Masih terngiang-ngiang lagi di halwa telingaku.. sebuah kata-katanya tatkala berbicara dengannya melalui YM beberapa hari yang lalu..sebelum masing2 pulang ke kampung halaman.. kata-kata yang diluahkan adalah "..apa kurangnya kita dipandangannya ye.." luahan rasa darinya yang amat menyentuh perasaan saya yang sebenarnya tak pernah terlintas di fikiran saya.. Ya Allah..
Nak tahu kenapa dia meluahkan kata-kata itu..??
Bila fikir balik akan kata-katanya..tiba-tiba terbit rasa sedih juga..ntah kenapa saat memikirkan 'sesuatu' yang tak pasti yang semakin hari semakin jauh dan hampir hilang dari pandangan..air mata yang selama ini ku tahan untuk tidak membasahi pipi akhirnya tewas juga..Allahu Akbar. Begitu lemahnya diriku pada-Mu Ya Allah..dugaan yang sekecil ini pun tidak mampu ku hadapi..inikan pula akan dugaan yang lebih hebat lagi dahsyat..entah bagaimanakah keadaan diriku saat itu.. Astaghfirullah Al-Azim.. tidak mampu untuk ku bayangkan..
Seringkali ku bermuhasabah diri mencari kekuatan dan ketenangan untuk melangkahkan kaki di Bumi Allah ini dengan Tabah dan Sabar.. Namun tiada siapa menduga dan mengetahui rencana Allah buat hamba-hamba-Nya yang beriman.. Itulah lumrah kehidupan kita di dunia..Hidup ini bagaikan roda sekejap kita berada diatas sekejap kita berada di bawah.. kadangkala kita gembira dan kadangkala diuji.. Percayalah Allah Maha Adil buat makhluk-Nya.. Mungkin hari ini kita berduka tapi tak siapa tahu esok kita mendapat khabar gembira, begitu juga sebaliknya.. Itulah kehebatan CINTA ILAHI.. Tidak pernah sepi dan jauh dari kita..
TERIMA KASIH KERANA MEMBENCI SAYA
Memang diakui "Tak semua orang yang kita sukai dan sayangi boleh menerima kita" dan "Saya tak boleh memaksa orang lain untuk menyukai saya dan saya juga tidak boleh memaksa diri sendiri untuk menyukai orang lain"
Cuba renungkan ::
"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan), sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya" (Al-Baqarah: 216)
Jadi jangan bersedih kalau ada orang yang membenci kita..atau yang semakin hari semakin membenci diri kita.. senang cerita..kalau tak sudi nak berkawan xyah sibuk2 nak ganggu hidup orang.. Biarlah orang benci atau tak suka kat kita asalkan diri sendiri tak semakin jauh dari CINTA ALLAH.. "..Kejarlah Cinta Allah terlebih dahulu InsyaAllah kita Akan menemukan Cinta Insani yang Sejati buat kita..Amin.."
Kejar cita-cita baru kejar cinta..
MAAF, SAYA JUGA INSAN BIASA, MAKHLUK ALLAH YANG TIDAK SEMPURNA
Orang selalu kata JANGAN MENCARI TERLALU SEMPURNA..kerana tiada makhluk yang Allah ciptakan itu cukup sempurna tanpa kekurangan dan kecacatan sedikitpun.. Tidak!! Jika semua orang sempurna sudah pasti tiada warna-warni dalam kehidupan kita..betul tak?? Itulah UNIKnya rekaan Allah.. Dia menciptakan kita sebaik-baik kejadian..
Kalau anda tak nak saya pergi jauh2 dan jangan kacau hidup anda lagi.. Just Say It.. saya boleh pergi.. Tolonglah beritahu jika anda memang dah tak hingin nak kawan dengan saya lagi.. Jangan diam je.. Jujurlah pada saya..tak mungkin saya marah.. Saya lebih suka pada yang Jujur.. Allahu Akbar.. kalaulah dia mengetahui apa yang sedang ku luahkan ini.. Namun ku hanya berharap ada kesedaran buatnya.. InsyaAllah.. Percayalah tiada sedikitpun dendam dalam diri ini walaupun diri sendiri bingung dan tertanya-tanya mengapa dirinya bersikap sedemikian..
Ku Tahu Ku Bukan yang Sempurna..sebagaimana yang kau harapkan.. Tapi percayalah segala-gala yang kau lakukan sehingga menghiris hati ini dan membuat diri terasa hati padamu,, segalanya telah ku maafkan dan ku lupakan.. Hanya mengharap agar persahabatan ini terus kekal sampai bila-bila.. Saya sentiasa doakan kebahagian anda..Moga sentiasa mendapat petunjuk Allah..Amin..
I'll Always be There..
BEBAS KAKI MELANGKAH, JANGAN UNDUR WALAU SELANGKAH..
TERUSKAN PERJUANGAN, HINGGA KEAKHIRNYA..
ANDAI KAU GUGUR, ANDAI KAU SYAHID..
KAU DIREDHAI-NYA..
ANDAI KAU GUGUR, ANDAI KAU SYAHID..
KAU DIREDHAI-NYA..
Waallahu'alam..
No comments:
Post a Comment