Pernah tak kita rasa menyesal atas dosa kita?? pernah kan?? tipu sangat kalau tak pernah menyesal. Kalau tak pernah rasa menyesal nampak sangat tak bersyukur. Maaf itu kata2 kebenaran. Kita sebenarnya terlalu leka dengan keindahan dunia. Bila kita kejar dunia semata-mata, akhirat belum tentu dijanjikan yang terbaik..sebaik2nya adalah "BALANCING YOUR LIFE". Bukan tak boleh berseronok dan bersosial sana sini. Tapi janganlah sampai terleka dengan urusan yang penting. Dunia dan Akhirat biarlah seimbang. Seronok, seronok juga tapi kena ingat urusan yang patut di tunaikan.
Banyak situasi sekarang yang kadang2 jadi tak faham, kenapa makan jadi lebih penting berbanding solat. Kadang2 siap cakap lagi, "xpela pergilah dulu, japgi jamak.." Dalam hati terfikir "JAMAK???" Setahu saya Solat Jamak untuk solat dalam perjalanan jauh. Jamak Takdim dan Ta'khir sahaja. Tapi ni jamak ape ye?? Jamak Takyah mungkin?? Ermm Speechless.
Ada juga yang bila dah buat sesuatu kerja..dah tak ingat apa2..Solat ke mana, makan ke mana..semua dah tak ingat. Workhaholic sangat sampai tak ada masa nak rehat. Bahaya juga orang macam nie,silap2 boleh jadi gila. Kadang2 kita keluar dan bersiar2..Shopping dan cuci mata, pun ada masa kita terlupa dengan waktu2 yang wajib. Bila dah leka shopping, solat pun entah ke mana. Aduhai sayangnya.
Bak kata orang nak jadi baik bukan mencari yang soleh/solehah.. tapi men'soleh/solehah'kan diri sendiri dulu. Tak guna kita cari yang baik sedangkan kita tak ada usaha untuk berubah jadi baik. Sebaik-bainya lihat diri sendiri dulu sebelum menilai orang lain. Saya pernah terbaca sebuah kata2..(pinjam sekejap la) "tak semua wanita bertudung itu baik dan wanita yang tak bertudung itu jahat" dan "tak semua lelaki yang nampak alim itu baik dan lelaki yang hidupnya stylo sangat itu jahat" Itu betul sangat dan saya setuju!!! Kita tak boleh menilai seseorang dari luaran sahaja..itu stereoype namanya. Kenalah tengok dari cara dan perlakuannya juga..kadang2 kita nampak je orang tu tak berapa elok perangainya di pandangan tapi solatnya tak pernah tinggal. Ada juga yang kita tengok sangat, sejuk mata memandang tapi perangai dan peribadi macam hampehh..tak boleh pakai betul.
Manusia Allah ciptakan berbeza-beza perangai, tingkahlaku dan tiada yang serupa, tapi Allah jadikan kita semua sama, hanya kita yang mencorakkan diri sendiri dengan cara yang bagaimana. Ke Jalan yang Lurus atau jalan yang bersimpang. Terpulang kepada diri sendiri.
Yang penting sebenarnya adalah istiqamah dan niat yang betul. Kalau kita ada niat tapi tak dilaksanakan dengan sempurna, mustahil juga ia akan jadi sempurna. Sebaliknya ketegasan dalam niat kita itu penting. Mind Set kena Set up betul2. Kalau Corrupted kena Services cepat sebelum melarat lagi teruk. Reset balik Niat yang dah tersasar. Kalau betul2 nak Istiqamah, kena Tegas dengan diri sendiri, Set kan minda supaya tak leka dengan perkara sia-sia. Contohnya: susah nak bangun solat Subuh, kadang2 jadi subuh gajah (mana datang la nama ni..ok abaikan), Sebelum tidur tu set kan minda dan niat aku nak bangun Subuh awal esok pagi, Set jam jangan lah OFF ye pastu sambung tidur, kena kuatkan semangat untuk bangun juga walaupun terasa awal lagi. Cuba buat untuk Seminggu..InsyaAllah kita dah terbiasa dengan keadaan tu dan kadang2 tak perlu Alarm untuk gerakkan kita bangun, kita sedar sendiri. Alhamdulillah.
Bukan nak kata saya baik sangat dan alim sangat nak cerita perkara ini. Saya pun masih terkial-kial mencari erti sebuah kehidupan yang kadang2 hanyut juga dilambung ombak. Berdiri pun kadang2 tak betul, Berjalan pun kadang2 terpelecok juga. Lumrah Manusia tiada yang sempurna. "I can't be perfect but I can be tough and strong". Tapi ingin berkongsi coretan buat peringatan diri sendiri dan orang lain.
"Berubah kerana kesedaran diri sendiri adalah lebih baik dari Berubah kerana orang lain yang kenyataan sebenar takkan bertahan lama perubahan itu..Hati belum betul2 Ikhlas untuk berubah, hanya nak menyenangkan hati orang lain". Jika ada yang Begini saya nasihatkan BETULKANLAH NIAT ANDA SEBELUM TERLEWAT!!!
No comments:
Post a Comment