Assalamualaikum w.b.t
Seringkali kita melalui situasi dan dilema bilamana ada orang bertanya soalan2 sensitif dan sentap gitu pada kita. Sebagai contoh "BILA NAK KAWIN?" "BILA NAK ADA ANAK?"
Persoalan BILA..Soalan yang mudah tapi kita susah sangat nak jawab. Betul kan? Yess Semua orang mengalami situasi yang sama termasuk saya.
Pada mulanya memang stress bila nak jawab soalan2 mencabar dan tak cerdik ni. Ala2 macam kita artis pula asyik kena tanya dan kena serang soalan bertubi-tubi.
Tapi bila dah selalu sangat orang tanya, jadi dah lali. Tapi kita makin kuat dan sentiasa berfikiran positif dan terbuka. Apa yang kita boleh buat bila ada orang tanya soalan macam tu, takkan nak belasah dia, nak marah dia sebab tanya soalan macam tu. Hadap dan hadam je la.
Urusan dan perkara yang tak pasti, mampukah kita sediakan jawapan yang pasti yang mampu memuaskan hati semua orang yang bertanya. Mustahil kan? Sebab kita sendiri pun tak tahu jawapan tu.
Persoalan BILA? DI MANA? SIAPA? Itu bukan urusan kita. Mungkin kita ada rancangkan namun tak semua rancangan kita akan berjalan mengikut perancangan yang di atur.
Bagi saya boleh bertanya soalan itu sekadar untuk kepastian..
Contohnya "Dah kawin ke? Dia jawab "Belum" So dah tak perlu nak tambah soalan dengan bertanya soalan berikut "Belum kawin ke? Bila nak kawin?" Tapi kita tukar soalan tu jadi penyataan seperti "oo belum kawin..InshaAllah bila masa nya tiba nanti, ada jodoh tak ke mana kan?
See, sedap tak ayat tu. Dalam masa yang sama kita tak mengguris perasaan orang lain dan orang lain takkan marah dengan soalan tak cerdik kita tu.
Kalau orang tanya soalan tu kat saya, saya nak jawab je esok. Sapa yang tak nak kawin oi. Cuma masa dan takdit yang menentukan segalanya. Andai itu bukan milik kita, kita simpan bertahun-tahun akan hilang. Inikan pula manusia yang hatinya sentiasa berbolak-balik.
Bagi saya, jangan berikan tekanan pada orang lain dengan soalan2 yang mungkin biasa pada kita. Tapi sebenarnya sangat sensitif bagi orang. Kita tak tahu hati orang kan. Sebaliknya doakan lah yang baik2 untuk mereka. Bukan memberi tekanan dan menyalahkan orang itu. Kerana kita sendiri tak tahu apa yang akan jadi pada diri kita akan datang. Sedangkan mati yang pasti itu kita sendiri tidak tahu bila kita akan mati, inikan pula perancangan Allah yang masih rahsia.
Jodoh pertemuan di tangan Allah. Cepat atau lambat itu perancangan Allah. Apa yang boleh kita lakukan adalah berdoa dan terus berdoa seikhlas hati sucikan diri dan istiqamah dalam pencarian itu. Insha Allah tiba masa yang sesuai, pasti Allah temukan dan tautkan hati-hati kita. Amin.
CETAPHIL BABY MOISTURISING BATH & WASH REVIEW
4 years ago
No comments:
Post a Comment