Blogger Layouts

Sunday, June 26, 2011

Rejab : Pengertian, Peristiwa Penting & Amalan

Pengertian

Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat Jahiliyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka memulia dan menghormati bulan ini dengan
mengharamkan berperang di dalamnya. Dan Rasulullah SAW mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Dan bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah SAW iaitu peristiwa Isra' dan Mi'raj. 

Monday, June 13, 2011

Namun Ku Punya HATI

Maafkan aku teman..bukan ku sengaja untuk menyakiti hatimu..namun apakan daya ku tak mampu lagi menyakiti hati sendiri dengan sikapmu..Maafkan aku..

Terkesan dan terasa dengan sikapnya..terlalu banyak yang ku telan kepahitan ini sepanjang mengenalinya..bukan tak ikhlas dalam persahabatan ini..ku tak terlalu memilih kawan..sesiapa sahaja yang ku kenali sentiasa ku ingati..walaupun seketika..namun dalam bersahabat dan apa jua keadaaan.. sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula manusia kan..

Sunday, June 5, 2011

Antara Asrama dan Rumah Sewa

Assalamualaikum w.b.t..

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan Rahmat-Nya dapat lagi diri ini peluang untuk melangkah bebas di Bumi-Nya ini..walaupun keadaan diri yang kurang sihat tidak membataskan diri untuk terus melakukan segala urusan sebagai khalifah Allah.

Balik Bangi tak sampai seminggu lagi dah kena serang dengan selesema..Allahu Akbar,, xpela kifarat dosa mungkin.. Kadang2 terfikir juga sepanjang hampir 3 tahun tinggal di Bumi Bangi kerana menuntut ilmu..baru perasan yang setiapkali masuk je semester baru pasti selesema akan menyerang.. Bukan menyalahkan takdir tapi sebenarnya baru terfikir dan baru sedar..hehe..selama tak pernah ambil tahu pun..Demam biasa je..masih boleh bangun dan kuat semangat lagi..mungkin saya tak sesuai untuk tinggal di sini...?? ermm mungkin juga..xpela dah last semester pun..hanya tinggal beberapa bulan je lagi..lepas raya InsyaAllah jika tiada apa2 hal akan tamatlah pengajianku selama 3 tahun di sini.. Mudah2an segala2nya berjalan lancar dan dapt sambung Degree pula tahun depan..Amin..

Thursday, June 2, 2011

Iktikad

Suatu kisah yang patut dijadikan iktibar...

Dingin pagi masih terasa ketika melangkah masuk ke warung Pak Cu yang terletak di pinggir selekoh.
Beberapa orang penduduk kampung yang kebanyakannya mahu ke tempat kerja, singgah bersarapan
dahulu. Berbual mesra bertukar cerita sesama mereka.

Tiba-tiba datang seorang makcik, yang juga ingin ke tempat kerjanya. Mungkin berkebun kerana gaya
pakaiannya dipakai untuk ke tempat seumpama itu. Dia melangkah masuk sambil memanggil nama
pemilik warung. Makcik itu meminta sejenis ubat menambah tenaga.