Blogger Layouts

Saturday, May 15, 2010

,,,Kelebihan Ayat-Ayat Cinta Allah yang Patut Dijadikan Amalan,,,

Menghentikan Anjing Menyalak
Baca surah Al-Baqarah ayat 80-81 sebanyak 10 kali

Penyayang
Hendaklah membaca surah Al-Baqarah ayat 165
dan apabila selesai hembuskan dikening orang yang kita sayangi

Mengunci rumah dengan ayat
Hendaklah membaca surah Al-kursi sebanyak 3 kali
dan dituruti dengan surah Ar-radu ayat 11 sebanyak 3 kali
di tengah jalan muka pintu dengan niat sebelum menginggalkan rumah

Menghilangkan rasa takut kerana gangguan syaitan
Hendaklah membaca surah Yassin ayat 8 & 9 berulang kali sehingga rasa gementar hilang

Ayat penerang hati
Hendaklah sering membaca surah An Nur ayat 35 di Pagi hari dan awal malam

Membuatkan anak tidak degil
Hendaklah membaca surah Thaahaa Ayat 1 - 6 dan juga surah al haji ayat 21 dibaca diatas permukaan air dalam gelas putih dan diminum oleh anak yang dimaksudkan

Menghentikan Anak menangis malam hari
Hendaklah membaca surah al-fatihah sebanyak 3 kali dan ditiup di telinga kanan,
kemudian membaca semula surah al-fatihah sebanyak 3 kali dan ditiup ditelinga kiri

Mengelakkan mengandung anak songsang semasa dalam kandungan
Hendaklah menulis surah al-a'raaf ayat 54 diatas kertas dan diredamkan diair dan seterusnya diminum

Mengurangkan bisa digigit oleh binatang berbisa
Hendaklah membaca surah al-fatihah sebanyak 3 kali ditiup ke ibu jari
dan letakan ke langit dan kemudian gosok ditempat yang kena gigit

Mengubat orang yang terkena sihir,guna-guna atau gila
Hendaklah menyediakan satu baldi air yang bersih, kemudian membaca surah yunus ayat 80-81 dan air tersebut digunakan untuk mandian, ia itu perlu dibuat diluar kawasan rumah yang bersih

Ayat pelembut hati untuk berjumpa orang yang dihajati
Hendaklah membaca surah al-taubah ayat128-129 semasa berjumpa

Menguatkan ingatan
Hendaklah bersembahyang sunat empat rakaat, dilakukan selama tujuh atau lapan malam jumaat berturut-turut :-
> Rakaat pertama - surah yassin
> Rakaat pertama - surah ad dhukan
> Rakaat pertama - surah as sajjadah
> Rakaat pertama - surah al mulk

No comments:

Post a Comment

Daisypath Happy Birthday tickers