Blogger Layouts

Friday, January 16, 2015

Tercari-Cari

Walau di mana juga dia berada..
Walau siapa juga dirinya..
Sungguh Aku tak mengharap yang sempurna..
Aku hanya mengharapkan agar dia juga mencintai al-quran
Dan mengutamakan Allah dalam setiap pekerjaan yang dilakukan..

Entah apakah yang sedang dilakukannya saat ini..
Sihat atau tidak..
Hanya Allah yang menjaganya..
Mudah2an sentiasa di bawah lindungan dan Rahmat Allah..

Semoga suatu hari nanti..
Dia muncul di hadapanku..
Amin,.Insha Allah..

"Siapa dia?"
"Di manakah dia berada sekarang?"
"Apakah yang sedang dilakukan saat ini?"

Itulah persoalan sentiasa bermain di fikiran.
Allahu Rabbi semoga segala baik2 sahaja..
Semoga Engkau berikan jawapan itu untukku..
Amin.



Thursday, January 15, 2015

Kisah 1 : Solat

Di suatu petang yang sepoi2..di dalam pejabat yang berhawa dingin..
Tiba-tiba..

Seorang yg berbangsa cina bertanya kepada yang berbangsa melayu..

C :  Melayu ada sembahyang kan..? Bese pukul 1 mesti ada dengar suara kuat..
M : Ada. Bese mula pukul 1..yang petang pukul 4.30 lebih kurang macamtu..
C : Tapi melayu kalau x sembahyang boleh ke?
M : (dengan selamba dan xde rasa bersalah langsung serta dengan senang hati menjawab) .."BOLEH"..

Aku yang mendengar tergamam seketika. Terlintas difikiran nak tegur macamni "Eh mazhab mana plak ajar ni dik oi".
Tapi itu bukan cara yang betul untuk menegur.

Bukan disebabkan apa..tapi kerana aku sedih dengan jawapan yang dia beri..dengan orang bukan Islam boleh lah kau nak menipu tapi dengan Allah..Allah saja yang tahu.

Bercakap seperti orang yang xpernah belajar agama. Sudah terang lagi bersuluh di ajar dalam agama Islam bahawa solat itu wajib. Kewajipan yang paling utama berbanding amalan2 lain.

Sungguh aku bukan ahli agama yang cukup ilmunya. Aku juga manusia yang sentiasa mencuba memperbaiki diri sendiri. Mudah2an terus terusan istiqamah dalam mencari pengetahuan dan ilmu. Bak kata orang biar belajar xtinggi asalkan berilmu dan ada pengtahuan.

Sedihnya bila yang wajib terlalu dimudahkan dan diringankan. Malah yang sia2 semakin di cari. Dunia semakin rapuh. Bersiap sedialah dengan segala amalan kita.

Allahu akbar, semoga Kau tetapkan imanku dan hatiku pada-Mu..semoga aku tidak lalai dengan dunia-Mu. Amin.