Blogger Layouts

Sunday, July 1, 2012

Its Myself..So What Your Problem??

Terasa sensitif bila orang mengata tentang diri kita. Tolonglah jangan kritik orang lain boleh tak?? Lagi sensitiif bila orang selalu mempertikaikan pasal fizikal kita. Kurus ke gemuk ke rendah ke tinggi or whatever..its none of your business ok. Kalau saya kurus pun apa kena mengena dengan kamu..ada ke saya menyusahkan orang lain. Tak berapa gemar dengan orang yang asyik cakap kita kurus or gemuk then bandingkan dengan diri dia tak pun bandingkan kita dengan orang lain..What your problem actually you guys?? Setiap orang diciptakan berbeza-beza, ada kecil ada besar,tinggi rendah itu dah ciptaan Allah. Apa yang Allah ciptakan adalah yang terbaik buat kita. Bersyukurlah kita dapat mengecapi nikmat kehidupan di dunia. Tolonglah jangan kutuk orang lain, tahu tak kutuk orang lain itu sama dengan memperkecilkan ciptaan Allah.

Cuba bayangkan kalau orang yang mengata tu berada di tempat kita, mesti rasa benda yang sama dengan apa yang kita rasa kan?? Memang saya tak nafikan, saya nie kecil sangat..sampai kadang2 orang masih tegur dan tanya saya sekolah kat mana?? tingkatan bape?? Aigoo..muka budak2 lagi ke aku nie?? dah amek degree pun orang tetap tanya saya sekolah lagi. Kadang2 penat nak layan pertanyaan tu.. Ada jugak masa jalan2 dengan kawan..orang tanya kawan saya, saya nie adik kawan saya ke.. hehehe..nak tergelak je rasa dengan soalan orang tu. Haishhh macam2la.. Itu pun satu kelebihan juga walaupun umur dah menjangkau 22 tahun..dah layak kahwin dah pun..huhu..

Saya tak boleh lari dari pertanyaan semua orang yang bertanya.. "kenapa nie kurus je,,tak makan eh??" Dalam hati gelak sorang2 "ko tak tengok aku makan..mesti takut nak dekat pastu..hehe" Memang tak tipu saya memang makan banyak tapi badan susah nak naik. Genetik family kot. Dah cuba macam2 benda tapi tak berkesan langsung xde perubahan.

Sekarang dah tak kisah pun orang nak mengata apa pasal diri saya sebab saya tak menyusahkan mereka pun. Tak luak apa2pun dari saya. Kenapa nak sibuk pasal orang lain sedangkan diri sendiri tak terjaga. Kalau tak nak kawan jangan dekat dengan saya pastu kutuk2 kita. Apa kes?? Macam nak mintak penampar la kan. KALAU TAK SUKA, TOLONGLAH JAUH DARI SAYA. SAYA TAK KISAH PUN KALAU ORANG TAK SUKA. SEBAB SAYA TAHU ALLAH ADA UNTUK SAYA.
Selalu terfikir.. siapa yang boleh terima saya seadanya saya..kerana diriku bukanlah begitu sempurna. Saya perlukan seseorang yang boleh terima saya seadanya. Bukan memilih saya kerana simpati atau kasihian. Biarlah ia datang padaku dengan hati yang ikhlas, jiwa yang suci, dan benar2 ingin berkawan bukan atas dasar rupa tapi kerana menilai dari mata hati. Ya Allah, aku masih tercari-cari siapakah yang mampu menjadikan impianku satu kenyataan. Semoga aku temui jalan redha-Mu Ya Rabb.

Luahan hati seorang insan yang mengharap kasihnya..
Semoga aku temui Pemilik Cintaku setelah Allah dan Rasul..Amin.

2 comments:

  1. heee..sabar yang.normal lah manusia.akak pun selalu jugak org duk tanya 'apesal kurus sangat, xmkn eh'..hee..xkisah lah kita gemuk ke kurus ke yg penting kita sihat kan =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks..Betul tue kak..sy dah xkisah pun..Allah dah ciptakan kt sempurna sifatnya..kurus ke gemuk ke bersyukurlah.. cuma sedih je la..nape nk ckp cmtu..kan lbh bg support..xdela kt rasa rendah diri..

      Delete

Daisypath Happy Birthday tickers