Blogger Layouts

Wednesday, August 8, 2012

10 Malam Terakhir Ramadhan

Alhamdulillah..malam ni dah masuk malam ke 20 Ramadhan..Sampailah kita ke 10 malam yang terakhir Ramadhan yang di mana di dalamnya terkandung satu malam yang lebih dari 1000 bulan iaitu Malam Lailatul
Qadar..
Setiap orang Muslim yang beriman pasti merasakan kenikmatan untuk bertemu dengan malam Lailatul Qadar ini..sama lah seperti diriku yang mengharap agak dapat bertemu dengannya..Namun Allah lebih tahu segalanya..Apa yang harus dilakukan adalah berdoa beramal dan beribadahlah sepanjang masa di dalam bulan Ramadhan ini untuk mengutip segala ganjaran yang besar dan bermanfaat ini yang datangnya hanya Setahun sekali..
Beruntunglah bagi yang telah diberi peluang oleh Maha Pencipta-Nya untuk merasai nikmatnya bertemu malam Lailatul Qadar..Tapi bagi yang belum merasai nikmatnya Malam Lailatul Qadar itu janganlah bersedih..kerana Allah lebih tahu yang terbaik buat kita.. Sebaik-baiknya Banyakkan Amalan di dalam Bulan Ramadhan ini..

Antara amalan yang boleh dilakukan bagi menghidupkan sepuluh hari terakhir Ramadan ialah menghidupkan malam dengan solat malam seperti tahajud, hajat, taubat dan juga berzikir kepada Allah. Amalan ini lebih baik jika dilakukan ketika qiamulail. Juga digalakkan supaya mengejutkan ahli keluarga supaya bersama-sama menghidupkan malam dengan amal ibadah. 

Malam al-Qadr sengaja dirahsiakan oleh Allah Taala sebagai satu ujian kepada umat Islam di dalam mencari rahmat dan kasih-Nya. Bagi mereka yang benar-benar beriman keghairahan mencari reda Allah menjadikan mereka begitu teruja meningkatkan pencarian ganjaran berlipatganda yang dijanjikan oleh Allah SWT. 

Imam Muslim juga meriwayatkan maksudnya: Aisyah r.a berkata: Bahawa Nabi SAW bersungguh-sungguh (beribadat) pada 10 malam terakhir tidak seperti mana (di bulan) selainnya. Beribadatlah bersunguh-sungguh kepada-Nya.

InsyaAllah..mudah-mudahan amalan kita ini diterima Allah..Sesungguhnya hambamu yang kerdil ini masih tercari-cari malam Lailatul Qadar-Mu Ya Allah..Mampukah hambamu ini menemukan Malam terindah-Mu ini.. Allahu Akbar sungguh kerdilnya Hamba-Mu ini Ya Allah.. Ku mengharap agar Ramadhan ini aku mampu untuk muhasabah diri dan mentarbiah diri ke arah yang lebih baik..Amin..

Untung bagi mereka yang pasti dapat beramal ibadah tanpa halangan pada 10 Malam terakhir ni..Tapi bagi yang tak dapat konsisten kerana halangan yang tak disengajakan..Bersyukurlah kerana halangan itu ada hikmahnya..sesungguhnya Allah tahu apa yang kita tak tahu..Terutamanya wanita, bukan kita meminta atau sengaja untuk meninggalkannya tapi itulah kelebihan yang Allah berikan kepada hamba-Nya..Alhamdulillah..Allah Maha Adil. Memang amat berat dan sayang untuk tinggalkan tapi itu semua telah ditetapkan. Sesungguhnya masih ada amalan2 lain yang masih boleh dilakukan..Semoga Istiqamah..La Tahzan..Innnalllaha ma'ana..

Selamat Beramal kawan2.. Selamat berpesta Pahala..Semoga Allah Permudahkan urusan kita..Amin..

No comments:

Post a Comment

Daisypath Happy Birthday tickers