Alhamdulillah setelah berhempas pulas menyiapkan segala assignment yang perlu di hantar pada hujung2 semester ini, akhirnya berakhir juga sesmester 3 untuk tahun pertama degree.. Tak terasa dah berada di minggu peperiksaan akhir sekarang.. Sejak menjejakkan kaki menjadi seorang pelajar Degree..terasa setiap hari penuh terisi dan terasa "aku jadi workaholic" ke?? Rasa seperti tiada masa untuk relaks, ada saja tugasan yang perlu diselesaikan berbanding zaman diploma dulu..masa lebih banyak terbuang dan banyak tidur dari belajar..hehe..
Final Exam Schedule!!!
1 done..4 more paper to go..Chaiyok2!!
First tima untuk Final Exam in Degree
Tapi sekarang lain sangat, mungkin disebabkan penyusunan jadual yang berbeza dengan zaman diploma.. waktu diploma kelas akan bermula pukul 8.30pagi dan berakhir pukul 4 atau 5 petang paling lewat, itupun bergantung pada jadual. Tiada kelas pada waktu malam. Tapi di sini, kebiasaannya kelas bermula pukul 8.30pagi tapi semester ni, kebanyakan kelas bermula 12.30 on average dan paling lewat kelas berakhir pada pukul 10.30 malam. Yang pelik tue tiba2 ada pula kelas pukul 6.30-8.00malam. Tak terfikir ke kita nak solat maghrib dulu. Dah la maghrib waktu yang singkat, kadang2 keluar kelas dah nak masuk Isyak dah.
Ermm sedih sangat rasa. Boleh katakan di sini, saya ada masalah untuk solat di awal waktu disebabkan penyusunan jadual yang kurang efektif saya rasakan apabila belajar di Universiti yang kebanyakan pelajar adalah melayu islam. Malas untuk mengulas lebih jauh, kerana kita dikurniakan akal untuk berfikir..kadang2 berkejar2 juga pulang ke rumah untuk solat, kalau tak sempat singgah saja mana2 surau berdekatan. Alhamdulillah tiada yang tertinggal. Semoga Allah menerima segala amal ibadah kita, InsyaAllah Redha dan Rahmat-Nya ku harapkan..
Alhamdulillah sebelum peperiksaan bermula sempat juga melepaskan rindu untuk pulang ke rumah walau seketika. Mudah2an dengan doa restu ayah bonda dan segala usaha ku..segalanya dipermudahkan..semoga apa yang di harapkan dan diinginkan tercapai jua akhirnya.
Alhamdulillah selesai sudah kertas pertama dijawab pagi tadi..seterusnya adalah pada 29hb hari jumaat..Doakan saya berjaya..Amin.
"Sesungguhnya Solatku, Amalku, Hidupku, dan Matiku hanyalah untuk-Mu"
No comments:
Post a Comment