Blogger Layouts

Wednesday, July 11, 2012

Rindunya Zaman Diploma..

Alhamdulillah Final Exam dah berakhir.. Untuk pertama kalinya sejak tinggal di bumi Melaka.. sebab sebelum ini berada di bumi Selangor. Barang pun dah siap packing InsyaAllah esok balik rumah.. yea..syukeee..Teringat masa call mak hari isnin lepas, tiba2 ayah menyampuk kat belakang.. Ayah suruh cepat balik, dia dah rindu..hehe..saya lagi tak sabar nak balik dari hari tue lagi..InsyaAllah esok sampai lah rumah..Sabarlah wahai hati..Kawan dah pun siap ajak pergi jalan2 lagi, macam tau je nak cuti..Macam cik nujum pula la cik ain ni. Sabar ye..jumpa hari sabtu..kita date kat Tropical Village ye.


Sejak masuk belajar degree nie..selalu teringat kawan2 masa diploma dulu, teringat masa belajar dulu. Rasa sunyi je sekarang..tak tahu lah kenapa..Berbeza sangat dengan sekarang. Teringin nak duduk dengan dorang lagi..terutamanya Siti, Suzy dan Niesah.. Sekarang masing dah bersama dengan haluan yang berbeza. Membawa bersama cita2 masing2. 


Teringat masa bersama mereka, bergurau senda bersama, buat semua benda sama2, cuci toilet kat hostel sama2, kemas bilik sama2, tengok citer korea sampai nangis cam orang mati laki pun sama2, maklumlah masing2 minat korea. Kadang2 makan bersuap bagai sebab malas nak cuci tangan punya pasal suruh orang suapkan, sapa mangsanya saya lah tue..


Bila ingat balik terasa sebak pula, kalaulah saya boleh pinjam "POCkeT DorAEmON!!! @#**$" saya nak pinjam pintu ajaib dia..Baru Cerita nie je pun dah sebak. Pernah satu hari balik rumah, pastu masa nak blik kampus bila dah habis cuti, kebiasaannya mak memang akan masak untuk bekalan sampai kolej nanti. Masa kat KPTM dulu balik kolej je mesti ada Nanas rebus dan sambal tumis. Kalau xde, memang muka jadi masam pecu je la si CT n SuZY tue.. baguslah sorang suka nanas rebus sorang lagi suka sambal tumis ikan bilis mak. 


WE SHARE EVERY MOMENT TOGETHER!!!
OUR MEMORY STARTING AT KOLEJ POLY-TECH MARA BANGI

Kenangan terakhir sambut Birthday saya dan Niesah. 
We Share the Same Date of Birth.
Location: Tasik Putarajaya.

Mak Tanya camni "Nanas nak bawak tak??" saya cuma geleng kepala je.. Fahamlah maksud tue..pastu mak cakap "Kalau dulu asal balik je mesti bawa nanas sekarang dah xde orang nak makan" ...Dushhh kena sebijik kat kepala..Ya Allah bukan sengaja cakap tak nak bawak, tapi mesti xde orang nak makan..aku je makan sorang2. X feel langsung. Bila fikir balik sedihnya, kalau lah boleh putarkan kembali waktu, akan ku penuhi keinginan ibu. Maafkanku ibu.

Tadi beria sangat nak meluahkan rasa rindu tapi tiba jadi sebak pula..Rindu teramat sangat kat dorang semua..rindu nak pergi jalan shopping sama2..rindu nak sama2 lagi..Happy Together. Xpela Nanti sambung lagi.. Rindu Sangat sampai tak terkata..

Mengubati kerinduan Buat Mereka..
Ini SITI ZUBAIDAH ISMAIL (CT)
orang JENGKA, PAHANG
sekarang kat UITM DUNGUN 
amek BBA (Hons) Operation Management

 Ini SITI HANISAH MOHD ALI (NIESAH)
orang BANGI, SELANGOR
sekarang kat UiTM PUNCAK ALAM
amek BBA (Hons) Human Resource

 Ini SUZIANA AB RAHMAN (SUZY)
asal KUALA TERENGGANU
sekarang kat UiTM DUNGUN sama dengan CT
amek BBA (Hons) Islamic Banking

No comments:

Post a Comment

Daisypath Happy Birthday tickers