بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka
Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya,
atas didikan mereka padaku dan
Pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku,
peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.
Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku,
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku,
jadikanlah itu semua penyebab musnahnya dosa-dosa mereka
dan bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah,
sebab hanya Engkaulah yang berhak
membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.
Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya,
maka izinkanlah aku memberi syafa'at untuk mereka,
sehingga kami semua berkumpul bersama
dengan santunan-Mu di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu,
ampunan-Mu serta rahmat-Mu.
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung,
serta anugerah yang tak berakhir
dan Engkaulah yang Maha Pengasih di antara semua pengasih.
Khas Buat Ibu Ayah yang Ku Sayangi dan Kasihi Selalu..
Kau Sentiasa Diingatanku..
Buat Ayah :: Basiron @ Abdullah b. Abd. Rahim
Buat Ibu :: Hamimah bt. Kasmadi
Dirimu Penguat Semangatku
...Marilah kita kenang dosa kepada orang tua kita.
Siapa tahu hidup kita dirundung nestapa kerana kederhakaan kita.
Kerana kita menghisap darahnya,tenaganya, airmatanya, keringatnya.
...Istighfarlah, Istighfarlah...
Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya.
Atau kata-katanya sering mengguris hati-hati meraka,
atau yang jarang memperdulikan dan mendoakannya.
Percayalah bahawa anak yang derhaka seksanya didahulukan di dunia ini.
Wallahua'alam..
No comments:
Post a Comment