Blogger Layouts

Thursday, August 2, 2012

Rindu Tarawikh kat Bangi

Di Malam yang dingin ni..tiba2 teringat kenangan lalu..tiba2 datang kerinduan nak Solat Tarawikh kat Bandar Baru Bangi.. Rindu Sangat2 nak ke sana lagi..maklumlah dah 3 tahun bermastautin di sana.. Bila dah jauh baru rindu..Nak buat macam mana perjuanganku di sana telah pun tamat..

Sekarang Berada ditempat yang baru dengan suasana yang baru, pertama kalinya Solat Tarawikh di Melaka..Dah hampir 2 minggu kita berpuasa. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan urusan..dapatlah juga kiranya bertarawikh di Masjid di Masjid Fathur Rahman, Melaka yang letaknya di tengah2 bandar..Kalau dari Kolej Kediaman kami jauh jugalah nak berjalan..Tapi itu je yang tempat kami yang untuk bertarawikh, walaupun jauh ku gagahi jua..Nie je la masa yang kita ada setahun sekali jumpa dengan Ramadhan..Entah dapat jumpa lagi dengan Ramadhan akan datang atau tidak Waallahua'lam..Allah jua yang tahu.
Itu cerita di Melaka..Tapi sekarang saya rindu tempat ni.. Masjid As-Sholihin, Kampung Teras Jernang, Seksyen 14, Bandar Baru Bangi.. Masjid bersebelahan dengan Desasiswa saya di KPTM Bangi. Rindu sangat nak tarawikh kat sini lagi..Walaupun lama sikit dari masjid lain tapi seronok dapat luangkan masa bertarawikh sepanjang Ramadhan..Alhamdulillah.
Gambar Ihsan Pakcik Google

Dan yang bawah ini pula Surau Ibnu Sina kat Seksyen 15, Bandar Baru Bangi..Surau nie sempat juga saya masuk tahun lepas..Lagi2 time puasa tahun lepas sebab duduk rumah sewa..Surau nie berhadapan dengan Stadium Bangi.. yang ada gelanggan futsal tue..hehe..
Gambar Ihsan Pakcik Google

Aduh rindunya saat ini..Rindu nak kembali ke waktu itu..tapi semua dah berlalu hanya tinggal kenangan..Rindu jugak nak ronda satu Bangi time puasa cari makanan berbuka kat bazar Ramadhan.. Seronok kemain time tu..Macam2 tempat pergi..belinya tidak. Kononnya kawal nafsu la katakan bulan2 puasa ni..Padhal nak cuci mata..Tapi BUkan hari2 pun..kebanyakan masak sendiri kat rumah sewa..almaklumlah dah dok rumah sewa kena lah rajin..

Rindunya tempat nie..Nie pasar tani yang selalu kami pergi kalau nak beli barang dapur atau rasa nak makan apa2 yang kami nak..kat sini semua ada..


Bazar ni jarang sikit nak pergi..jauh dari rumah..akan dijejaki bila ada teringinkan sesuatu yang kat tempat lain..Ronda2 satu Bangi..haha..Rindu pula suasana kat sana..meriah je selalu walaupun banyak kilang..tapi best kat sana lagi..So True..!!!

Yang boleh dikatakan kat sini SAYA RINDU BANGI SANGAT-SANGAT.. ada tak sapa2 nak bawa saya ke sana..??? 

No comments:

Post a Comment