Blogger Layouts

Tuesday, July 24, 2012

Tenangnya Ramadhan..

Alhamdulillah hari keempat kita berpuasa..Terasa tenang je Ramadhan ini..walaupun macam2 perkara yang harus difikirkan tapi semua berjalan dengan macam takde apa2 yang berlaku.. Allahu Akbar, nikmat hadirnya Ramadhan..Bulan yang sentiasa dinanti kedatangannya setiap tahun bagi kita yang beragama Islam.. Alhamdulillah Allah masih berikan kita peluang untuk bertemu Ramadhan lagi.



Kali ini masih lagi berjauhan dari keluarga..sepatutnya dah dapat peluang keemasan untuk berpuasa bersama keluarga, tapi apakan daya tuntutan tanggungjawab yang perlu diselesaikan. Cuma berbeza kali ini berpuasa di tempat. Tiga tahun sebelum ni berpuasa di negeri Selangor tapi kali ni di negeri Melaka pula..maklumlah dah beralih arah mencari kehidupan baru. 

Sunday, July 22, 2012

Aku Akur.. Moga aku Tabah Menghadapinya

Esok dah kena balik Melaka. Bulan yang sepatutnya saya cuti semester terpaksa dikorbankan kerana intersesi. Mula2 tak nak ambil pun intersesi nie tapi fikir balik semester depan subjek banyak yang berat takut jadi berat sebelah pula nanti. Jadi amek keputusan untuk buat intersesi. Ikutkan hati nak je duduk kat rumah menghabiskan puasa sebulan bersama keluarga tercinta..memandangkan dah 3 tahun tak pernah puasa penuh kat rumah, kalau dapat pun masa mula puasa dan masa nak raya. Tapi masih tak tercapai juga walaupun dapat cuti semester dalam bulan puasa. xpelah mungkin ada hikmahnya.


Thursday, July 19, 2012

Typical

Assalamualaikum..Annyeong Haseyo.. Apa Khabar Semua??

Today I want to talk about Typical. Typical??? What is that?? Typical is Having the distinctive qualities of a particular type of person or thing or Characteristic of a particular person or thing or Showing the characteristics expected of or popularly associated with a particular person, situation, or thing.. Maksudnya kat sini ialah ciri-ciri yang ditunjukkan atau ciri-ciri tersendiri yang biasa dikaitkan dengan orang, keadaan atau pun benda disekeliling kita.. Lebih kurang macam tue la maksudnya.

Tujuan utama bukan nak membongkar apa itu TYPICAL..tapi nak cerita satu benda kat semua..ok first, pada pandangan kita apa yang ada dalam pemikiran kita bila nampak that kind of person.. Pada pandangan kita mana lebih sesuai???

Tuesday, July 17, 2012

Mengisi Masa Lapang

Cuti semester dah bermula..tapi malangnya saya takde cuti sem sebab saya buat intersesi.. so 1 bulan saya kena dok melaka la..Berpuasa di perantauan lagi la jawabnya..huhu..But that not the problem. No matter what just looking forward.. Fighting till the end..InsyaAllah..amin. 


Tapi sekarang saya sedang menikmati keindahan berada dirumah..Alhamdulillah dapat sambut puasa kat rumah walaupun sehari..xpelah yang penting ada kat rumah..masa kat rumah nie la banyak masa dihabiskan..kalu tak mengemas rumah, isi masa lapang dengan macam2 benda..bila takde benda nak buat macam yang boleh mengisi masa lapang yang masih terluang..


ni la hasilnya..hasil kreativiti yang tak seberapa..

Wednesday, July 11, 2012

Rindunya Zaman Diploma..

Alhamdulillah Final Exam dah berakhir.. Untuk pertama kalinya sejak tinggal di bumi Melaka.. sebab sebelum ini berada di bumi Selangor. Barang pun dah siap packing InsyaAllah esok balik rumah.. yea..syukeee..Teringat masa call mak hari isnin lepas, tiba2 ayah menyampuk kat belakang.. Ayah suruh cepat balik, dia dah rindu..hehe..saya lagi tak sabar nak balik dari hari tue lagi..InsyaAllah esok sampai lah rumah..Sabarlah wahai hati..Kawan dah pun siap ajak pergi jalan2 lagi, macam tau je nak cuti..Macam cik nujum pula la cik ain ni. Sabar ye..jumpa hari sabtu..kita date kat Tropical Village ye.


Sejak masuk belajar degree nie..selalu teringat kawan2 masa diploma dulu, teringat masa belajar dulu. Rasa sunyi je sekarang..tak tahu lah kenapa..Berbeza sangat dengan sekarang. Teringin nak duduk dengan dorang lagi..terutamanya Siti, Suzy dan Niesah.. Sekarang masing dah bersama dengan haluan yang berbeza. Membawa bersama cita2 masing2. 


Sunday, July 1, 2012

Its Myself..So What Your Problem??

Terasa sensitif bila orang mengata tentang diri kita. Tolonglah jangan kritik orang lain boleh tak?? Lagi sensitiif bila orang selalu mempertikaikan pasal fizikal kita. Kurus ke gemuk ke rendah ke tinggi or whatever..its none of your business ok. Kalau saya kurus pun apa kena mengena dengan kamu..ada ke saya menyusahkan orang lain. Tak berapa gemar dengan orang yang asyik cakap kita kurus or gemuk then bandingkan dengan diri dia tak pun bandingkan kita dengan orang lain..What your problem actually you guys?? Setiap orang diciptakan berbeza-beza, ada kecil ada besar,tinggi rendah itu dah ciptaan Allah. Apa yang Allah ciptakan adalah yang terbaik buat kita. Bersyukurlah kita dapat mengecapi nikmat kehidupan di dunia. Tolonglah jangan kutuk orang lain, tahu tak kutuk orang lain itu sama dengan memperkecilkan ciptaan Allah.