Blogger Layouts

Friday, January 21, 2011

Ilmu dan Tarbiah Seiring Setiap Masa Dimana Sahaja

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah semalam sempat bersama akhawat-akhawat dan naqibah dalam halaqah.. Sebenarnya dah bermula sejak minggu lepas tapi dengan naqibah lain la.. (Eh banyaknya naqibah budak nie ada.. hehe..) Sebenarnya say ada 2 orang naqibah.. 2 naqibah dari 2 NGO yang berbeza..Satu dari JIM dan satu lagi dari Pembina..Tamak kan?? Xpe dalam mencari kita perlu ada sifat TAMAK..Ambil peluang sebanyak mungkin untuk mengumpul sebanyak mungkin ilmu.. Ingatlah kawan-kawan ILMU perlu dicari BUKAN DINANTI.. Begitu juga HIDAYAH..ia perlu dicari bukan dinanti.. Jika kita hanya menanti, pastinya akan terdengarlah oleh telinga kita ayat-ayat yang sedemikian..Bila diajak untuk melakukan kebaikan.. Jawapannya adalah.. "..Tak dapat HIDAYAH lagi la.." (ermm ada jugak manusia yang berfikiran sedemikian lagi ye..) Mungkin yang bernama NUR HIDAYAH belum berjumpa HIDAYAH yang sebenar barangkali.. Maaf ye..Sekadar gurauan..



Back to the topic right now..
Malam tadi adalah Halaqah bersama Naqibah JIM.. Usrah pertama untuk tahun 2011.. Ditahun baru nie, akak naqibah juga telah bertukar.. akak naqibah yang sebelum nie dengar khabar dah pulang ke kampung halamannya kerana tak lama lagi dia akan 'posting'..so perjuangan akan diteruskan dikampung halamannya pula..untuk kami akhawat, hanya cukup setakat ini.. InsyaAllah, perjuangan disini akan kami teruskan walau tanpa akak.. Usrah Pembina dah bermula sejak minggu lepas lagi untuk tahun 2011..Alhamdulillah..Allah sentiasa permudahkan jalan walaupun kian sibuk dengan Assignment dan Quiz2 yang bertimbun-timbun.. Jika kita berkejar-kejar dalam mencari Agama Allah..pasti Allah permudahkan jalan untuk kita.

Walaubagaimanapun, bersyukur sangat sebab kekosongan telah diganti dengan naqibah yang lain.. Not Bad la.. Baru mula nak berkenalan rasa macam agak malu-malu..mungkin lama-lama nanti okey la.. ^_^ Malam tadi hanyalah Muqadimah untuk kami sama-sama bertaaruf..Mengenal kembali antara satu sama lain..walaupun hanya beberapa orang yang sempat hadir.. Alhamdulillah ada juga pengisian yang akak naqibah sampaikan.

SETIAP MASA KITA MENTARBIAH DIRI
kadang-kadang kita tak tahu atau terlepas pandang akan kepentingan tarbiah (didikan) untuk diri kita sendiri.. Ada sesetengah pendapat mengatakan tarbiah hanya berlaku di institusi pengajian atau kelas-kelas bimbingan.. kalau dah lepas dari tempat-tempat tersebut dah tak terjadilah tarbiah?? camtu ke?? Cuba fikirkan sejenak.. Semasa kita berjalan-jalan atau bersiar-siar, tiba-tiba kita ditegur atau terjumpa dengan seseorang.. dalam masa yang sama dia menasihati kita dan berkongsi sedikit ilmu yang mungkin sebelum nie kita tak tahu pun atau orang yang menasihati kita pun tak perasan yang dia bagi ilmu pada kita..kitapun beroleh manfaat yang berguna buat diri kita..Bukan ke tue dinamakan ILMU dan dalam masa yang sama menjadi sebuah TARBIAH buat kita.. ILMU ada dimana-mana..tak kira masa dan tempat.. Anytime..Anywhere..Everywhere.. So Don't Keep Waiting until Your Heart and Iman (Believe) go far Away.. Jangan Biarkan Hati Kita Kelaparan. Kelak ia akan beku dan gelap.. Suburkanlah ia dengan Cahaya Cinta yang berteraskan Keimanan.. InsyaAllah..Ketenangan pasti tercapai.

REWARDS?? NAK HADIAH ATAU PAHALA??
Acapkali kita terdengar.. "SETIAP PEMBERIAN MENGHARAPKAN BALASAN"
Tapi bila kita fikir-fikirkan semula, jika setiap apa yang kita berikan mengharapkan balasan.. sampai bila kita tak akan maju dan berjaya.. Kita hanya nak melakukan pekerjaan tersebut jika ada upah atau ganjaran..Jika semua nak upah dalam setiap pekerjaan..Jawabnya semua kerja tak jalan.. Apalagi kalau disuruh untuk bekerja secara sukarela atau tanpa gaji.. Memang takkan berganjak dari kedudukan.. Cuba untuk bawa pembaca membayangkan sesuatu..Jika kita sering-sering berkira-kira dengan perkara-perkara duniawi apatahlagi kalau yang berkaitan dengan ukhrawi.. Jika duniawi, hadiahnya kita dapat lihat, rasa, dan hidu..Bagaimana pula dengan Ukhrawi.. Taknak ke kita dengan PAHALA yang berlipat-lipat ganda daripada duit atau hadiah keduniaan..?? Terfikir dan terpanggil seketika akan kata-kata sendiri.. Mungkin kita fikir DUIT tue boleh dilihat dan disentuh tapi PAHALA berganda tak boleh dilihat..Hanya Allah yang menghitung setiap amalan..

Mengajak orang lain ke arah kebaikan memang sukar tapi bila mengajak orang lain kepada keburukan ramai pula yang nak..kalau boleh siap ambil nombor giliran..MasyaAllah..Nauzubillah.. Jadi moral of the story..Janganlah kita mengajak kawan-kawan kita atau orang lain kepada perkara yang tak elok.. Sentiasalah Istiqamah dan Muhasabah untuk mengajak orang lain melakukan kebaikan.. Bersabar Andai Ditentang dan Bersyukur Sekiranya Beroleh Kejayaan..Alhamdulillah..
Waallahu'alam




Hannan XTVT's::
Esok malam akan bersama-sama mengikuti 
PROGRAM MALAM BINA IMAN DAN TAQWA (MABIT)..
under PEMBINA..dan InsyaAllah 
minggu depan akan turut serta bersama di 
KONVENSYEN KEMM1511 di UTEM Melaka..

No comments:

Post a Comment

Daisypath Happy Birthday tickers