Blogger Layouts

Monday, January 31, 2011

Luka Di Tangan Jelas Kelihatan, Luka di Hati Tak Siapa Dapat Mengesan

Assalamualaikum w.b.t..
Masih terngiang-ngiang lagi di halwa telingaku.. sebuah kata-katanya tatkala berbicara dengannya melalui YM beberapa hari yang lalu..sebelum masing2 pulang ke kampung halaman.. kata-kata yang diluahkan adalah "..apa kurangnya kita dipandangannya ye.." luahan rasa darinya yang amat menyentuh perasaan saya yang sebenarnya tak pernah terlintas di fikiran saya.. Ya Allah..

Nak tahu kenapa dia meluahkan kata-kata itu..?? (Emm lupa pula nak muqaddimah kat cerita sebenar..maaf) Dia menyatakan sedemikian semasa kami bercerita dari hati ke hati antara satu sama lain..maklumlah dah lama tak jumpa..masa sekolah dulu selalu la..rindu pula zaman sekolah. Kami berkongsi cerita pasal LELAKI.. "talk about man" Meluahkan segala yang terpendam..Alhamdulillah dia lah kawan yang memahami.. walaupun dah berjauhan tapi persahabatan tetap utuh bersatu macam dulu.

Friday, January 21, 2011

Ilmu dan Tarbiah Seiring Setiap Masa Dimana Sahaja

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah semalam sempat bersama akhawat-akhawat dan naqibah dalam halaqah.. Sebenarnya dah bermula sejak minggu lepas tapi dengan naqibah lain la.. (Eh banyaknya naqibah budak nie ada.. hehe..) Sebenarnya say ada 2 orang naqibah.. 2 naqibah dari 2 NGO yang berbeza..Satu dari JIM dan satu lagi dari Pembina..Tamak kan?? Xpe dalam mencari kita perlu ada sifat TAMAK..Ambil peluang sebanyak mungkin untuk mengumpul sebanyak mungkin ilmu.. Ingatlah kawan-kawan ILMU perlu dicari BUKAN DINANTI.. Begitu juga HIDAYAH..ia perlu dicari bukan dinanti.. Jika kita hanya menanti, pastinya akan terdengarlah oleh telinga kita ayat-ayat yang sedemikian..Bila diajak untuk melakukan kebaikan.. Jawapannya adalah.. "..Tak dapat HIDAYAH lagi la.." (ermm ada jugak manusia yang berfikiran sedemikian lagi ye..) Mungkin yang bernama NUR HIDAYAH belum berjumpa HIDAYAH yang sebenar barangkali.. Maaf ye..Sekadar gurauan..


Thursday, January 20, 2011

Wanita Hiasan Dunia

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum w.b.t..

Jangan katakan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Apa lagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s. tetap rindukan Siti Hawa. Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. 

Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki, tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka. Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuki Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh-Nya. Didiklah mereka dengan panduan dariNya. 

JANGAN CUBA JINAKKAN MEREKA DENGAN HARTA, NANTI MEREKA SEMAKIN LIAR. JANGAN HIBURKAN MEREKA DENGAN KECANTIKAN, NANTI MEREKA SEMAKIN MENDERITA.

Sunday, January 16, 2011

DOA BUAT IBU & AYAH...

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya,
atas didikan mereka padaku dan
Pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku,
peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Sunday, January 9, 2011

Coretanku Di Tahun Baru..Mengimbau Kenangan Silam..

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum w.b.t..
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, dah seminggu kita telah menempuhi tahun baru masihi.. dan dah seminggu jugalah semester baru ku bagi tahun 2011 telah bermula. Dalam sedar tak sedar sebenarnya hanya tinggal setahun je lagi untuk saya teruskan perjuangan dalam pengajian ini.. Subhanallah pantasnya masa berlalu..terasa cam baru semalam je jadi student baru..hehe.. Masa student baru orientasi minggu lepas membawa ingatanku kembali ke zaman orientasiku yang sekejap tapi bermakna..Itulah 1st berorientasi sebagai pelajar baru masuk IPT. Biasanya merasai kehangatan di kem atau program saje disekolah..serupa tapi agak berbeza.

Coretan ini ditulis saat diri ini kebosanan serta keletihan baru sampai dari kampung halaman ke taman menimba ilmu.. Perjalanan dari kampung halaman yang memakan masa hampir 4jam itu walau hanya duduk didalam bas tapi keletihan tetap terasa juga.. Balik kali ini sekejap je sebab tiba2 merindui keluarga tercinta walaupun baru seminggu memasuki semester baru..tapi disebabkan rindu yang tak tertanggung apa jua halangan..saya tetap ingin pulang jumpa ayah dan ibu..

Teringat lagi semasa datang mendaftar untuk semester baru minggu lepas..dihantar oleh abang tersayang..pada mulanya nak datang daftar naik bas je tapi abang offer untuk hantar, so, ikut je la..hehe. Selepas pendaftaran tue rasa cam nak balik rumah je..sebab memang dah tau dah mesti B.O.S.A.N punya dok kat hostel..tapi abang cakap "sapa nak antar balik sini lagi??" huhu..tiba2 xjadila cian abang dah hantar jauh2..tapi dalam minggu 1st lecture..xblaja sangat pun just introduction to subject and the lecturer..kebetulan masa tue kawan pun nak balik..so dengan sepantas kilat ku mengambil keputusan untuk balik rumah..tak peduli..nak balik jugak..Alhamdulillah Allah permudahkan..

Thursday, January 6, 2011

Khawlah Al-Azwar - Kelembutanmu Bukan Penghalang

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Assalamulaikum..
Alhamdulillah sambil berjalan-jalan menziarahi dan menyelusuri dunia teknologi tanpa sempadan ini.. Sempatla diri mencari dan memerhati akan zaman kegemilangan sejarah dunia Islam.. Rupa-rupanya masih banyak lagi serikandi-serikandi Islam dan para Mujahid yang kita tak ketahui kerana kurangnya perhatian dan penyelidikan dari kita.. Padahal dengan pengorbanan merekalah kita masyarakat Islam maju dan bersatu padu sekarang..

Antaranya ialah KHAWLAH AL-AZWAR.. Wanita yang saya kagumi sejak membaca di satu sudut ruangan dalam MAJALAH SOLUSI.. Keperibadiannya amat hebat biarpun ia seorang yang penuh kelembutan..Namun Kelembutan Itu Bukan Penghalang baginya untuk Berjihad di Jalan Allah.. Masya Allah.. Besarnya Pengorbanan Beliau.. Tapi Kita??? Cuba Fikir?? Tepuk Dada Tanya Iman..

Jom Kita Jejaki Kisah Kehidupan KHAWLAH AL-AZWAR...
KHAULAH AL-AZWAR adalah wira wanita yang menyertai Perang Ajnadin ke Syam di bawah pimpinan Panglima Khalid bin Walid ketika zaman pemerintahan Saidina Abu Bakar. Dalam peperangan hebat itu, tentera Islam dengan gigih menyerbu Ajnadin dari arah Palestin. Pasukan Romawi pimpinan Teodore dari sebelah utara Syam pula berusaha menghalang kemaraan pasukan Arab.

Wednesday, January 5, 2011

Semakin Hari Ku Rasakan Semakin Jauh

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Assalam ualaikum w.b.t..
Pernah tak kita rasa semakin jauh dengan seseorang contohnya kawan kita.. Dah lama berkawan tapi semakin lama rasa semakin jauh.. Dia wat hal sendiri je.. Bukan jauh disebabkan jarak tempat tapi disebabkan perhubungan tue semakin renggang.. Rasa macam seseorang tue mencipta pelbagai alasan untuk buat kita menjauhi dia.. Kenapa ye ada manusia macam tue jugak kat dunia nie???

Persoalannya:: Adakah kita yang salah dalam hal nie?? Adakah juga kerana kita tak beri perhatian sepenuhnya pada dirinya?? Perlukah perhatian sepenuhnya sedangkan dia bukan milik mutlak kita?? Perlu ke nak ganggu atau kacau dia hari2?? Kalau memang itu yang dia inginkan, maaflah.. saya bukan seorang yang suka berbalas-balas message yang tak sepatutnya tanpa alasan dan sebab yang munasabah untuk diperkatakan.. Lagi2 bila kita adalah ANTARA IKHWAH dan AKHAWAT.. Minta Maaf sangat2 ye Ikhwah..saya bukan jenis yang begitu atau begini.. Mungkin kerana tabiat saya yang kurang gemar untuk bermessage.. hehe.. (iye ke??) Saya bukan nak mengatakan diri ini terlalu baik sangat..tapi itulah hakikatnya diri saya.

Bukan tak ingin untuk bertanya khabar berita tapi tak tahu lah kenapa..apabila jari jemari pantas menaip sebuah pesanan untuknya.. terasa berdebar-debar dan ada macam persoalan yang bermain di minda.. Contohnya, "Dia baca ke message aku nie??" "Dia akan reply tak message aku nie??" "Patut ke hantar message kat dia nih??" "Mesti da baca message aku nie dia cakap aku terhegeh-hegeh nak kat dia kan??" "Mesti dia cakap..budak nie kacau hidup aku je la.." macam2 lagilah yang bermain difikiran tatkala nak memenuhkan inbox handphonenya..