Blogger Layouts

Saturday, May 15, 2010

,,,Kelebihan Ayat-Ayat Cinta Allah yang Patut Dijadikan Amalan,,,

Menghentikan Anjing Menyalak
Baca surah Al-Baqarah ayat 80-81 sebanyak 10 kali

Penyayang
Hendaklah membaca surah Al-Baqarah ayat 165
dan apabila selesai hembuskan dikening orang yang kita sayangi

Mengunci rumah dengan ayat
Hendaklah membaca surah Al-kursi sebanyak 3 kali
dan dituruti dengan surah Ar-radu ayat 11 sebanyak 3 kali
di tengah jalan muka pintu dengan niat sebelum menginggalkan rumah

Menghilangkan rasa takut kerana gangguan syaitan
Hendaklah membaca surah Yassin ayat 8 & 9 berulang kali sehingga rasa gementar hilang

Ayat penerang hati
Hendaklah sering membaca surah An Nur ayat 35 di Pagi hari dan awal malam

Membuatkan anak tidak degil
Hendaklah membaca surah Thaahaa Ayat 1 - 6 dan juga surah al haji ayat 21 dibaca diatas permukaan air dalam gelas putih dan diminum oleh anak yang dimaksudkan

Menghentikan Anak menangis malam hari
Hendaklah membaca surah al-fatihah sebanyak 3 kali dan ditiup di telinga kanan,
kemudian membaca semula surah al-fatihah sebanyak 3 kali dan ditiup ditelinga kiri

Mengelakkan mengandung anak songsang semasa dalam kandungan
Hendaklah menulis surah al-a'raaf ayat 54 diatas kertas dan diredamkan diair dan seterusnya diminum

Mengurangkan bisa digigit oleh binatang berbisa
Hendaklah membaca surah al-fatihah sebanyak 3 kali ditiup ke ibu jari
dan letakan ke langit dan kemudian gosok ditempat yang kena gigit

Mengubat orang yang terkena sihir,guna-guna atau gila
Hendaklah menyediakan satu baldi air yang bersih, kemudian membaca surah yunus ayat 80-81 dan air tersebut digunakan untuk mandian, ia itu perlu dibuat diluar kawasan rumah yang bersih

Ayat pelembut hati untuk berjumpa orang yang dihajati
Hendaklah membaca surah al-taubah ayat128-129 semasa berjumpa

Menguatkan ingatan
Hendaklah bersembahyang sunat empat rakaat, dilakukan selama tujuh atau lapan malam jumaat berturut-turut :-
> Rakaat pertama - surah yassin
> Rakaat pertama - surah ad dhukan
> Rakaat pertama - surah as sajjadah
> Rakaat pertama - surah al mulk

Tuesday, May 11, 2010

MAAF....KU TELAH merinduiMU....!!!

Assalamualaikum w.b.t...
Salam Ukhwah...

Ku tak pernah terfikir sehingga sejauh ini perasaanku...
Kenapa harus ada rasa rindu dalam hati ini..???
Semakin aku cuba mengelak dan melupakan.. disaat itulah hatiku meronta-ronta...
Selalu akan dirinya... tapi apa yang harus aku lakukan..??
kerana dirinya tak mengetahui bahawa aku merindukannya..
Ya Allah,, berdosakah diri ini kerana merindukan seseorang hamba-Mu...???
Aku tak tahu apa yang harus aku lakukan...Jika diluah mungkin aku akan kehilangan dia.. tapi jika tidak diluah diriku yang akan terseksa...
Aku takut akan kehilangannya dek kerana sikap terburu-buruku... serba-salah jadinya bila fikir semua ini.. rasa macam nak lari jauh kat tempat yang orang tak tahu untuk cari ketenangan.. tapi aku tak sekuat tu... aku terlalu lemah,,, terlalu kerdil... aku tak dapat hadapi dugaan dan ujian Allah dengan setabah yang mungkin.. Oh tidak..!! Deraian permata jernih seringkali membasahi pipiku saat memikirkan gelora di jiwa.. Air mata lah peneman ku...
telah ku cuba untuk kuat agar tidak mengalir air mata ini.. tapi aku tak mampu..
Ya Allah,, kuatkanblah semangat ku menghadapi ujian-Mu ini...
Aku tak dapat membohongi diriku lagi... Setiap kali ku cuba mengelak.. Setiap kali itulah ingatan terbayang padanya...terbit rasa rindu dihati...
Tapi aku tak mampu melakukan yang sepatutnya.. kerana ku sendiri tidak apakah perasaannya saat ini.. Adakah dia juga punya perasaan yang sama denganku.. atau hanya aku yang bertepuk sebelah tangan... Ya Allah,,,apakah yang harus lakukan saat ini???
Patutkah untuk aku berterus-terang padanya bahawa aku merinduinya... atau aku terus memendam rasa rindu dihati ini...??
Sukar untuk ku jangka dirinya..
Aku takut andainya dirinya tidak dapat menerima diriku seadanya...
Aku takut andai aku dikecewakan.. kerana ku tak sanggup untuk menambah lagi kelukaan dihati ini... Aku keliru... Antara Cinta dan Persahabatan...

Aku hanya ingin kau tahu yang diriku amat merinduimu.......
Semoga kau memahami maksudku...

Ya Allah,,,
Apa yang kau telah takdirkan..
Ku harap ia adalah yang terbaik buatku...

kerana Kau tahu segala isi hatiku...

Pelihara daku dari kemurkaan-Mu...

Ya Allah,,,

Moga kebenaran akan terbukti jua suatu hari nanti...
InsyaAllah...

Coretan khas buat PENCINTA ILAHI yang amat ku rindui...

Monday, May 10, 2010

IBU RATU HATIKU....!!!

SELAMAT HARI IBU....!!!
HAPPY MOTHER'S DAY...!!!

acapkali kita dengar perkataan tue tiap2 tahun... tapi malangnya kadang-kadang ia ucapan di bibir sahaja... kita x pernah istiqamah dan tarbiyah akan jasa dan pengorbanan ibu..
kalau diikutkan tak ternilai harganya dengan wang ringgit dan emas permata.. Kasih ibu tiada sempadan.. tak pernah pudar walau ditelan masa..
Cume kita je yang kadang-kadang leka dengan ibu kita sendiri.. selalu nak menyakiti hati ibu.. tak pernah hargai pengorbanan dan kasih sayang yang tulus suci buat kita, anak-anak...
Dibandingkan antara ayah dan ibu... siapakah yang pertama yang patut kita kasihi...
Seperti sabda Rasulullah ini...::

Datang seseorang menemui Rasulullah S.A.W dia bertanya, “Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling layak untuk bergaul dengan paling baiknya?”

“Ibumu” Baginda S.A.W menjawab,

“Kemudian siapa?”, “Ibumu”,

“Kemudian setelahnya siapa?”, “Ibumu”.

Untuk kali berikutnya orang itu bertanya lagi, “Kemudian siapa?”

“Ayahmu” jawab Baginda Rasulullah S.A.W..



..Lihatlah betapa agungnya martabat seorang ibu...???
Itulah yang patut kita hargai... Jangan kita susahkan hatinya...
Jadilah anak yang SOLEH dan SOLEHAH... kerana itulah impian seorang ibu...
Sebenar-benarnya pasti itulah impian ibu... Ibu mana yang tak nak melihat anaknya menjadi anak yang baik.. terdidik dengan akhlah yang sebaik-baiknya...

``~~~~Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu

Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia

Mencari gantimu
~~~~``


IBU,,,
KAULAH KEKASIH AWAL DAN AKHIRKU....!!!
....SAYANG IBU....
Khas Buat Ibu Tercinta :: Pn. Hamimah bt Kasmadi

Saturday, May 8, 2010

Biar Seberat Manapun Dugaan-Mu, Akan Ku Harunginya Dengan Kesabaran

Ya Allah.. beratnya ujian-Mu yang kau berikan untukku...
hingga ku rasakan ku tak berdaya mengharunginya ya Allah..
Namun selagi ada lagi kekuatan dan keimanan dihati yang kuat..
akan ku harungi semua ini dengan penuh kesabaran..
Ya Allah
seringkali hati ku berkata..
adakah dia milikku.. atau ia hanya satu ujian dari-Mu...
untuk menguji dimanakah kekuatan dan ketabahanku mengharungi kehidupan ini..
sebagai khalifah di Bumi-Mu ini..Ya Allah...

Ya Allah...
hamba-Mu ini merayu..bantulah diriku..
berilah petunjuk-Mu untukku mengetahui maksud sebenar...
untukku tidak terlalu akan sesuatu yang tak pasti...
demi kebaikan dan kebahagiaan diriku dan dirinya...Ya Allah..
ku bermohon akan apa yang telah engkau takdirkan..
jika benar dia milikku seperti yang tertulis di Luh Mahfuz untuk diriku...
engkau dekatlah hantinya dengan hatiku ini..
tapi jika dia bukan untukku..
engkau damaikanlah hatiku dan hatinya dengan ketentuanmu..

Ya Allah..

aku redha dengan ketentuan yang engkau telah takdirkan..
kerana ku tahu itulah yang terbaik untukku..
ku berharap agar diriku dikurniakan teman sejati yang bisa menerimaku seadanya..
seumur hidupku.. menerima segala kekurangan dalam diri ini..
dengan hati yang ikhlas..

Ya Allah..

Maafkan diriku..
kerana ku merinduinya..
namun kerinduan ini yang harus ku pendamkan..
demi sebuah persahabatan..
kerana ku tak pasti..adakah rasa cinta dan kasihnya untuk diriku..
atau hanya aku yang bertepuk sebelah tangan..

Ya Allah..ampunkan aku..
kerana ku memendamkan perasaan ini..
walau hati ini terlalu perit menanggung luka..
tapi itulah hakikat yang harus aku tempuhi..
segala ada kudrat yang bersisa..
akan ku gagahi jua untuk ku melawan ujian-Mu ini..
namun, hanya satu ku pinta dari-Mu.. ya Rabbul Izzati..
ku mohon agar engkau jangan pisahkan hubungan persahabatan kami..
yang telah terjalin erat sekian lama..
biarlah ku pendamkan perasaan ini..walau ia amat pahit untuk ditelan mahupun diluahkan...
tapi aku pasti suatu hari nanti..
aku pasti akan bertemu dengan kekasih yang kau redhai yang kau utus buatku..
yang dapatku hamparkan kasihku untuknya..
InsyaAllah..
Ku harap kau bahagia dengan kehidupanmu...Doa ku sentiasa mengiringimu..
Cintamu sentiasa diruang hatiku...






Thursday, May 6, 2010

:: LIMA JARI MENYIMPAN RAHSIA ::

Assalamualaikum w.b.t.
Salam Ukhwah..

RENUNGAN BUAT SEMUA SAHABAT...
Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima...

Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda. Kemudian, genggam
ia kuat-kuat dan angkatkan ke atas. Laungkan ..."Allahu Akbar"
sekuat-kuatnya. Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung.

Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam.
Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.

Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan.
Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan
bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah
insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula
daripada kecil. Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah daripada rebungnya".
Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa
hadapan.

Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya.
Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini.
Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian,
bangga tak terkira.Pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!! Di usia ini
sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan
taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf.
Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil.
Bersediakah anda??

Naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya.
Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat
umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan
ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti
berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang
menggoda.Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan
seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk
ke jerangkap nafsu dan syaitan. Jesteru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.

Jari telunjuk.
Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat.
Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah,
menjadi contoh dan tauladan.Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil
sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas
dan minda yang hebat.

Akhir sekali, renung ibu jari.
Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang
membanggakan.Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara.
Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan
lancar. Buat generasi muda,rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman.
Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes"
sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda.

Akhirnya,,cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima. Renung dan fikir dalam-dalam.
Dimanakah anda sekarang???

Saturday, May 1, 2010

ANDAIKU PERGI


Cerita hidup kian berlalu
Membawaku ke penghujung
Kaku langkah kian lemah
Kelu lidah untuk bicara

Langit jingga warna senja
Desir bayu membisik duka
Kealpaan nan semalam
Inginku lepaskan luka silam

Bersama rayu doa
Damba keampunanNya

Andai diriku pergi
Tinggalkanmu sendiri
Usah kau sedih
Usah tangisi duga dari Ilahi

Andaiku pergi dulu
Tiba tika dan waktu
Telah tertulis takdir untukku
Perjanjian yang Maha Agung
Doakanku sejahtera disisiNya

Rasa gentar rasa rindu
Bertarung di fikiranku
Wajah ceria, senyum manja
Kisah kita menghapus resah

Maafkan diriku kasih
Kerna buat kau menangis
Restuiku dengan cinta
Jangan kau titiskan air mata

Pintaku redhailah
Terima kasih atas segalanya

Hidup ini sementara
Ujian pasti setia hati
PadaMu kekasih

Moga rahmat hidayahMu
Mengiringiku, menemaniku
Saat akhir waktu

Bersaksi diriku
Tiada lain hanya Kau satu
Memiliki cintaku
Ku serah segalanya kepada Mu

::COPIED FROM MIRWANA SONG::