Blogger Layouts

Monday, June 13, 2011

Namun Ku Punya HATI

Maafkan aku teman..bukan ku sengaja untuk menyakiti hatimu..namun apakan daya ku tak mampu lagi menyakiti hati sendiri dengan sikapmu..Maafkan aku..

Terkesan dan terasa dengan sikapnya..terlalu banyak yang ku telan kepahitan ini sepanjang mengenalinya..bukan tak ikhlas dalam persahabatan ini..ku tak terlalu memilih kawan..sesiapa sahaja yang ku kenali sentiasa ku ingati..walaupun seketika..namun dalam bersahabat dan apa jua keadaaan.. sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula manusia kan..

Entah kat mana silapnya hari ini dengan tiba2 dan tanpa ku sedari..ku telah menunjukkan rasa kecil hatiku itu.. Perkara yang terjadi tanpa aku duga..Mungkin kerana terlalu banyak perkara yang ku pendamkan.. inilah yang terjadi..Mungkin salahku juga kerana tak dapat mengawal perasaan..Mungkin juga kerana ku telah terlalu banyak mengalah.. Allahu Akbar..

Mungkinkah kerana sikap dan sifatku yang tak suka memikirkan masalah..atau pun kerana diriku yang mudah terasa dan sensitif.. Itulah lumrah manusia..ku juga punya hati dan perasaan..kadang2 terasa berat untuk menanggung semua ini.. kerana ku terlalu mengalah da mengikut dan menuruti sahaja apa yang diinginkan.. just follow the flow.. malas nak bising2..dan malas nak cari gaduh dengan orang..

Tapi apakan daya setiap orang punya kekurangan dan kelebihan masing2 dan ku tak boleh lari dari hakikat itu.. dan ku juga punya perasaan yang harus aku jaga agar tidak terluka.. Jika ku hanya menuruti apa yang dikatakan samalah seperti aku telah menyakiti hatiku sendiri..namun jika ku berkasar atau kurang ajar samalah seperti aku menyakiti orang lain dan menunjukkan teladan yang kurang baik..entahlah.. bak kata pepatah diluah mati mak ditelan mati bapak..

Susahnya nak menjaga hati kawan2 kita..Jika kita terlalu menjaga hati mereka siapa pula yang akan menjaga hati da perasaan kita.. hati kita pastinya yang sentiasa terluka dengan sikapnya..Sudah acapkali dinasihati namun akhirnya kita yang harus mengalah kerana sikapnya yang degil..dan akhirnya kita yang terluka lagi dengan sikapnya.. Apalah yang harus ku lakukan..Jika masih kanak2 boleh untuk dibimbing dan diajar..tapi nie dah besar panjang..dan boleh kahwin dah..Oppss... Faham2la sendiri..dah dewasa kan..Sekurang-kurangnya fikirlah orang lain..Ambil peduli pada pandangan orang lain.. nie kita pula yang kena ikut arahan dia je..Susahlah camtu..xde persefahaman langsung..

Aku seringkali mengajar dan mendidik diri untuk menjadi seorang yang penyabar dan kuat semangat serta tabah mengharungi ujian..Namun aku juga manusia.. Tak menghindar dari semua itu ku lalui.. Apa yang penting hanyalah Sabar.. Sabar dalam melayani karenahnya..Walaupun terasa tak mampu dan tak larat lagi untuk menghadapinya.. Biarlah Allah yang mengetahui segalanya.. Segala perkara telah ku lakukan namun tiada perubahan darinya..terpulanglah pada dirinya untuk menilai diri sendiri..Mudah2an sentiasa dipelihara diri dan imannya..InsyaAllah..


""bila kita letih dan hilang semangat,ALLAH tahu betapa kita telah cuba sedaya upaya, bila tangisan kita berpanjangan ALLAH TELAH MENGIRA titisan air mata kita. bila kita RASA KETINGGALAN, ALLAH SENTIASA DISISI kita, bila kita telah mencuba sedaya upaya tetapi gagal, insyaALLAH ada penyelesaiannya,..ALLAH ada bersama kita..do the best, ALLAH will take care of the rest..""
-Credit to kak Tati-

Sesungguhnya Aku menyayangi semua Sahabat-Sahabat yang ku kenali..
Maafkan aku andai aku menyakitimu.. Tiada niat untukku melakukannya..
Moga kau memahami hatiku..

No comments:

Post a Comment

Daisypath Happy Birthday tickers