Blogger Layouts

Friday, August 10, 2012

Cerita Si Perantau

Selamat Pagi Jumaat..penghulu segala hari sahabat2 sekalian..

Alhamdulillah dah 21 hari kita berpuasa..Diam tak diam tinggal lebih kurang seminggu je lagi kita akan sambut hari Raya..Terasa cepat masa berlalu..Ramadhan hampir tinggalkan kita lagi tahun..Cepat betul ia pergi..Adakah kita dah congak diri kita kat mana kita sekarang..?? banyakkah amalan kita sepanjang Ramadhan ini?? Ada perubahan atau tidak berbanding tahun yang sudah..Jika ada peningkatan saya ucapkan SYABAS dan Tahniah buat anda!!! tapi yang masih sama janganlah kecewa..InsyaAllah boleh diperbaiki lagi..Mudah2an sentiasa istiqamah dalam beribadah..

Tapi sebenarnya ada lagi yang paling menarik untuk diceritakan bila raya nak dekat ialah..Nak Balik Raya!!! Of Coz paling best dan paling mencabar juga kadang2..Terutamanya kepada yang menjalani hidup sebagai perantau di negeri orang..Mana tidaknya..Mula je puasa dah fikir nak beli tiket balik..padahal balik kampung sebulan kemudian..


Alhamdulillah hampir 4 tahun menjalani kehidupan sebagai perantau di negeri orang..Berada jauh dari keluarga memang mencabar..Tapi demi mencari Ilmu segalanya harus ditempuhi.. Lagipun suatu pengalaman manis buat kita dan mengajar erti berdikari sendiri..

Tahun balik raya kat Johor lagi..Of coz la..Tanah tumpah darahku..Belum balik ke mana2 lagi..Rumah mak mertua pun bukan..haha..lambat lagi kot dan tak tahu lah bila dapat merasa..(*wink~~) cuma berbeza sikit tahun nie sebab lokasi dah berubah..Dari Bangi pada tahun yang lepas2, tukar kepada Melaka. Sepanjang tiga tahun yang sudah saya travel dari Bangi ke Batu Pahat untuk pulang beraya di kampung tapi tahun ni travel dekat sikit..Dari Melaka ke Batu Pahat.

Seriously sebenarnya seronok bila kita merasa suasana balik kampung..Bila naik bas turun bas..berangan dalam bas teringat mak ayah kat kampung,,dengar lagu raya dalam bas. Terasa sayu je hati..Haruslah untuk kita rasa teruja sebab kita balik rumah sendiri tanpa ada sesiapa jemput dari tempat kita belajar atau kerja. Tak seronok lah kalau ada orang jemput..tak terasa nikmatnya pulang berhari raya..Sekurang-kurangnya boleh bangga sikit.."Wah Aku nak balik kampung!!!",.. walaupun dekat je..

Tiba-tiba dah terasa feeling nak balik kampung..InsyaAllah hari rabu minggu depan pada 15hb nanti pulanglah saya ke kampung halamanku..ceehhwahh.. Seronok gitu. Doakan semua selamat ye kawan2..

Nak cerita Sikit..
Dari tahun 2009 sampai 2011 dan sepanjang belajar di Bangi.. ni terminal bas yang sering menjadi persinggahan saya untuk balik kampung..
Terminal One Seremban
Bas Transnasional yang biasa saya naik kalau nak balik rumah 
Way to Seremban - BP and BP - Seremban all the times

Tapi sebelum sampai terminal bas kenalah naik ni dulu..
Komuter dari Stesen UKM Bangi - Seremban
yang mengambil masa dalam 4o minit

Tapi Sekarang bermula tahun 2012 dan seterusnya untuk 2 tahun ini akan ke sini selalu..
Melaka Sentral
Okey saya tak jumpa Bas Orchid kat pakcik google tapi saya jumpa tiket bas..kbai.

Begitulah ceritanya seorang perantau..Saja nak berkongsi cerita dengan kawan2..Excited dah nie nak balik kampung..

No comments:

Post a Comment

Daisypath Happy Birthday tickers