Blogger Layouts

Friday, May 11, 2012

Saat Senang Kita Diperlukan, Saat Susah Kita Dilupakan

Assalamualaikum w.b.t

Kita renung sejenak disekeliling kita..berapa ramai orang yang berada disekeliling kita yang mengambil tahu akan diri kita..?? dalam ramai kawan yang kita ada..agak2 ada yang ambil berat tentang diri kita saat kita senang ataupun susah..atau berapa ramai kawan2 kita yang sentiasa percaya kepada kita dan dia boleh dipercayai.. payah bukan untuk kita cari.. kadang2 pada permulaan perkenalan saja yang boleh dipercayai tetapi lama kelamaan mula tunjuk belang..kadang2 ada juga yang saat kita senang saja dia berpura-pura baik dengan kita tapi bila kita dalam kesusahan, kita tak dipedulikan pun..pura-pura macam tak pernah kenal.. itu namanya tak kenang jasa. Pernahkan kita mengalami situasi seperti ini..Lumrah dunia tiada manusia yang sempurna dan mampu untuk menjadi yang terbaik untuk semua orang.




Situasi I:
Membantu Tanpa Mengharap Balasan

Si A dan Si B nie memang rapat..kata orang macam belangkas..tak ubah macam adik beradik.. Tapi Si A nie ada satu perangai yang menyakitkan hati sikit pada Si B. Tapi Si B nie tak pernah ambil kisah pun semua tu..biasalah adat berkawan..Si A tabiatnya suka sangat mengharap bantuan dari Si B, sedangkan Si B tak pernah meminta pertolongan dari Si A. Si A suka meminjam atau berhutang dengan Si B dengan berjanji akan memulangkan kembali apa yang dipinjamnya minggu depan, namun janji hanya tinggal janji, itulah acapkali yang Si B hadapi..Si B ni jenis orang yang tak suka meminta-minta jadi dia diam saja..tapi semakin Si B diam makin menjadi-jadi pula perangainya..hutang yang semakin menggunung dengan Si B tak diendahkan langsung buat macam tak ada apa2 yang berlaku..betapa tak malunya Si A ni. Suati hari Si B memang betul2 dalam keadaan kesempitan dan berharap agar Si A membantu kerana itu sahaja yang dia boleh harapkan..Tapi dengan tanpa rasa bersalah Si A mengatakan terlalu sibuk dan tiada masa untuk membantu Si B. Betapa luluhnya hati Si B saat itu bila kawan yang benar dia percayai berkata seperti itu. Terkenangkan kembali bantuan yang selama ini dihulurkannya saat Si A dalam kesusahan, tapi ini yang dibalasnya..Saat Si A kesusahan dan merayu mengharap bantuan..dengan senang hati Si B menghulurkannya..tapi apabila Si B dalam kesusahan sedikit pun tiada rasa belas kasihan malah mengatakan sesuatu yang mengguris hati. Bila Susah kita diperlukan, tapi bila senang kita dilupakan.


Situasi II:
"Dia Buat Takpe, tapi Kalau Kita Buat Dipersoalkan" 

Di Dunia ni ada macam2 orang yang sebenarnya kita dah jumpa dan ada juga yang belum kita ketahui perangai sebenarnya. Ada yang tak kisah ada juga yang ambil kisah. Si K dan Si L nie kawan baik tapi bukan kawan rapat yang tak boleh dipisahkan..biasa-biasa saja..sebab Si K nie ada perangai pelik yang ada kat dia je, orang lain xde..Si K ni jenis yang 'slow motion' contohnya kalau nak ke mana-mana..Si L nie akan jadi 'cik pacak' tunggi Si K ni bersiap..kadang rasa nak tumbuh tanduk xpun keluar akar kat punggung..menunggu lama sangat. Si L nie punyalah penyabar tahap extreme..walaupun kadang2 dalam hati rasa meletup je..tapi sabar-sabar. Boleh dikatakan Si L ni akan menjadi penunggu setia lah. Dok mencanguk macam olang gila, tapi yang ditunggu buat tak tahu..Satu hari Si L sengaja buat lambat sebab rasa letih dan xlarat nak menunggu Si K macam tunggu tren..tren pun agaknya dah lepas dua tiga stesen barulah dia muncul. Si L dengan selamba datang lambat, tiba-tiba Si K bertanya "kenapa lambat??" hokey..dia lambat xpe,,kita lambat tak boleh lah..saja ja nak test kesabaran Si K tahan ke tak tunggu orang rupanya Si K ni takda sifat kesabaran..Macam tu lah yang Si L rasa hari-hari kena tunggu Si K..tapi Si K tak pernah sedar pun. Makin tak puas hati adalah..Ermm macam2 orang dalam dunia nie. Dia buat kita marah takpe, tapi Tak boleh buat dia marah.. Is it Fair??? Think it.

Moral Of The Story is DON'T TAKE THINGS FOR GRANTED.. 
Biarlah Orang buat kita Asalkan kita tak cari pasal dengan orang lain. 


No comments:

Post a Comment

Daisypath Happy Birthday tickers