Blogger Layouts

Sunday, August 30, 2015

Kisah II : Cinta Tiga Segi

Assalamualaikum w.b.t

Bila kita terlibat dalam cinta tiga segi atau yang bersegi-segi dan sebenarnya kita yang perlu berkorban untuk lupakan si dia. Tahu tak betapa perit dan sakitnya hati ni. Pernah tak lalui perasaan itu, semua mesti pernah rasa kan..tapi mungkin dalam situasi yang berbeza-beza.

Perkara yang pernah terjadi pada kita itulah sebenarnya pengajaran dan pengalaman buat kita untuk jadi lebih matang dari segi fizikal dan mental. Walaupun pengalaman itu sangat sukar dan perit, tapi kita tetap harus laluinya. Apa yang berlaku itu atas kehendak-Nya. Kita juga tak tahu apa akan jadi pada kita akan datang. Elok kah baik kah atau sebaliknya. Ujian atau dugaan, gembira atau kejayaan. Itu bukan dalam kuasa kita. Percayalah Allah ada perancangan sendiri untuk kita. Moga dengan ujian itu bertambahlah Iman kita.

Andai kita seseorang tapi dalam masa yang sama ada orang lain yang datang mengganggu dan dalam masa yang sama kita perlu melepaskannya. Itulah pengalaman perit dan sukar. Lebih-lebih lagi bila kita sentiasa akan melihat setiap drama-drama asmara mereka sedangkan hati kita hancur remuk redam. Tiada siapa tahu apa yang kita rasa. Biarlah rasa itu pergi dan dipendamkan saja demi menjaga hati orang lain.

Allah sungguh tak mampu untuk lalui semua itu dengan sempurna. Hanya Allah tempat untuk mengadu. Sungguh sayu memohon merintih mengharap agar dihilangkan rasa kasih dan sayang itu. Bukan tidak ingin untuk berterus terang tapi sungguh umpama tidak wujud diri kita pada pandangannya. Jadi seeloknya mohon pada Tuhan yang membolak-balikkan hati ini agar dikuatkan iman dan semangat untuk mengharungi ujian ini. Sungguh sehingga saat ini biarlah ia menjadi rahsia. Hanya Allah yang tahu segalanya. Perit sangat. Syukur Allah sentiasa ada untuk kita. Rasa itu pergi dengan mudahnya walhal aku sendiri tak tahu dari mana datangnya kekuatan itu.


Melalui hari-hari dengan tenang, walau terpaksa melihat pelbagai sandiwara yang menyakitkan di hadapan mata sendiri. Namun Allah sentiasa ada untuk kita. Kekuatan itu hadir bersama-sama cinta-Nya. Alhamdulillah. Tiada cinta yang paling manis dan istimewa selain cinta-Nya.

Namun Allah Maha Adil. Mungkin ada hikmah disebalik setiap kejadian. Sungguh aku kuat saat itu. Mampu tersenyum ceria seperti biasa walau di hati hanya Tuhan yang tahu. Allah sentiasa melindungi dengan pelbagai cara. Syukurlah jika mereka bahagia. Mungkin ia datang hanya sebagai ujian dan dugaan untukku.

Namun beberapa ketika ada berita kurang senang yang didengari. Tiada persefahaman antara mereka dan ada masalah yang dibangkitkan. Sungguh tersentak waktu itu, tak ku sangka ini yang terjadi. Bukan tidak suka tapi kecewa. Kenapa perlu mulakan andai tidak mampu untuk memahami antara satu sama lain. Tak menyalahkan sesiapa, tapi jangan beri harapan kalau tak suka.

Namun saat ini, tidak tahu sama mahu bersedih atau biarkan saja. Disebabkan perasaan itu telah pergi jauh, sangat jauh. Kadang-kadang ada perasaan kasihan, ingin ambil tahu dan ambil berat. Namun ku tahu tiada faedah pun untuk aku mengambil tahu. Biarlah ia berlalu. Hanya anggap ia sebagai masa lalu. Bukan tidak punya keinginan untuk menghulurkan bantuan atau meminjamkan telinga untuk mendengar keluhan rasa kekecewaan itu. Tapi aku tahu di mana kedudukanku. Hanya dianggap kawan biasa dan bukan orang penting.

Biarlah aku anggap ia sebuah mimpi ngeri yang aku cipta sendiri. Sesuatu yang menggerunkan yang telah menyebabkanku hilang separuh hati. Biar aku sembuhkan luka ini sendiri. Tak perlulah di khabarkan rahsia hatiku padanya. Itu hanya lah ujian untukku kuat dan tabah menjalani kehidupan. Semoga aku menjadi khalifah yang lebih baik. Mudah-mudahan pejuangan ku mengharungi kehidupan sentiasa dirahmati-Nya. Amin.

No comments:

Post a Comment

Daisypath Happy Birthday tickers