Blogger Layouts

Wednesday, May 16, 2012

Maaf Kerana Terlanjur Mencintaimu Dalam Diam

Bukan ku pinta untuk menjadi begini..tapi perasaan itu hadir tanpa di duga..entah dari mana dan bilakah perasaan itu muncul aku sendiri tidak tahu..Perkenalan bermula dari sebuah persahabatan yang terjalin tanpa diduga..kerana disebabkan sifatku yang agak pendiam dan pemalu bila berhadapan dengan orang lain dan tanpa ku sedari ku semakin rapat dengannya..Perkenalan itu amat singkat untuk menghabiskan waktu bersama..selepas itu aku terpisah darinya kerana punya hala tuju yang berbeza. Mengenalinya hanya melalui pintu ke pintu rumah kerana dia adalah jiranku namun dia belajar di tempat yang berbeza dariku.


Friday, May 11, 2012

Saat Senang Kita Diperlukan, Saat Susah Kita Dilupakan

Assalamualaikum w.b.t

Kita renung sejenak disekeliling kita..berapa ramai orang yang berada disekeliling kita yang mengambil tahu akan diri kita..?? dalam ramai kawan yang kita ada..agak2 ada yang ambil berat tentang diri kita saat kita senang ataupun susah..atau berapa ramai kawan2 kita yang sentiasa percaya kepada kita dan dia boleh dipercayai.. payah bukan untuk kita cari.. kadang2 pada permulaan perkenalan saja yang boleh dipercayai tetapi lama kelamaan mula tunjuk belang..kadang2 ada juga yang saat kita senang saja dia berpura-pura baik dengan kita tapi bila kita dalam kesusahan, kita tak dipedulikan pun..pura-pura macam tak pernah kenal.. itu namanya tak kenang jasa. Pernahkan kita mengalami situasi seperti ini..Lumrah dunia tiada manusia yang sempurna dan mampu untuk menjadi yang terbaik untuk semua orang.