Blogger Layouts

Thursday, August 23, 2012

Coretan Ramadhan Syawal

Ramadhan Dihayati
Alhamdulillah pada tanggal 26 Ramadhan saya telah selamat sampai ke kampung halaman..lepas habis kelas terus cabut pergi terminal bas..tiket bas kul 1.30 ptg,so kena la rushing sebab kelas habis 12.30..tak pasal2 lambat tertinggal bas..tak dayo den rayo soghang..
Bermula ke'busy'an ku membantu ibu didapur, dari tolong ibu buat kuih raya..  
 ni kuih semperit dan biskut badam..mak yang buat..saya tolong je..
 yang ni barulah saya yang buat,., cornflakes chocolate
yang ni pun saya yang buat..cuba2 je..
kek batik milo...
tapi sebenarnya kurang menjadi sikit..

Sibuk memanjang sampai raya..Masak2 untuk hantar ketupat kat rumah sedara dan jiran2...dah menjadi kebiasaan kami..setiap kali raya mesti akan mengunjung ketupat ke rumah saudara..tempat lain mungkin xde macam ni..Tapi walau sibuk macam mana letih sekalipun tanggungjawab tetap ditunaikan..walaupun ia hanyalah sunat yang digalakkan tapi datangnya setahun sekali..rasa sayang nak tinggalkan solat Tarawikh.. Alhamdulillah sampai ke penghujungnya dapat bersama2 berjemaah di masjid. 

Syawal Dirai
Coretan syawal yang mungkin tahun ni agak suram..sebab nenek sebelah ayah telah pergi ke alam baqa' beberapa bulan yang lepas..kebiasaannya kalau ada arwah nenek,mesti sedara2 jauh datang beraya..walaupun biasanya nenek memang xde kat rumah..sebab beraya dengan pakcik atau makcik..iaitu abang dan kakak ayah. tapi disebabkan rumah pakcik dan makcik dekat2 je..jadi memang sedara2 singgah rumah selalu. tapi tahun ni berbeza sikit..
Raya pertama yang biasa..Sepatutnya kami beraya dengan atok dan nenek sebelah ibu..tapi disebabkan mereka tiada dirumah kerana melawat sepupu yang menjalani latihan polis dan tak boleh balik rumah..jadi pakcik bawa atok sekali jumpa sepupu..

Raya kedua..barulah dapat beraya dengan nenek..ikut plan raya keempat..tapi ayah ajak..apalagi jom lah..tinggalkan marhaban lelaki kat rumah tahun ni..tapi datang beraya je tak tidur sana pun..sebenarnya dah menjadi kebiasaan untuk tinggal beberapa hari di rumah nenek..Kena balik juga sebab esoknya raya ketiga ada marhaban wanita.

Alhamdulillah dapat juga rehat diraya keempat..boleh lah den tutup pintu rapat2..boleh lah nak buka buku jap..exam nak dekat oi..jangan nak syok sangat beraya..tapi raya kelima...hari nie la kan..(sewaktu artikel ditulis) Pergi melawat atok sedara sebelah ibu..(sebenarnya adik kepada atok sebelah ibu) Maklumlah orang tua macam2 kita diuji..Lagipun dah lama tak jumpa atok ni..dah uzur tapi alhamdulillah keadaanya masih stabil..lepastu jalan2 rumah sedara dekat situ dan balik. Petangnya tiba2 kawan saya ajak teman dia jalan2..so ikut je la..lagipun dah lama tak jumpa..makin lama macam dora dah dia nie..takpela yang penting sihat..

Tapi tahun ni tak terasa meriahnya raya macam dulu2 walaupun dah besar panjang dan boleh jadi mak budak ni..masih dapat duit raya.,.jangan jeles..kau ada??? kbai..
Sekadar hiasan yang lain ada lagi sebenarnya..hehe

Okey cukup setakat itu..maaf xde gambar raya..sebab xde mood nak amek gambar raya tahun ni..kalau ada pun biarlah jadi koleksi sendiri..entahla kenapa..tapi yang penting kita bersederhana dalam meraikan Syawal..InsyaAllah..mudah2an kita bertemu lagi di Syawal akan datang.. 

Dan saya juga ingin MEMOHON AMPUN DAN MAAF SEKIRANYA ADA TERKASAR BAHASA TERSILAP BICARA DI SINI..YANG BURUK DATANG DARI KELEMAHANKU DAN YANG BAIK DATANG DARI-NYA..SEMOGA DIJADIKAN IKTIBAR BERSAMA..INSYAALLAH.

Raya

No comments:

Post a Comment

Daisypath Happy Birthday tickers