."
Amni Sorfina memerlukan seorang lelaki yang mampu membimbingnya, bukan lelaki yang dia perlu bimbing. Dalam masa yang sama, dia berasa bertanggungjawab membimbing Irfan kejalan yang lurus. Perlukah dia mengorbankan cintanya yang terlalu mendalam buat Taufiq, demi menunaikan sekeping janji dan amanah?


Price : RM 19.50*

Publisher : Galeri Ilmu Sdn Bhd

Tuesday, June 8, 2010

CIRI- CIRI WANITA SOLEHAH IDAMAN LELAKI SOLEH




1. KECANTIKAN DALAMAN

Wanita yang tulen adalah wanita yang lemah lembut dalam pewarakannya tetapi prinsip dan nilai hidupnya begitu agung dan tinggi merantai dirinya.Itulah kecantikan dalaman yang sukar ditandingi.

2. KEANAK-ANAKAN

Lelaki suka membela, menjaga, membimbing dan melindungi justeru mereka boleh berperanan menjadi pelindung kepada mereka.Keperibadian wanita yang manja keanak-anakan memang merupakan salah satu keindahannya namun tidaklah berkeanak-anakan yang melampau kerana akan menunjukkan bahawa diri wanita itu tidak matang.

3. CANTIK

NAFSU mengatakan wanita cantik pada rupanya,AKAL mengatakan wanita cantik pada ilmu dan kepandaiannya,HATI mengatakan wanita itu cantik pada akhlaknya.

4. BERAKHLAK MULIA

"Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah"Sebagai ibu, terukir di paparan dada.Sebagai isteri, pengubat duka nan lara.Sebagai kekasih, dirindui saban ketika.Sebagai mujahidah, berdiri dibelakang mujahidin.~Ciri-ciri wanita yang solehahTaat kepada Allah.Berbuat baik kepada ibu bapa.Sentiasa taat dan berkhidmat kepada suami dengan sepenuh hati.Menutup dan menjaga aurat.Tidak berhias apabila keluar rumah.Tidak keluar bersendirian atau bersama lelaki ajnabi kecuali bersama mahram.Berbuat baik dengan jiran tetangga.Suka mempunyai anak yang ramai dan berusaha untuk mendidik mereka.

5. BERPEGANG PADA AGAMA

"Dikahwini wanita itu kerana 4 perkara, kecantikannya, hartanya, keturunannya, dan agamanya. Pilihlah yang paling beragama"

6. DARI KETURUNAN YANG BAIK-BAIK

Seorang wanita yang dari keturunan yang baik2 mudah diterima lelaki. Namun wanita yang berasal dari keturunan yang hina seperti anak zina atau sebagainya tidak wajar merasakan dirinya tidak layak menjadi wanita idaman. Islam mengangkat tinggi umatnya yang bertaubat dan sentiasa memperbaiki diri kerana taqwa menjadi darjat kemuliaan disisi Allah.

7. BIJAKSANA

Saidatina Aisyah r.a. merupakan seorang tokoh intelektual terbilang. Sebanyak 2210 hadis sahih berjaya diriwayatkan selama 9 tahun hidup bersama Rasulullah s.a.w. Beliau merupakan fuqoha' (ahli hukum) Madinah yang unggul dan juga berpengetahuan dalam bidang perubatan.~Wanita idaman lelaki ialah wanita yang pandai tetapi tidak menunjuk-nunjuk
pandai kerana ianya mencabar ego lelaki lalu menyebabkan lelaki menyampah terhadapnya
.

8. TIDAK MEMPAMERKAN KESEKSIAN

"Wanita yang berpakaian tetapi sebenarnya telanjang untuk mencari perhatian lelaki, yang melenggok-lenggokkan tubuhnya, yang kepalanya seperti punuk (bonggol) unta, mereka itu tidak akan masuk syurga"
(Hadis Riwayat Muslim)


9. TIDAK CEREWET

Wanita yang cerewet boleh merimaskan lelaki dan mudah menyebabkan lelaki menyampah terhadapnya.


10. MEMAHAMI LELAKI

Contoh:

Yang berlaku : "Itulah abang! Asyik bekerja aje. Mementingkan diri sendiri... Tak ingat nak balik rumah... Tak abis-abis layan kawan.. kawan.. kawan... Hal rumah ni takkan nak suruh saya buat sorang!


"Yang sebenarnya berlaku : Di pejabat, bos sambung meeting hingga pukul 7 malam. Singgah solat Maghrib di masjid. Ada penceramah idola. Dengar ceramah sehingga solat isyak. Dalam perjalanan pulang, kawan lama telefon minta jumpa di warung ada hal penting katanya. Pukul 10 malam baru sampai di rumah.

11. TIDAK TERLAMPAU CEMBURU

"Tidak boleh iri hati melainkan dalam dua perkara iaitu seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dihabiskan dijalan Allah dan orang yang dikurniakan ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan hukum berpandukan ilmunya (al-Quran dan Hadis) serta diajarkan kepada orang lain" (riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

12. SEJUK MATA MEMANDANG

Bersopan-santun, sentiasa memaniskan muka, Sentiasa senyum, Menutup aurat, Ramah dan mesra, Menundukkan pandangan.

13. PANDAI MENAIKKAN SEMANGAT DAN BERMOTIVASI

Lelaki lebih tertarik untuk mencari wanita yang pandai menaikkan semangat dan bermotivasi ketika dia memerlukannya.

14. CANGGIH

Wanita yang pandai menyesuaikan diri dengan arus perkembangan semasa tetapi masih mengekalkan ciri-ciri wanita Islam yang berakhlak mulia dan menutup aurat.

15. MEMPUNYAI PERSAMAAN YANG BERMAKNA

Suatu hari, Imam Malik hairan melihat burung merpati dan gagak berkumpul bersama. Dengan spontan beliau berkata,"Kedua-duanya bersatu padahal jenisnya tidak sama". Ketika burung itu terbang, beliau melihat
keduanya masih ada persamaan iaitu kedua-duanya cacat. Lalu beliau berkata, "Sebab itulah burung itu dapat bersatu".

16. PEMAAF

Wanita yang suka mendahului meminta maaf walaupun dirinya tidak bersalah digambarkan mempunyai peribadi yang unggul dan mudah disayangi.

17. SEIMBANG

Seimbang dari sudut pergaulan, keagamaan, pengurusan diri, dan pengurusan masa.

18. BERKEYAKINAN DIRI

19. MEMPUNYAI 'BODY LANGUAGE' YANG BAIK



Nota: RUJUKAN PETUA MEMBUAT ORANG JATUH CINTA

(DATO' DR MOHD FADZILLAH KAMSAH, HAJI MUHAMMAD ZAKARIA, FATIMAH SYARHA MOHD NORDIN)

Daisypath Happy Birthday tickers