بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum w.b.t..
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, dah seminggu kita telah menempuhi tahun baru masihi.. dan dah seminggu jugalah semester baru ku bagi tahun 2011 telah bermula. Dalam sedar tak sedar sebenarnya hanya tinggal setahun je lagi untuk saya teruskan perjuangan dalam pengajian ini.. Subhanallah pantasnya masa berlalu..terasa cam baru semalam je jadi student baru..hehe.. Masa student baru orientasi minggu lepas membawa ingatanku kembali ke zaman orientasiku yang sekejap tapi bermakna..Itulah 1st berorientasi sebagai pelajar baru masuk IPT. Biasanya merasai kehangatan di kem atau program saje disekolah..serupa tapi agak berbeza.
Coretan ini ditulis saat diri ini kebosanan serta keletihan baru sampai dari kampung halaman ke taman menimba ilmu.. Perjalanan dari kampung halaman yang memakan masa hampir 4jam itu walau hanya duduk didalam bas tapi keletihan tetap terasa juga.. Balik kali ini sekejap je sebab tiba2 merindui keluarga tercinta walaupun baru seminggu memasuki semester baru..tapi disebabkan rindu yang tak tertanggung apa jua halangan..saya tetap ingin pulang jumpa ayah dan ibu..
Teringat lagi semasa datang mendaftar untuk semester baru minggu lepas..dihantar oleh abang tersayang..pada mulanya nak datang daftar naik bas je tapi abang offer untuk hantar, so, ikut je la..hehe. Selepas pendaftaran tue rasa cam nak balik rumah je..sebab memang dah tau dah mesti
Sampai juga kat rumah jumpa family dan kucing2 ku yang comel belaka.. Masih terngiang-ngiang ditelinga bila call mak nak bagitau nak balik rumah minggu nie..mak cakap "semalam abang balik rumah dia tanya bila yati nak balik rumah" hahaha.. ada kerinduan disitu.. abang jarang kat rumah sebab duduk kat rumah kedai, so dia balik 2 hari sekali.. Bila dia tau saya balik rumah hari2 dia balik rumah.. "hai abang, da rindu kat adik ke??" emm cepat2la kahwin ek..adik nie teringin nak merasa ada kakak ipar..
Masa dok kat rumah dengan diperantauan..mestilah best bila dok kat rumah kan?? itulah hakikatnya..sebab kita dah dibesarkan ditempat tue dekat dengan family.. tapi bila dok jauh dan kena belajar berdikari rasa lain dan janggal.. itulah yang saya alami..Tinggal diperantauan seringkali menggarap rasa rindu yang menebal pada keluarga..walau apapun yang terjadi kena belajar berdikari sebab kita dah besar panjang..takkan nak mengharapkan mak ayah lagi..nak susahkan mereka selalu..tak patut juga kan..
Tapi ada satu benda dan masalah yang baru saya terfikir sekarang nie.. nak tau ape?? Saya selalu tak sihat bila awal2 semester baru..tak tahu kenapa sebabnya..Yang paling ketara masa awal semester lepas, dua minggu selepas semester baru bermula.. Saya mengalami demam yang agak teruk juga sehingga memaksa saya menggagahkan diri ke klinik berhampiran walau keadaan tak berdaya.. seminggu saya tak larat dan lesu je..makan pun tak lalu..doktor cakap suhu badan saya terlalu tinggi.. Beberapa lepas ke klinik..diri ini digagahkan juga untuk balik rumah.. Alhamdulillah lepas balik dari rumah..demam pun makin berkurangan, makin kebah.. Mungkin terlalu rindu dengan family kot. Itulah yang paling teruk yang pernah dialami sehingga berat badan saya susut.. dah la berat saya susah nak naik sebab 'high metabolisme'..tapi bila da turun susah plak nak naik..Ya Allah ujian-Mu buatku kerana Engkau menyayangiku.. Alhamdulillah..Berat badan sudah kembali kepada yang asal cuma plan tahun nie nak tambah lagi sikit.. Kalau boleh capai yang dinginkan..Niat dihati teringin nak derma darah..InsyaAllah..Moga Allah permudahkan..
Pernah beritahu kat Ibu.. Setiapkali masuk semester baru je tak sihat.. agaknya tak boleh dok kat sini kot.. Ibu ketawa.. tapi walau apapun terjadi Cinta-cita lebih penting..Sakit tue hanya dugaan Allah nak menguji sekuat mana diri kita.. Alhamdulillah..Berkat ujian Allah mesti beri yang terbaik untuk kita..Alhamdulillah dapat belajar dengan baik dan keputusan pun baik.. Jayyid..tapi jauh untuk Mumtaz.. InsyaAllah satu hari nanti..
Antara Koleksi Buku dan Novel yang telah
berjaya dihadam oleh Mini Dinosaur {saya la tue}
(p/s:: xde kene mengena dgn Post)
Waallahu'alam..
No comments:
Post a Comment