Sejak ku berpisah dan meninggalkan bumiku menuntut ilmu itu, bermulalah persahabatan jarak jauh yang aku lalui dengannya..sebenar-benarnya aku bukanlah terlalu memahami lelaki kerana aku tidak ramai kawan lelaki. Dan setulus-tulusnya aku bukanlah seorang yang pandai "mengayat" lelaki yang boleh membuatnya jatuh ditanganku..tidak sama sekali..aku bukan yang sebegitu..kerana aku masih punya harga diri walau aku tahu bahawa Siti Khadijah juga melamar Rasulullah s.a.w. Tapi mungkin kerana sifatku yang agak pasif membuatnya terasa susah untukku nyatakan, hanya kiasan namun ku tahu lelaki tidak akan memahami bahasa kiasan.
Aku bukanlah seorang yang 24 jam melekat pada handphone..sentiasa bermesej dengan orang lain tanpa ada urusan yang perlu diselesaikan..Jadi aku jarang untuk berbalas mesej dengannya apatah lagi bercakap di telefon. Tapi persahabatan itu tetap berterusan seperti biasa. Aku tidak ingin terhegeh-hegeh pada orang lain sedangkan dia tak sudi untuk menjadikanku lebih dari seorang sahabat. Kerana dia selalu berkata "KITA KAN KAWAN".. ku sentiasa terfikir, "mungkin aku tidak layak untuk bertakhta dan mengisi sedikit ruang hatinya yang kosong".. tak mengapalah biarlah kita berkawan sampai bila-bila.
Tapi dia adalah jenis orang yang sentiasa baik dengan semua orang tak kiralah lelaki atau perempuan. Layanannya seperti biasa, sampai kadangkala aku jadi tak pasti dan runsing, siapakah gadis idaman beliau ini. Ramai sangat yang suka mengganggunya, almaklumla abang-abang hensem, mestilah ramai peminat. Setakat persahabatan kami, dia seorang yang tak kisah dengan siapa dia berkawan..dia tetap layan kita sama macam orang lain..mungkin itu yang membuat hati wanita tertawan termasuk diriku.
Aku senang berkawan dengannya..walaupun dia bukanlah seorang yang begitu alim, tapi ada pengetahuan agama..Alhamdulillah solatnya juga tak tinggal walaupun dari luaran yang kita lihat, persepsi orang pasti akan mengatakan "tak boleh pakai budak nie". Hari berganti bulan, bulan bertukar tahun..sejak kita terpisah jauh aku mulakan rasakan yang aku hanya bertepuk sebelah tangan dan dia sudah mula menjauh dariku dan seperti ada orang lain yang telah menyentuh hatinya. Aku cekalkan hati dan kuatkan semangat untuk menempuhi apa yang akan aku lalui akan datang. Tapi dia masih lagi berkawan denganku seperti biasa cuma semakin kurang dan keadaan sedang sibuk dengan belajar dan sama seperti dia yang masih belajar, jadi ada kekangan antara kami.
Aku punya perasaan padanya namun takut untukku luahkan, aku hanya pendamkannya dan berlagak seperti tiada apa-apa. Kerana aku tahu jawapan darinya.."belum bersedia untuk bercinta lagi" ok fine. Tapi lama-kelamaan walaupun dia tak bagitahu hal sebenar dan selalu menafikan yang dia masih single, aku tahu dia sudah ada hati dalam taman. Biarlah aku sahaja yang tahu apa yang aku rasakan, tak perlulah aku katakan padanya "AKU CINTAKAN DIA". Biarlah ia menjadi rahsia antara aku dan Allah. Kerana aku tahu persahabatanku dengannya telah dirancang dan diatur dengan baik oleh-Nya walaupun akhirnya hati ini yang kecewa dan disakiti lagi. Inni Uhibbuki Fillah.
Kita bukan dipertemukan dengan orang yang salah sebaliknya ada sesuatu disebalik pertemuan itu yang sebenarnya kita terlepas pandang dan tak mengkaji sebaik-baiknya nikmat Allah. Alhamdulillah walau aku menerima satu berita walau bukan dari dia sendiri, kali ini aku tak menitiskan airmata. Hanya kadangkala ada sedikit rasa sedih dihati tapi cepat-cepat ku tepis dan ku buangkan jauh agar tidak menyakiti hatiku lagi. Cukup cukup sudah. Aku tidak sedih dan kecewa kerana dia sudah punya bunga ditaman, tapi aku agak kecewa dengan sikapnya yang berubah serta merta disebabkan seorang wanita. Kerana pertanyaanku padanya tidak pernah dibalas sejak akhir-akhir ini. Ku tidak tahu apa penyebabnya tapi itulah kenyataan yang harus aku terima.."AKU TIDAK DIPERLUKAN LAGI". Bak kata pepatah "kerana kasih ku turutkan rasa hati, buang emak buang saudara"..nak tambah sedikit "buang kawan juga".
Buat yang semakin bahagia,
aku doakan dia bahagia..walau apa jua yang berlaku..segala salah dan silapmu terhadapmu telah ku maafkan semuanya..tidak sediktipun ku pendamkan. Dan ku juga berharap seandainya ada salah dan silapku terhadapmu tidak kiralah yang disedari atau tidak..MAAFKANLAH DAKU. Andai ada sesuatu berita yang tidak sedap didengar tentangku, percayalah ia bukan dariku dan ia fitnah semata-mata. Moga engkau mengerti dan faham apa aku maksudkan ini.. Semoga bahagia sahabatku.. Kenang daku dalam doaMu..Doakan diriku berjaya di sini. Amin.
CINTA DAN DOA..
Sekali sesorang itu menjadi sahabatku,
selama-lamanya akan tetap menjadi sahabatku,
akan ku kenang jasamu sentiasa,
walau ku tahu, diriku tiada dalam ingatan kalian.
No comments:
Post a Comment