Blogger Layouts

Sunday, November 25, 2012

Jalan-Jalan Jonker Walk Melaka

Assalamualaikum w.b.t
Wah penat berjalan dari kampus ke Jonker Walk..Jalan kaki OK..Sebenarnya dekat je tapi saja nak berlagak..Dari UiTM KBM tu tak jauh mana pun..jalan kaki penat juga lah tapi xdela sampai tak larat.. Penat merancang nak berjalan bersama di malam hari..biasanya siang je berjalan-jalan..hari teringin nak jalan waktu malam kat Bandaraya Melaka. Seronok ke tak.. Okey tak nak cakap.. Penat kaki penat mulut mata mengantuk..tapi hati kuat nak update entry baru..Padahal esok ada event untuk kelas..kena bangun awal tapi jasadku masih dihadapan laptop..Okey 5 minit..

Jom tengok gambar..Biar gambar menceritakan segalanya.. 
Kami Berempat
Dari kiri : Saya, Isna, Intan, Iza (Roomate Intan)

Thursday, November 15, 2012

Salam Maal Hijrah 1434H

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Maal Hijrah 1434H
Tahun Baru Hijrah telah menjelma lagi..Mudah2an Tahun ini lebih baik dari tahun yang sudah..Semoga menjadi iktibar dan pedoman untuk bekalan sepanjang kehidupan..InsyaAllah Semoga Impian menjadi kenyataan.

Mari Kita Sama-sama dengarkan dan hayati serta Imbas kembali detik-detik ini...

Wishlist Tahun Baru dan tahun2 akan datang sehingga tercapai segala IMpian..
1. Menjadi seorang Khalifah yang taat dan patuh akan perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya
2. Menjadi Anak yang Solehah buat Ibu Ayah yang sentiasa taat dan menyayangi mereka sepertimana mereka menyayangiku dari kecil hingga dewasa.
3. Berjaya manggapai segala Impian dan HArapan yang diimpikan.
4. Menjadi sahabat yang buat semua kawan2 yang mengenali diri ini.
5. Menjadi Isteri Solehah buat bakal suamiku yang masih aku tidak ketahui siapa dan di mana dia berada saat ini.

InsyaAllah dengan Doa, Niat dan TAwakal serta Usaha yang berpanjangan..Semoga apa yang diharapkan bakal menemukan kejayaan. 


SALAM MAAL HIJRAH 1434H

Tuesday, November 13, 2012

Get Married.......SOon..

Assalamualaikum w.b.t..
Terasa dah lama tidak berkata-kata tanpa suara di sini..menyibukkan diri dengan segala macam tugasan dan assingment yang perlu diselesaikan dan dihantar dengan kadar segera. Alhamdulillah segalanya masih tenang di sini..walaupun mungkin diriku telah menjadi PANDA tapi itulah hakikatnya menjadi seorang pelajar..

Musim cuti sekolah dah bermula cuma saya je yang tak cuti2 lagi..cuti2 ni la bermula "SURAT2 CINTA" melayang-layang di halaman rumah minta untuk dipenuhi segala undangan..adoi..saya yang tak kahwin lagi ni pun kena gak ke?? Ermm kawankan nak wat macammana..Kahwin sudah kawan2ku..saya ni bila lagi eh..?? tanya sendiri jawab sendiri..cakap depan cermin. Okey Nevermind.. InsyaAllah One Fine Day.

KAwan saya ni dah kahwin..Selamat Pengantin Baru Yatie & Zalie.. Semoga Bahagia Hingga Akhir Hayat..Amin..Doakan untuk saya juga ye..!!

Dia dan mereka sudah..Hanya saya yang masih menanti siapa insan bertuah yang Allah pilihkan untuk saya, yang sudi menemani diriku saat senang dan susah..Menerima diri ini sepenuh hati, seikhlas apa adanya. Mencari dan terus mencari..Semoga pencarian itu menemukan jawapan..InsyaAllah. 

Pada sahabat2 yang telah selamat diijabkabulkan, newly-wed, getting married soon, engaged already, having partner, falling in love, and what so ever..May everything going smoothly and the happiness is yours..

Selamat Pengantin Baru buat kawan2 ku..