Blogger Layouts

Tuesday, July 24, 2012

Tenangnya Ramadhan..

Alhamdulillah hari keempat kita berpuasa..Terasa tenang je Ramadhan ini..walaupun macam2 perkara yang harus difikirkan tapi semua berjalan dengan macam takde apa2 yang berlaku.. Allahu Akbar, nikmat hadirnya Ramadhan..Bulan yang sentiasa dinanti kedatangannya setiap tahun bagi kita yang beragama Islam.. Alhamdulillah Allah masih berikan kita peluang untuk bertemu Ramadhan lagi.



Kali ini masih lagi berjauhan dari keluarga..sepatutnya dah dapat peluang keemasan untuk berpuasa bersama keluarga, tapi apakan daya tuntutan tanggungjawab yang perlu diselesaikan. Cuma berbeza kali ini berpuasa di tempat. Tiga tahun sebelum ni berpuasa di negeri Selangor tapi kali ni di negeri Melaka pula..maklumlah dah beralih arah mencari kehidupan baru. 


Sebulan di sini menghabiskan masa dengan belajar. I've make an intersession during my semester break. Dragged in my course subject for next semester. Because I feel that next semester I have tough subject. I am not confident to facing all that things, so decided to do an intersession. InsyaAllah with the bless of Ramadhan, I can do better Amin.

Ikutkan hati nak je dok kat rumah sekarang ni tolong mak buat persiapan raya. Tapi mak pesan pelajaran lagi penting. Waktu ni je..lain kali ada lagi kan..InsyaAllah boleh raya sama2 lagi. Mula2 rasa berat hati nak buat, memandangkan waktu ni puasa, kalau boleh nak sangat puasa dengan familiy..tapi fikir2 balik kalau kat  rumah pun belum tentu masa lapang terisi dengan sesuatu..lagi2 masa cuti semester..biasanya 24jam menghadap tv jo la ekau. Tapi kalau pergi belajar, sekurang2nya adalah yang menjadi manfaat masa depan daripada tengok tv 24jam kat rumah.

Alhamdulillah semoga saya tenang di sini sehingga menjelangnya Aidilfitri. Tapi tetap risau juga sebab nak menunggu keputusan peperiksaan yang berlalu hari tu. Alllahu Akbar, bolehkan aku tempuhinya apa yang akan ku terima. Semoga aku terus kuat dan tabah menghadapinya.. Mengharap untuk lulus semua subject. Amin. Minggu lagi 2 minggu nak kuar result..Ya Allah. Bersediakah aku??

Kata2 penguat semangat..InsyaAllah
Allah is always there for you..

Tapi kat sini ada sesuatu yang tak dapat dirasai.. nak sangat bertarawikh berjemaah. Tapi tak dapat sebab takde surau atau masjid yang berdekatan..kalau nak pergi juga kena menapak sikit, jauhlah juga..Ada takde pun buat sendirian di rumah. Rasa tak best pula..Itu yang rasa nak balik je tiap2 minggu, nak terawikh kat rumah. Ya Allah segala amal Ibadah ku diterima..Amin.

Tiada yang lebih istimewa sebenarnya, melainkan rumah sendiri. Walau apa pun yang harus aku lalui, semoga aku terus kuat untuk mengadapinya..Semoga ada keberkatan dan limpahan rezeki untukku dan keluargaku..Amin..

Sesungguhnya tenang itu Cahaya Hati.


Doa Ramadan: Hari Keempat

"Ya Allah berilah kekuatan kepada ku untuk melaksanakan perintah Mu dan berilah aku kemanisan berzikir. Berilah aku kekuatan melahirkan kesyukuran dengan kemuliaan Mu. Dan jagalah aku dengan jagaan dan perlindungan Mu, wahai Tuhan Maha Melihat."

Raudhah Note:
Target untuk Khatam Al-Quran 
di dalam bulan Ramadhan ini sekali lagi..

No comments:

Post a Comment