Blogger Layouts

Sunday, July 22, 2012

Aku Akur.. Moga aku Tabah Menghadapinya

Esok dah kena balik Melaka. Bulan yang sepatutnya saya cuti semester terpaksa dikorbankan kerana intersesi. Mula2 tak nak ambil pun intersesi nie tapi fikir balik semester depan subjek banyak yang berat takut jadi berat sebelah pula nanti. Jadi amek keputusan untuk buat intersesi. Ikutkan hati nak je duduk kat rumah menghabiskan puasa sebulan bersama keluarga tercinta..memandangkan dah 3 tahun tak pernah puasa penuh kat rumah, kalau dapat pun masa mula puasa dan masa nak raya. Tapi masih tak tercapai juga walaupun dapat cuti semester dalam bulan puasa. xpelah mungkin ada hikmahnya.


Jauh disudut hati nak sangat menghabiskan puasa Ramadhan bersama keluarga..tapi tak tertunai juga. Dah ada peluang terbaik tapi terpaksa dahulukan yang perlu didahulukan. Cuma berharap di dalam hati nie, dapat bertemu Ramadhan tahun hadapan. Teringin nak habiskan masa berpuasa dirumah, dah lama sangat tak rasa saat itu..sejak bergelar perantau. Nak balik masa puasa, rumah jauh..tunggu je la masa nak raya barulah dapat balik..sedih kan?? Adatlah orang belajar di negeri orang. InsyaAllah mudah2an dapat jumpa lagi Ramadhan, dan mudah2an masa tue tiada halangan untuk berpuasa bersama keluarga.

Bila fikir balik rasa tak nak berada di sana..sebab kat sini boleh terawikh kat masjid, tapi kat melaka nanti tak tahu masjid atau surau terdekat kat mana. Setahu saya takde masjid dekat2 kawasan tue..kalau ada pun kena menapak sejauh yang mungkin. Terasa pelik mula2 bila sampai kat sana, sebab tak jumpa surau2 atau masjid yang berdekatan. Lain sangat suasananya, tak macam kat Bangi dulu..lalu sini jumpa surau, lalu situ jumpa masjid. Tak pernah setiap kawasan xde masjid atau surau kecil, boleh dikatakan kaya dengan rumah ibadah..Alhamdulillah.
I've Been There For Next A Month 

Memang tujuan utama ke sana untuk intersesi, tapi nie kan Bulan Ramadhan..takkan tak nak rebut peluang yang datang hanya sekali setiap tahun..terasa rugi pula. Entah jumpa entah tidak Ramadhan akan datang itu hanya Tuhan yang mengetahui. Sebaik2nya nak juga rebut peluang yang terbuka luas nie. Tak tahulah mungkin akan dilakukan bersendirian saja. Kalau takde kelas mungkin nak balik rumah. Masih lagi terfikir dan berkira2 di sana nanti. Harap segalanya berjalan lancar. Semoga Allah permudahkan segala urusanku walau di dalam serba kekurangan. Semoga Amal Ibadah kita diterima Allah InsyaAllah. AMin.

Sabarlah duhai hati Tabahkan dirimu menghadapi sesuatu yang berlaku dengan hati terbuka. Mudah2an ada hikmah disebalik semua yang Allah rencanakan. Mengharap yang teramat sangat agar dapat berjumpa Ramadhan tahun depan agar dapat sama2 menjalani Ibadah Puasa bersama keluargaku. Amin. Semoga Dipermudahkan urusanku ini.

Jangan Lupa Niat Puasa Kawan2.. Jom Baca Nie Sebelum Tido.. Selamat Bersahur dan Selamat Berpuasa semua..

No comments:

Post a Comment

Daisypath Happy Birthday tickers