Assalamualaikum..
Salam Sejahtera..
Alhamdulillah,, masih diberi kesempatan untuk menulis di blog nie lagi.. Banyak perkara baru yang telah berlaku pada diri ini sepanjang minggu lepas.. dan terlalu banyak juga dugaan yang harus aku tempuhi.. minggu lepas adalah minggu terakhir sesi pembelajaran untuk semester ini.. Ya Allah cepatnya masa berlalu.. sampai tak terasa pun.. Allahu Akbar.. dah cukup ke ilmu ini untuk menghadapi peperiksaan.. hmmm..
Dalam sibuk-sibuk dengan peperiksaan yang semakin hampir sempat juga meluangkan sedikit masa untuk mencari ilmu.. Ilmu ada macam-macam cabang, jadi tak salah untuk kita menambah ilmu walaupun xde kena mengena dengan pembelajaran.. tapi ini ilmu kerumahtanggaan.. hehe..
Alhamdulillah dapat juga melangkahkan kaki ke Melaka walaupun sebelum kejadian.. terlalu banyak ujian, dugaan dan masalah yang harus ditempuhi.. berkat kesabaran berjaya juga ditempuhi.. Syukurlah..
Bergerak ke sana bersama-sama 3 orang sahabat yang lain.. bertolak pada pukul 8.00malam dan setibanya disana pada pukul 10.30malam.. Kehadiran kami disambut oleh seorang Sahabat yang selama ini menjadi sahabat tetapi tidak pernah bersua muka.. Alhamdulillah akhirnya kami dipertemukan juga setelah sekian lama bersahabat.. kerana dialah yang telah menjemput kami ke sana.. Syukran Laka ya Soddiqi..
Kami ditempatkan disebuah asrama disebabkan kita orang luar jadi kenalah menumpang kat asrama.. hehe.. Selama dua hari program memang menyeronokkan.. banyak ilmu dan pengalaman yang dapat dijadikan teladan dan pengajaran.. Alhamdulillah.. Banyak perkara yang berlaku semasa program berlangsung.. yang kelakar.. yang pahit.. yang manis.. semuanya ada.. terasa bahagia je.. macam ada 'aura' baru yang meresap dalam diri.. Aura apa tu yerk.. huhu..
ermm ntahlah.. tapi yang paling penting adalah pengalaman yang diperolehi.. yang lain tue sampingan je.. hehe.. Faham-faham sendiri la ye...
Dua hari mengutip segala pengalaman tue rasa cam masih xcukup.. walau apapun bersyukurlah kerana diberi peluang untuk berada didalam majlis ilmu tersebut..
Tapi bak kata orang "SETIAP PERTEMUAN PASTI ADA PERPISAHAN".. bila dengar pepatah nie pasti semua orang tak sanggup untuk menghadapinya begitu juga dengan diriku.. ntah kenapa tiba-tiba dan tanpa disangka-sangka perasaan hiba dan sayu muncul.. tiba-tiba je hati nie sayu sangat nak tinggalkan tempat tue.. Ya Allah dugaan apakah ini yang harus aku tanggung.. dengan kekuatan semangat yang masih bersisa dalam diri.. ku tabahkan hati dan kuatkan semangat untuk melangkahkan kaki keluar dari situ.. Ya Allah.. tanpa disengajakan air mataku hampir mengalir namun ku tahan jua.. demi sahabat-sahabat yang ku sayangi.. kerana ku tak ingin melihat mereka turut merasai kesedihan yang sedang aku alami.. biarlah aku sendiri yang menanggung.. Beristighfar di dalam hati mengharap agar diredakan kesedihan dihati.. ku pejamkan mataku dari memandang sekeliling yang boleh membuat hati ku sayu dan pilu..
Sepanjang perjalanan ku hanya mendiamkan diri.. dan berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku dihadapan sahabat-sahabatku.. Aku tertanya-tanya sendiri pada diri.. kenapa tiba-tiba hatiku jadi begini.. Ya Allah kuatkanlah semangatku untuk menempuhi liku-liku kehidupan yang akan datang.. Aku redha dengan takdirmu Ya Allah.. kerana ku tahu ujian yang kau berikan adalah untuk mendidik dan menjadikan diriku kuat dan tabah..
Allahu Akbar,,, Betapa besarnya kurniaan-Mu padaku..
sambil menarik nafas sedalam mungkin lalu menghembuskannya kembali..
Alhamdulillah ketenangan itu datang.. Moga ada hikmah disebalik semua kejadian ini..
walaupun amat payah untuk ditelan tetapi itu kemanisan cinta Allah pada kita.. betapa sayang dan cintanya Dia pada kita.. Alhamdulillah..
Moga Diriku menemui Cinta Sejati yang diredhai Allah suatu hari nanti.. InsyaAllah..
kredit to:
Sahabat-Sahabat yang ku Sayangi kerana Allah..
Suziana bt. Ab. Rahman,
Siti Zubaidah bt. Ismail,
Mohd. Mustaqim b. Muda,
Hassriq Hafize b. Abdul Halim Hafiz,
serta sahabat yang telah ku kenali sekalian..
semoga berjumpa lagi..
UKHWAH FILLAH ABADAN ABADA
Sahabat-Sahabat yang ku Sayangi kerana Allah..
Suziana bt. Ab. Rahman,
Siti Zubaidah bt. Ismail,
Mohd. Mustaqim b. Muda,
Hassriq Hafize b. Abdul Halim Hafiz,
serta sahabat yang telah ku kenali sekalian..
semoga berjumpa lagi..
UKHWAH FILLAH ABADAN ABADA
No comments:
Post a Comment